Prinsip kejayaan : Menanam kualiti kejayaan dalam minda anda

Pakar psikologi William James berkata, anda hanya perlu mengubah sikap mental dalaman , anda akan dapat mengubah corak kehidupan di luar secara hakiki. Ini bermakna , jika anda terus kekalkan minda pada tahap tertentu, anda akan membentuk suatu kuasa pemikiran yang dinamik. Ia akan menarik individu , perkara dan persekitaran yang sesuai ke dalam hidup anda. Jika anda menjadikan setiap kejadian di sekitar anda sebagai suatu kebenaran dan menerimanya tanpa sebarang persoalan, kesemua perkara ini akan menjadi konsep diri anda. Ini juga bermaksud, konsep diri akan menentukan jenis perkara yang akan berlaku dalam hidup anda; maka demi mencetuskan beberapa perubahan hidup, anda perlulah terdahulu mengubah konsep diri anda.

Konsep psikologi perubahan menyatakan setiap individu sentiasa dalam perubahan dan perkembangan yang berterusan. Konsep diri dan kepercayaan anda juga sentiasa berubah.  Setiap fasa perkembangan hidup, kita terus mengubah konsep diri, kepercayaan diri dan imej diri.  Jika anda hendak mencapai perkembangan hidup yang pesat, anda perlulah mempunyai suatu matlamat yang nyata dan jelas serta mempunyai kemahuan yang berkobar-kobar untuk mencapainya. Setiap kali anda melakukan perubahan mental, anda sering berhadapan dengan dua penghalang.  Pertama , penyakit seragam.  Ini bermaksud, seseorang akan terus melihat sesuatu dari perspektif yang sama.  Dirinya sukakan perkara yang membiasakan dan menyebabkan kurang fleksibiliti mental. Kedua, penyakit mental kaku.  Ini bermaksud pemikiran seseorang bersifat kaku dan degil. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan seseorang terus kekal dalam zon keselesaan peribadi.  Maka, amatlah penting untuk kita melarikan diri dari kongkongan zon  keselesaan.  Ini kerana Ia akan menjadikan kerja anda bersifat kaku, tidak bermatlamat hidup danm enggan melakukan sebarang perubahan dalam hidup.

Dua kuasa utama wujud dalam hidup anda, ia mengawal setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda.  Pertama , kuasa kasih sayang.  Kuasa ini menggerakkan setiap individu untuk memerolehi kasih sayang atau tuntutan emosi kerana ketiadaan kasih sayang.  Kedua, kuasa bayangan.  Kuasa ini merujuk kepada setiap gerak-geri minda sedar, sesuatu yang anda dengar, nampak, rasai, terhidu atau sesuatu peristiwa yang anda terserempak dalam hidup. Semua pengalaman ini akan membentuk suatu pengaruh dalam hidup anda dan membentuk sikap diri anda. Ini juga bermaksud setiap perkara mempunyai pengaruhnya yang tersendiri.

Rukun tabiat pula memberitahu kita, corak mental anda akan terus berkekalan pada suatu corak yang terdahulu. Hanya kalau diri anda membuat keputusan untuk mengubah sesuatu perkara dalam hidup, tabiat lama akan mula tercabar.  Untuk menemuui kejayaan, anda perlukan tabiat kejayaan.  Selagi anda memiliki semua kejayaan ini, anda akan berjaya.  Kedua , Rukun emosi. Setiap keputusan dalam hidup mempunyai kaitan dengan emosi anda pada ketika itu.  Jika emosi dominan anda pada waktu itu adalah ketakutan, maka ketakutan akan mendokong tindakan anda.  Jika emosi anda adalah suatu kemahuan yang berkobar-kobar, maka ia juga akan mendokong tindakan anda.  Jika anda terus mengekalkan diri dalam corak mental yang berkemahuan tinggi, ketakutan anda akan beransur hilang.

Ketiga, Rukun Penonjolan.  Setiap perkara yang meninggalkan memori dominan dalam minda akan terus berlaku dalam hidup anda. Jika anda cuba mencoretkan sesuatu memori yang bersifat dominan biar dengan apa cara sekalipun akan akhirnyamenjadi kenyataan dalam hidup seharian.  Anda gunakan konsep diri sendiri untuk melayan setiap perkara.  Anda tidak semestinya percaya apa yang anda lihat, tapi anda pasti akan lihat apa yang anda percaya sebagai benar. Jika anda percaya peluang wujud dalam hidup , anda pasti akan terjumpa peluang tersebut.

Keempat , Rukun Penukuran. Ini bermaksud jika anda telah mencapai tahap kejayaan tertentu, anda pasti akan membentuk suatu perasaan dominan.  Dengan erti kata lain, suasana yang bersifat hakiki akan membentuk perasaan dominan.  Jika anda berjaya mencorakkan corak mental dominan, perasaan ini akan menggerakkan Rukun Penarikan dan Rukun Keirasan.  Ini seterusnya akan membawa orang,peristiwa atau peluang ke dalam hidup untuk membentuk suasana yang hakiki.

Kelima , Rukun amalan atau Rukun Ulangan. Ia bermaksud, jika anda terus ulangi sesuatu perkara, ia kaan menjadi tabiat.  Biar apa yang anda hendakkan dalam hidup, anda boleh gunakan bayangan berulangan untuk menjadikan ia suatu kenyataan.  Ulangi perbuatan ini untuk 21 hari, ia akan akhirnya menjadi suatu tabiat bari hidup anda.

Rancangan puasa PMA menghendakkan diri anda menumpukan pemikiran pada sesuatu perkara yang anda hendakkan , jauhi dari perkara yang anda tidak mahu.  Ini menumpukan mental anda pada sikap positif yang anda corakkan sendiri. Anda akan akhirnya menjadi seorang yang positif.  Anda akan dapati setiap perkara mula berubah dalam hidup. Perhubungan manusia anda , kerjaya anda , kesihatan anda dan setiap perkara lain akan turut berubah.

Seterusnya, anda perlu melakukan empat perkara .  Pertama , anda perlu mempunyai hajat yang berkobar-kobar.  Hanya jika anda hajatkan sesuatu dengan kemahuan yang berkobar-kobar, baru anda dapat memperolehinya.  Kedua, membuat keputusan.  Anda perlulah membuat keputusan untuk melaksanakan setiap tindakan yang perlu anda lakukan untuk mencapai hasrat anda.    Ketiga , kecekalan yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan rancangan anda biarpun apa yang orang lain katakan.  Akhir sekali, disiplin diri.  Anda perlulah rela melakukan setiap perkara yang perlu anda lakukan.

Setiap perkara dalam hidup mempunyai dua kesan, samada ia mendekati atau menjauhi anda dari matlamat hidup anda.  Ini kerana setiap perkara mempunyai pengaruhnya yang tersendiri.  Selagi anda mengamalkan rancangan puasa PMA selama 21 hari, anda pasti akan menemui perubahan yang dinamik dalam hidup, ia menjangkaui perubahan yang anda fikirkan.