Prinsip Kejayaan : Risau tentang masa depan anak .

 

Ramai orang mempertikaikan masa depan anaknya.  Mereka risau kalau-kalau anaknya terjebak dalam masalah sosial dan akhirnya terkandas dalam kehidupan.  Ada juga ibu bapa yang merungut mengapa anak mereka tidak sebaik dan sehebat orang lain.  Mereka merasa kecewa dan hampa dengan apa yang telah terjadi pada anak mereka.Proses membesarkan anak merupakan suatu cabaran yang amat merunsingkan kebanyakan ibu bapa.  Mereka merasa sukar mengawal anak tersayang.  Ada ibu bapa yang cuba sedaya untuk mengasuh anak agar menjadi seorang yang bersemangat  tetapi sikap anak tidak seperti yang mereka hajatkan. Ruangan ini memaparkan beberapa kriteria waktu berhadapan dengan anak yang dikatakan “berisiko tinggi” dan dianggap tiada harapan oleh ibu bapa sendiri.

 

Pertama : Mengenal bidang minatnya dan membina kejayaan diri

Jika kita menyuruh anak melakukan sesuatu luar dari bidang minatnya, dirinya akan merasa bosan dan tidak rela hati biarpun apa yang dilakukan membawa kebaikan untuk masa depannya.  Bila ibu bapa mengenal minat seseorang  anak, berikan peluang untuk dirinya mencungkil bakat dan membina kejayaan dalam bidang tersebut. Semakin banyak kejayaan yang diraihkan, semakin tinggi harga diri seseorang  anak.  Bila dirinya merasa harga diri, maka mudah untuk anda menanam nilai-nilai terpuji yang seterusnya dapat mengubah  nasib hidupnya.  Contohnya,  jika anak anda berminat dalam bidang melukis; libatkan dirinya dalam pertandingan melukis dan berikan perasaan bangga dengan kehebatan diri sendiri. Kongkongan terhadap anak hanya menghadkan perkembangan emosi dan pemikiran.  Mereka tidak akan dapat meningkatkan harga diri dan akhirnya mereka terus terangkap dalam kancah tidak mengapa dengan hidup.  Jika sesuatu yang anak minati tidak boleh membawa

 

Kedua : Mengasingkan dirinya dari gangguan negatif

Suasana persekitaran membina keperibadian seseorang.  Jika persekitaran anak adalah negatif , penuh dengan godaan mainan video , rakan-rakan yang malas dan suka melepak selepas sekolah; diri anak yang kurang pegangan dan pendirian agama yang kuat akan mudah terpedaya dan seterusnya terjebak dalam berbagai masalah peribadi.  Dengan membawa anak ke suasana yang baru akan membolehkan anak berkecimpung dalam arena yang positif dan lebih membina.  Anak yang tidak pandai berfikir perlukan suasana positif sebagai pendorong kesedaran.  Bila mereka libatkan diri bersama kawan yang rajin dan bersikap mulia, mereka akan beransur meninggalkan sikap dan perangai lalu yang kurang baik.  Jika anak tidak boleh diasingkan atas sebab-sebab tertentu , maka mereka perlu menguatkan diri dari segi kefahaman dan kematangan berfikir untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam kancah kehinaan.

 

Ketiga : Gunakan kesilapan diri sebagai cermin

Individu yang degil tidak suka menerima arahan dan teguran.  Mereka amat sensitif dengan komen orang lain dan mereka sengaja melawan dan menentang apa sahaja yang menghalang mereka.  Individu sebegini tidak boleh dimarah.  Semakin di marah, semakin mereka mahu memberontak. Untuk itu, mereka perlukan bimbingan secara lembut dengan menerangkan bahawa apa yang dilakukan bukanlah suatu amalan yang salah hanya dalam pandangan orang-orang tertentu, ia kurang membawa manfaat kepada masa depan anda .  Bila mereka merasa dirinya tidaklah dipersalahkan, mereka lebih rela menerima penjelasan dan pandangan anda. Beritahu kepada mereka tentang kesilapan dan kejahilan anda yang lalu dan meminta mereka untuk fikir bersama.

 

Keempat : Meneroka kekuatan mereka

Setiap individu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bila anda menjumpai sesuatu kemuliaan atau kebaikan yang telah dirinya lakukan, puji dan terangkan betapa anda bangga dengan sikapnya yang baik tersebut.  Jadikan kekuatan ini sebagai suatu dorongan untuk mendekatkan diri kepada kebenaran.  Bila kualiti positif mula menjadi dominan dalam hidup, segala unsur negatif akan juga menjauhkan diri dan gagal mempengaruhi hidupnya.  Tidak berapa lama, anda akan dapati segala tabiat negatif yang menjajah hidupnya selama ini akan beransur hilang.  Secara tidak langsung, anda telah menolong dirinya menguatkan harga diri dan menjauhkan diri dari kemungkaran.

 

Kelima : Membina sistem ganjaran

Berikan layanan yang baik dan mesra kepada anak jika diri anda mendapati dirinya mempunyai sesuatu perubahan atau petanda hendak berubah. Dalam hal ini, anda perulah sentiasa memerhatikan gerak-geri dan tingkah-laku anak.  Jika dirinya telah mematuhi janji untuk membetulkankesilapan dan kekurangannya, ucapkan syabas dan tahniah kepadanya. Untuk membolehkan anak anda mengenal tahap kecemerlangan yang perlu dicapai, ibu bapa hendaklah menerangkan jangkaan yang anda harapkan.  Bila anda anda mempunyai peringkat pembetulan yang bersistem, dirinya tidak akan keliru dengan permintaan anda.  Ini juga membolehkan anda memberi ganjaran yang sejajar dengan tahap perkembangan dirinya.  Sebaliknya,  jika ibu bapa tidak mempunyai sistem kawalan yang tertib, anak tidak akan dapat membina langkah tindakan yang bersistem.  Akhirnya, sistem penyeliaan anak menjadi longgar dan tidak berkesan.

 

Keenam : Membantu anak membuat keputusan sendiri

Cara komunikasi yang bersifat mengarah akan hanya membuatkan anak menjadi pengikut setia tanpa berfikir matang samada arahan tersebut sesuai dengan nilai dan kehendak dirinya.  Bila ini berlaku , anak akan menjadi mentah dari segi pemikiran dan tidak boleh berdikari membuat keputusan sendiri.  Mereka akan mudah terjebak dalam masalah sosial kerana kurang peluang untuk dirinya untuk mencari dan menegakkan kebenaran sendiri.  Sebaliknya, ibu bapa yang memberi bimbingan secara berperingkat akan membolehkan anak mencari jawapan sendiri terhadap setiap kemusykilan dan kesilapan sendiri. Anak yang diasuh secara ini akan mengakui sendiri tentang betapa negatifnya peri laku mereka dan sudi menjalankan pembetulan tanpa rasa dipaksa.  Terdapat tiga cara kita boleh mencungkil kebenaran berasaskan daya fikir anak.

Pertama : menggunakan pertanyaan dan memikirkan sendiri apa yang dilakukan. Kata dengannya , kalau saya marah pun mungkin anda tidak suka.  Tetapi kalau anda fikir sendiri , mungkin anda boleh mencari jawpan yang anda rasa lebih baik demi hidup dan masa depan anda.

 

Kedua : Mengaitkan kesilapan dan kelemahan dirinya pada anaknya.  Katakan dengannya , kalaulah diri anda seorang bapa dan anda melihat anak sendiri melakukan perbuatan yang sedemikian.  Apakah perasaaan anda.  Begitu juga, kalau orang lain melakukannya kepada anda , atau orang kesayangan anda , adakah anda berdiam diri?  Sudah pasti anda juga akan marah dan kecewa.

 

Ketiga : Gunakan masa depan sebagai perintis fikiran.  Katakan dengannya, jika anda memikirkan masa depan anda , pasti anda tidak mahu suami atau isteri anda merana dan sedih dengan perbuatan anda.  Demi kesejahteraan keluarga dan anak anda , sudikah anda berfikir semula tentang apa yang telah anda buat selama ini.

 

Kesimpulan

Menyedarkan dan membuka keinsafan anak merupakan tanggung-jawab ibu bapa.  Idea yang dipaparkan dalam ruangan ini hanyalah sebahaguan pedekatan yang difikirkan berkesan untuk membina kekuatan pada seseorang anak.  Jika usaha telah anda curahkan untuk mereka dan masih tidak berhasil,  suatu hari mereka juga akan tersentak dari mimpi bila sesuatu kecelakaan telah menimpa mereka.  Waktu itu, mereka akan mula berterima kasih dengan anda.