Ada orang meragui potensi dirinya, slogan mereka ialah “orang lain boleh, saya tidak boleh”, Ada orang meragui sesuatu kerjaya, Sloga mereka ialah “ Saya tidak sesuai dengan kerjaya ini, mustahil saya boleh berjaya”. Ada orang meragui postensi organisasi, slogan mereka ialah syarikat akan tutup. Jika kita masih meragui apa yang dilakukan, kita tidak akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Racun dalam minda adalah penghalang kemajuan. Terdapat beberapa cara untuk menawarkan racun keraguan. Antaranya:
Pertama: Sering bergaul dengan orang yang positif
Tenaga positif dari insan yang berjaya akan membentuk suatu kekuatan dalam sanubari anda. Biarpin penemuan untuk untuk tujuan perniagaan, aturkan penemuan sekarap yang boleh. Kalau boleh, setiap hari.
Kedua: Menilai setiap aspek dari pro dan kontra
Jika anda meragui sesuatu, tanya diri dengan soalan ini. “Mungkin juga bukan seperti yang saya fikirkan.” Jika kita dikirkan dari sudut positif, sebenarnya keraguan itu tidak akan wujud.
Ketiga: Jangan percaya sebelum mengkajinya
Jika seseorang mengatakan sesuatu, jangan mudah terpedaya kerana ia mungkin suatu pendapat peribadi sahaja.
Keempat : Fikirkan kejayaan yang bakal datang
Yakin bahawa kekayaan yang lebih besar akan datang kepada insan yang positif. Jangan biarkan minda negative mengalahkan semangat untuk bertindak dan berjuang
Kelima: Ruangkan masa sebulan untuk tempoh penyejukan
Jika kita mula negatif, berikan masa sebulan untuk menilai dan berfikir. Anda akan dapati, pemikiran negatif akan berkurangan.
Keenam: Dapatkan kekuatan dari Tuhan Yang Maha Esa
Sampaikan keraguan anda kepada Tuhan. MintaNya memberkati perjuangan anda dan semoga keraguan akan berkurangan.
Kesimpulan
Setiap orang mempunyai pilihan. Anda boleh memilih keraguan atau keyakinan. Jika anda memilih keraguan, hidup akan terus bermasalah dan bertekanan. Jika anda memilih keyakinan, hidup akan berdaya maju dan bersemangat. Janganlah kita mengalah pada keraguan. Yakin pada syarikat anda, yakin paad ahli pasukan dan pemimpin anda, yakin pada kerjaya dan potensi anda, yakin pada setiap apa yang anda lakukan.