Prinsip Kejayaan : Korbankan hiburan

Seseorang yang serius dengan kejayaan diri sedia berkorbankan hiburan dan keseronokan.  Mereka hidup dalam suasana yang tenat dan bermasalah. Tetapi, suasana ini membina kelasakan minda dan kecekalan untuk meninggalkan tahap hidup rendah untuk menuju ke tahap yang lebih tinggi.

 

Mereka yang terus melenakan diri dengan keseronokan sensasi waktu selepas kerja pula beranggapan tekanan dan masalah kerja telah tiada.  Mereka terus menerima suasana kerja sekarang sebagai suatu yang normal. Jiwa memperjuangkan impian hidup yang lebih tinggi telah terpendam oleh jiwa bergembira.  Ramai yang mengunjung pusat karaoke atau tempat minuman keras.  Akibatnya, jiwa raga dan fizikal perjuangan menjadi pudar.

 

Mereka yang benar-benar mahu maju menggunakan masa lapang untuk belajar. Ramai insan yang berjaya sanggup bekerja lebih masa tanpa ganjaran yang sejajar.  Mereka menerima tugasan kerja sebagai tempat membina diri dan bukan hanya tempat mencari wang.  Mereka melayan kerja majikan sebagai kerja sendiri.  Dengan erti kata lain, mereka berjiwa usahawan biarpun diri hanya seorang pekerja makan gaji.  Biarpun diri mereka mendapat teguran dan kritikan atas kelemahan dan kekurangan waktu kerja.  Ini tidak menghalang mereka dari terus mengejar kesempurnaan.  Emosi mereka terkawal.  Yang penting sekali, mereka sanggup menerima apa sahaja tekanan yang mendatang tanpa perlu rawatan hiburan.

 

Ramai insan yang berjaya memulakan riwayat hidupnya dalam keadaan yang kering dan mencabar.  Mereka tahu suasana kerja akan berubah jika mereka sanggup terus berkorban dengan memberi hasil kerja yang lebih baik.  Biarpun pekerja lain berborak kosong, anda tidak terpedaya.  Biarpun beban kerja lebih dari apa yang anda jangka, anda tidak merungur.  Masa akan sampai untuk anda menimpa kekayaan dan layanan hidup yang dirimu tidak tahu di mana segala-galanya bersembunyi sekian lama.

 

Hiburan akan membuatkan seseorang terlupa tugasan.  Ia membuatkan kita ketagihan keseronokan dan terus terbuai dalam dunia sensasi.

 

Setiap perasaan merupakan guru pada kemajuan diri

Setiap kegagalan sementara jangan menggadaikan kejayaan yang lebih besar.