Tag Archives: transformasi hidup

Prinsip kejayaan : Mencari Perubahan

Setiap orang mempunyai impian. Setiap orang mahu hidup yang lebih baik. Bagaimanakah kita boleh meningkatkan kualiti hidup keluarga. Salah satu dari syarat kejayaan ialah kita perlu melakukan sesuatu yang baru, sesuatu yang lebih baik, sesuatu yang membina. Ini bermaksud amalan yang selama ini tidak membawa hasil perlu diubah.

 

Ramai individu gagal menyahut perubahan kerana mereka mempunyai berbagai penghalang. Ada yang gagal berubah kerana ada masalah keluarga mahupun masalah kesihatan sehingga mereka tidak dapat melaksanakan aktiviti hidup yang dapat menyumbang kepada perubahan yang mereka hajati.

 

Jika penghalang yang dimaksudkan ini terus berabadi bertahun-tahun, ini hanya menunjukkan kita masih belum bersedia untuk berubah. Ini kerana seseorang individu yang berjaya tidak rela membiarkan penghalang menjajah hidupnya, sebaliknya dia akan berusaha untuk menangkis penghalang tersebut.

 

Hajat kejayaan adalah perintis perubahan. Jika kita rela, kita pasti akan lakukan apa sahaja demi kebaikan hidup sekeluarga. Jika kita tidak rela, apa sahaja akan menjadi penghalang.

 

Ruangan ini memaparkan beberapa idea yang boleh membantu anda melepasi penghalang dan seterusnya membantu anda mengerjakan perubahan yang anda hajatkan.

 

Pertama : Meminta bantuan

Jika anda gagal mengerjakan sesuatu yang mulia, dapatkan nasihat dan pendapat dari mereka yang arif dalam bidang ini. Jangan bercakap dengan orang yang negatif dan gagal dalam hidup.

 

Kedua : Merancang hidup

Sesuatu masalah yang menghantui anda sekarang tidak akan lama jika anda mempunyai rancangan untuk melepaskan diri darinya. Ini bermaksud anda merangka jadual tindakan yang praktikal demi membolehkan anda melakukan sesuatu untuk mengatasi penghalang tersebut. Jika anda mahu menjadi pengurus tetapi anda tidak mempunyai kualiti pengurus, aturkan masa untuk membaca buku yang berkaitan dengannya.

 

Ketiga: Cetusan fikiran

Gunakan ilham anda. Sentiasa bertanya pada diri sendiri, bagaimanakah saya boleh berubah dan menjadi seorang yang anda ingin jadi. Cetusan ilham akan membantu anda mencari idea dan bila ia sampai, lakukan dengan segera dengan sepenuh hati.

 

Keempat : Aktifkan hidup

Ikutilah persidangan, seminar, kursus kemahiran dan sebagainya. Ini membolehkan anda meningkatkan kredibiliti diri untuk mencari harapan yang anda hajati.

 

Kesimpulan: Perubahan adalah suatu tanggungjawab yang perlu dikerjakan demi kebaikan keluarga tersayang. Jangan biarkan keluarga anda susah seumur hidup.

Jadikanlah ibu bapa yang bertanggungjawab.

Rahsia Transformasi Diri

Saya sempat bersua dengan Y.Bhg.Prof.Madya Dr. Mohammed Fadzil Che Din tempoh hari dan sungguh kagum sekali dengan pengetahuan dan pendekatan beliau dalam konteks transformasi diri. Salah satu aspek transformasi ialah “ukuran” dan ini melibatkan prinsip matematik. Ramai orang membicara transformasi tetapi tidak dapat memberi definasi terperinci tentang perubahan yang dihajatkan, akibatnya semua idea transformasi hanya menjadi suatu idea kabur yang tidak jelas. Dalam proses mendefinasikan ukuran transformasi , kita hendaklah mengenal diri sendiri serta mengetahui tahap transformasi yang sesuai untuk diri sendiri. Kemahuan untuk mencapai transformasi yang besar tanpa mengenal kemampuan diri sendiri akan hanya mencacatkan proses transformasi tersebut.

Bila seseorang telah membuat ukuran transformasi yang dia hajatkan , dirinya hendaklah mengukur tahap ilmu, kemahiran, sikap dan tabiat (KASH) yang perlu dicapai. Kesemua aspek pembangunan diri yang terkandung dalam KASH adalah kriteria yang perlu dipantau serta dihalusi secara kuantitatif. Tanpa ukuran yang tepat , semua proses transformasi diri tidak akan membuahkan hasil yang nyata.

Setiap ukuran transformasi hendaklah melibatkan tugasan yang spesifik pada diri seseorang. Seringkali , orang yang gagal dalam transformasi diri sering memikirkan apa yang orang lain perlu lakukan untuk membantu dirinya mencapai sesuatu matlamat. Akibatnya, seseorang akan leka dengan tugasan dan komitmen yang perlu disempurnakan dan terus menyalahkan orang lain terhadap kegagalan diri sendiri. Proses mendefinasikan serta mengukur tugasan yang perlu disempurnakan membuatkan seseorang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap transformasi yang diharapkan.

Saya sering bersua dengan insan yang berhajat hendak menjadi seorang jutawan tetapi belum mempunyai ukuran yang jelas terhadap hajat serta tindakannya. Jelas sekali, hajat yang baik tidak dapat membawa sebarang nilai kejayaan dalam hidupnya. Tetapi, bila dirinya mula memberi ukuran kejayaan yang dihajatkan secara matematik dan seterusnya dijadikan suatu pelan tindakan harian, semua apa yang dihajatkan mula menjadi kenyataan.

Jelasnya, transformasi perlu mempunyai usaha yang berfokus. Sekadar melakarkan hajat dengan gambaran umum tidak membawa sebarang kebaikan. Impian perlu disusuli dengan proses yang spesifik dan berterusan sehingga ia menjadi suatu kenyataan.

 

Kesimpulan

Bila seseorang telah menguasai sistem transformasi diri yang sistematik, kejayaan dan kecemerlangan sudah pasti akan menjadi kenyataan. Sebaliknya, jika seseorang hanya melakarkan hajat transformasi dalam minda tanpa suatu proses yang terperinci, maka semua olahan KASH akan menjadi suatu proses yang konstruktif.

Usaha memperkasakan kejayaan diri, pasukan mahupun negara bermula dari proses kefahaman yang tinggi terhadap proses transformasi. Hanya bila anda mempunyai kefahaman yang tinggi, maka semua hajat anda akan menjadi kenyataan.

“Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself” … LEO TOLSTOY

Transformasi diri, transformasi negara, transformasi budaya, transformasi sikap kerja, transformasi etika, transformasi hidup , transformasi kerjaya, transformasi satu Malaysia , transformasi sikap, transformasi mental, transformasi tabiat, transformasi jiwa, transformasi pendidikan, transformasi visi dan wawasan, transformasi tabiat minda, personal transformation, self transformation, life transformation, cultural transformation , career transformation , habit transformation , mental habit transformation , soul transformation, vision transformation, attitude transformation, character transformation, education transformation, country transformation, leadership transformation, transformasi kepimpinan, management transformation , transformasi pengurusan.