Tips Kejayaan

Ramai orang mencari tips kejayaan. Ramai orang hendak memajukan hidup ke tahap yang lebih baik.  Ramai juga mahu memajukan perniagaan ke peringkat korporat dan antara bangsa. Kita mencari-cari dari luar dengan harapan dapat sesuatu idea yang bakal mengubah nasib menjadi seorang jutawan.  Tidak ramai orang sudi mencari tips kejayaan dari dalaman diri sendiri.

Sebenarnya, setiap orang dibekalkan fakulti minda untuk menerap tips kejayaan sendiri. Minda kita ibarat sebuah radio yang boleh menerima frekunsi kejayaan yang sejajar dengan kehendak anda. Contohnya , jika anda mahu menjadi seorang berpendapatan lima angka, radio hidup anda akan mencari dan menerima tips dari frekunsi tersebut. Yang penting, anda tetapkan “hajat anda” agar radio anda dapat mencari stesen yang sejajar dengannya.

Kalau diri kita boleh mencari dan mengesan tips kejayaan sendiri, tetapi mengapa ramai orang masih mencari-cari jawapan dari luar ? Ini kerana dirinya masih belum mengaktifkan prinsip kejayaan yang membolehkan stesen radionya mencari tips kejayaan yang sesuai dengan dirinya. Minda kita tidak akan berfungsi secara optima jika kita gagal mengamalkan beberapa tabiat minda orang berjaya.

Berikut ini adalah suatu kisah benar seorang pemuda. Pada suatu hari, pemuda tersebut menunggang kudanya dan berhijrah mencari tok guru yang boleh memberi tips kejayaan. Beliau berjalan beribu batu dan akhirnya sampai di sebuah rumah mahaguru. Beliau bertanya pada mahaguru « Bolehkah anda beritahu saya tip kejayaan yang boleh menjadikan saya seorang jutawan ? » Tok guru tersebut pun bertanya, « di mana kuda anda ? » Pemuda tersebut merasa amat terkejut dengan pertanyaan tok guru. Dia sedang menunggang seekor kuda tetapi mengapa guru masih menanya kudanya ? Seterusnya, tok guru berkata « itulah jawapan saya kepada anda »

Pemuda pun balik ke rumah dengan ribuan pertanyaan dalam mindanya. Setelah beberapa hari, dia tersentak dengan suatu kesedaran. Pemuda tersebut memahami pertanyaan cikgu yang bermaksud kuda sudah ada bersama saya, kenapa hendak mencari kuda lagi? Dirinya mula bertafakur dan mengenal dirinya, akhirnya dia menjumpai tips kejayaan sendiri. Setelah beberapa tahun, dia pun menjadi seorang yang amat kaya-raya.

Bila hidup kita tidak dapat menghargai jawapan sendiri, kita sering mencari jawapan dari luar. Kita tidak sedar, kefahaman anda tentang diri sendiri adalah landasan untuk mencari tips kejayaan yang bersesuaian dengan diri anda.

 

Prinsip kejayaan

Mula amalkan semua prinsip-prinsip kejayaan dan mula mengenali diri sendiri dengan lebih dekat, anda akan dapati tips kejayaan yang paling hebat adalah dari ilham dan kesedaran diri sendiri. Ruangkan masa sepuluh minit setiap hari untuk menetapkan stesen radio minda yang anda hendakkan. Anda akan dapati, siaran yang sesuai dengan frekunsi minda anda akan mula muncul. Anda akan dapati, semua tips kejayaan yang terpendam selama ini mula hadir dalam hidup anda.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.