Jika diri kita berniat untuk berjaya, tetapi belum melakukan apa yang patut anda lakukan. Niat itu belum lagi direlisasikan sebagai suatu kenyataan dan ia hanya digelar “angan-angan” sahaja. Untuk membolehkan diri anda bertindak, kemahuan anda untuk berjaya hendaklah seperti mahu bernafas. Tidak memberi alasan tetapi berusaha menangkis penghalang dengan penyelesaian. Kita masih belum menjadi tuan pada hidup sendiri seandainay kita merasa ada sesuatu yang bakal menghalang tindakan kita. Kenalilah penghalang tersebut dan selesaikannya satu per satu.
Saya mahu menjadi seorang …………………………..
Dan saya telah menggariskan pelan tindakan yang kemas untuk tempoh setahun dari sekarang.
Setiap kali saya hendak melaksanakan tindakan tersebut, datangnya alasan dan penghalang seperti berikut:
SENARAI ALASAN |
||
Alasan dan penghalang | Sebab | Menyelesaikannya |
Tiada telifon | Tiada duit hendak pasang | Guna telifon awam |
Tidak pandai komputer | Belum belajar | Ambil kursus minggu depan |
Tiada idea | Belum cuba sebelum ini | Bertanya Johan |
Semakin banyak senarai alasan yang anda selidiki, semakin dekatlah diri anda dengan kejayaan.