Prinsip Kejayaan : Keupayaan Mengurus Perasaan Negatif

Jika anda tidak menguruskan perasaan negatif , maka kegembiraan, kesihatan , rasa kemesraan dan potensi diri tidak akan terbongkar. Minda separa sedar manusia tidak mempunyai sebarang ruang untuk menyimpan perasaan negatif, ini bermaksud perasaan negatif boleh dihapuskan dari diri anda.  Akibat dari kritikan yang melukakan sejak waktu kecil, seseorang telah membentuk model pemikiran yang bersifat tertekan dan bersifat paksaan.  Kritikan yang melukakan akan menjatuhkan keyakinan diri. Ia menyebabkan seseorang gagal memikul tanggungjawab diri.  Ia juga merosakkan harga dan maruah diri.  Jika ibu bapa anda pernah berkata , “Anda tidak pernah dapat melakukan sesuatu dengan baik.” Bila anda besar, amat sukar untuk meminta diri anda melakukan sesuatu dengan baik.

Faktor kedua yang menyebabkan kita terjerumus dalam kancah perasaan negatif ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian sejati. Kekurangan kasih sayang dan gagal menikmati kasih sayang merupakan sebab mengapa seseorang tidak gembira pada waktu kedewasaannya, ketiadaan kasih sayang juga akan melumpuhkan jiwa raga seseorang.  Untuk membolehkan anak merasai kasih sayang yang sejati, ibu bapa hendaklah mempunyai nilai kendiri yang sempurna. Selalunya, seseorang ibu bapa yang menjadi mangsa ibu bapanya akan menurunkan model asuhan kepada generasi berikut.  Kita hendaklah menghentikan urutan perasaan negatif sedemikian.  Untuk membolehkan anak mempunyai perasaan dirinya disayangi, ada tiga syarat yang perlu diamalkan.

Pertama : Ibu bapa hendaklah sayangi diri sendiri. Jika anda tidak menyayangi diri sendiri , anda tidak akan mempunyai kasih sayang yang berlebihan untuk orang lain.

Kedua, ibu bapa hendaklah sayang satu sama lain.  Bila salah seorang berpisah atau bercerai, anak akan merasa kononnya ibu bapa berbuat demikian kerana dirinya bersalah.

Ketiga, anak hendaklah merasa dirinya disayangi.  Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah menyayangi anaknya.  Satu-satunya cara untuk menunjukkan kasih sayang anda ialah dengan memperuntukkan masa yang banyak untuk berkomunikasi dengan anak.

Jika proses perkembangan hidup anda tidak mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut, maka ini bermaksud anda dibesarkan dalam situasi yang bersifat kritikan negatif. Ia juga bermakna anda hidup dalam suasana yang membawa perasaan bersalah. Rasa bersalah membawa maksud dirinya tidak lagi mempunyai apa-apa nilai.

Bila diri seseorang terus dikritik oleh orang yang penting dalam hidupnya, ini juga bermaksud dirinya tidak lagi mempunyai kasih sayang yang sejati, perasaan ini akan terbentuk.  Kami rasa nilai diri amat rendah atau sama sekali tidak bernilai. Ini merupakan punca masalah perhubungan manusia.  Ia juga merupakan faktor penyakit mental.

Perasaan bersalah akan menimbulkan rasa dan pendapat kononnya “saya tidak sempurna, saya mempunyai banyak kelemahan, saya tidak baik.”  Sebaliknya, nilai diri bermaksud, “saya suka diri saya, saya suka diri saya” Bila seseorang dibesarkan dalam suasana kritikan negatif dan ketiadaan kasih sayang , mereka bukan sahaja tidak suka dengan diri sendiri , mereka tidak akan merasa sebarang nilai, yang penting sekali, hati mereka tidak terus penuh dengan hasad dengki.

Perasaan bersalah berpunca dari tiga bentuk perasaan negatif,   Ibu bapa yang negatif , pengaruh yang negatif dan agama yang negatif.  Perasaan bersalah sering digunakan oleh orang ramai untuk sesuatu tujuan kerana setiap individu mempunyai sisa-sisa perasaan ini dalam jiwa masing-masing.  Cara menggunakan perasaan bersalah amat senang sekali.  Hanya dengan memandang dengan mata dan berkata beberapa patah perkataan, seseorang akan dengan mudahnya mencapai tujuan dan hasratnya. Bagaimana anda tahu adanya perasaan bersalah dalam hidup anda ?

Pertama: Adakah anda rasa diri tidak sebaik orang lain.  Anda rasa diri tidak padan dengan sesuatu layanan dan ganjaran yang lumayan.

Kedua : Kritikan diri yang negatif.  Terus menolak diri sendiri, membantah diri dan gagal menerima diri sendiri.

Ketiga: perasaan bersalah amat mudah disokong orang lain. Sebenarnya, dunia ini mempunyai dua jenis insan, iaitu insan yang melepaskan perasaan bersalah dan insan yang menerima perasaan bersalah.  Kedua-dua kelompok manusia ini terus menyerang satu sama lain.

Keempat : Anda sering menggunakan perasaan bersalah untuk menegur orang lain.

Kelima : Corak komunikasi mangsa yang bersifat “saya tidak boleh”. Setiap kali anda hendak melakukan sesuatu, minda separa sedar akan memberitahu anda “anda tidak boleh”.  Terdapat dua jenis corak percakapan mangsa perasaan bersalah , iaitu “saya akan cuba”.  Makna percakapan ini membawa makna dirinya berkemungkinan gagal .  Ia juga bermaksud, dirinya menyediakan landasan melarikan drii dari tanggungjawab terhadap kesalahan yang bakal terjadi.  Percakapan ini juga bermaksud, jika benarnya diri gagal, jangan pula anda menuduh saya.  Jika seseorang menggunakan ayat “saya akan mencuba”, beliau sudah memberi alasan untuk gagal sebelum pun dirinya memulakan sesuatu tindakan. Satu lagi corak percakapan mangsa perasaan bersalah ialah , “saya berharap”. Harap Menggambarkan suatu impian atau matlamat.  Tetapi sekadar mengharap tidak membawa daya untuk bertindak dan mencapainya. Setiap kali kita berkata, “Saya berharap”, dirinya juga menanam rasa tidak yakin dalam minda separa sedar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Berhati-hatilah dengan corak percakapan mangsa yang sedemikian.

Setiap individu yang membesar dalam suasana yang membawa perasaan bersalah akan membentuk lima ciri berikut:

Pertama : Bila diri mereka rasa tidak sebaik orang lain , mereka juga rasa tidak berhak untuk menikmati dan menerima peluang dan pengalaman kejayaan.

Kedua : Perasaan bersalah akan terus mengheret diri seseorang ke bawah dan terus mengkritik diri sendiri dengan cara yang negatif.

Ketiga : Mereka bukan sahaja marah dan merungut diri sendiri , mereka juga menggunakan cara yang sama untuk melayan orang lain.

Keempat: Mereka mudah menjadi mangsa perasaan bersalah

Kelima: mereka akan menggunakan corak percakapan mangsa perasaan bersalah.

Jadi , Bagaimana kita boleh melepaskan perasaan bersalah ini?

Pertama : Hapuskan semua corak percakapan yang mengkutuk dan mengkritik diri secara negatif

Kedua : Jangan izinkan perasaan bersalah mendokong dan mempengaruhi hidup anda

Ketiga : Jangan sekali gunakan perasaan bersalah untuk menegur dan marah orang lain

Keempat : Mesti ada keberanian untuk memaafkan orang lain dan tidak lagi mempertikaikan kecelakaan diri.

Kelima : Seterusnya, anda perlu keberanian untuk memaafkan empat kategori manusia lain, iaitu maafkan ibu bapa anda, maafkan sesiapa yang pernah melukakan anda dengan apa cara sekalipun, maafkan diri sendiri . dan minta maafkan dari sesiapa yang pernah anda lukakan.

Kami hendaklah memupuk kualiti diri untuk memaafkan setiap orang yang anda kenali.