Tag Archives: pakar motivasi Malaysia

Ilmu Motivasi dan Daya Motivasi

Ramai orang suka membaca buku motivasi dan menyertai kursus motivasi. Mereka rasa terdorong untuk bertindak dan mencapai matlamat setelah mendapat kesedaran dan cetusan emosi dari program motivasi. Sayangnya, ilmu motivasi yang berlandaskan kesedaran dan dorongan luar tidaklah berpanjangan dan seseorang akan cenderung kembali pada keadaan asal selepas beberapa lama.

Sesungguhnya, ilmu dan kesedaran adalah suatu motivasi yang memerlukan kawalan diri (disiplin dan peringatan) serta kawalan luar (suruhan atasan atau pesanan). Hanya jika ilmu dan kesedaran tersebut ditransformasi menjadi suatu tabiat minda (Mental habit)  dan tabiat tindakan (Action Habit), maka ilmu tersebut akan memainkan peranan automatik tanpa perlu ungkitan kesedaran diri dan kita namakan motivasi ini sebagai “Motivasi Tabiat”(Attitude Motivation or habit motivation)

Cara terbaik untuk membina motivasi tabiat adalah dengan membina tabiat penetapan matlamat dan tabiat perancangan hidup ; atau dikenali Tabiat Kejayaan. Usaha berterusan seseorang mengamalkan tabiat kejayaan membuatkan diri kita seorang insan yang berorientasikan matlamat (Goal Driven Being). Kita tidak perlu lagi motivasi luaran mahupun buku motivasi untuk bertindak, sebaliknya kuasa tabiat kejayaan akan terus memantau dan mengelolakan setiap tindakan kita tanpa kita sedari. Kuasa ini membolehkan seseorang mencapai apa yang diimpiankan tanpa perlu kawalan disiplin dan kesungguhan secara sedar, ini kerana kuasa disiplin serta kesungguhan bertindak secara separa sedar atas pengelolaan tabiat diri.

Kuasa motivasi tabiat adalah suatu motivasi yang jauh lebih mantap dan abadi berbanding dengan motivasi luaran yang sering diguna untuk meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.  Tanpa kuasa tabiat kejayaan berlandaskan penetapan matlamat dan perancangan harian, seseorang perlu diberi pengelolaan dan pemantauan oleh atasan dengan cara ganjaran (pujian, wang) atau denda dan kaunseling.  Sayangnya , proses pembangunan tabiat kejayaan bukanlah suatu yang mudah dan ia mengambil masa yang panjang dan komitmen tinggi seseorang. Lantaran itu, motivasi tabiat (Habitual Motivation) jarang dijadikan agenda transformasi dalam sesebuah organisasi.

Pendek kata, motivas adalah suatu daya penggerak dan bukan suatu ilmu. Selagi daya tersebut masih perlu dikongkong oleh faktor kesedaran dan faktor persekitaran, maka motivasi seseorang akan terus tergugat dan terancam.  Pepatah Inggeris mengatakan, We are the result of our habitual thought. Tanpa kita sedari, nasib seseorang terus dikongkong oleh tabiat lama. Untuk menukar nasib lama , kita perlu mempunyai keupayaan hidupkan tabiat menetap matkamat dan merancang (Goal Oriented Habit).

Ilmu terunggul di dunia bukan apa yang anda faham, tetapi ilmu transformasi tabiat diri. Dengan ada suatu amalan menetap matlamat dan perancangan yang bersifat tabiat , semua impian yang kita muatkan dalam hidup akan menjadi kenyataan dan kita namakan konsep kejayaan diri ini sebagai mesin impian (Dream Machine) 222.150.120

孩子的前途不是梦

父母很期望。。

孩子能够出人头地

 

不管现在状况如何

在父母眼中。。。

你是有能力进大学

有能力活出幸福美满的人生

 

妈妈/爸爸相信。。

有一天会和你在机场道别

体会你成为大学生的喜悦

 

妈妈/爸爸相信。。

有一天和孩子参加大学毕业典礼

体会和你一起拍照的感觉

 

妈妈/爸爸相信。。

有一天孩子能够遇见你心爱的人

体会你成家立业的伟大

 

妈妈/爸爸相信。。

有一天能够看到你能够大展宏图

体会孩子杰出的表现

 

妈妈/爸爸相信。。

有一天孩子能够有完美的品格态度

让孩子开拓轰轰烈烈的一生

 

孩子啊

妈妈/爸爸对你有信心

能够我自己打造非非凡的未来

创造非凡的生活品味

为国家, 为世界

建立更美好的明天

 

孩子啊

妈妈/爸爸很爱你们

 

尤富璋老师

百珍力书房

2015年12月29日星期二

Prinsip Kejayaan : Sikap (Character)

<meta name="wot-verification" content="c2ab803c88d25caa3d94"/>

Aspek pembelajaran

»        Pelajar yang berjaya sering mempunyai sikap yang lebih komited dengan pembelajaran. Mereka bersinistif untuk mengulangkaji tanpa perlu disuruh. Mereka mempunyai kawalan diri yang tegas dan tidak izinkan diri membuang masa dengan aktiviti yang tidak membawa kepentingan pada kejayaan akademik. Pelajar Straight A mampu menjana kecemerlangan biarpun mengambil matapelajaran sebagai calun persendirian. Mereka tidak pernah merungut tentang kelemahan cikgu mahupun sekolah; sebaliknya mereka percaya “kejayaan dalam tangan sendiri”

 

Aspek kesihatan

»        Individu yang mementingkan kesihatan akan mengurus setiap aspek kehidupan secara sederhana. Mereka tidak akan mengganggu jadual masa tidur, masa makan, masa bersukan. Mereka juga pastikan makanan yang tidak sihat dapat dielakkan sama sekali. Mereka tidak akan mengikut selera diri untuk makan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan diri. Untuk memastikan semua aspek kesihatan disempurnakan, mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengorbankan apa sahaja aktiviti yang boleh mengganggu kesihatan mereka.

 

Aspek kewangan

»        Individu yang bebas kewangan tidak pernah risau dengan wang. Mereka tahu cara berbelanja secara bijak dan tidak mudah terpedaya oleh tarikan life style yang cuba mengaut wang lebih dari apa yang telah dirinya peruntukkan. Mereka mempunyai keutamaan hidup yang perlu disempurnakan sebelum membayar sesuatu yang bersifat sampingan. Mereka juga tahu mengurus sumber kehidupan dan elak membeli sesuatu yang boleh diganti atau diganti dengan cara lain. Mereka mempunyai simpanan wang lebihan dalam bank untuk kegunaan saat luar jangka.

 

Aspek pencapaian hidup

»        Individu yang digelar “Achiever” mempunyai sikap dinamik untuk menyempurnakan misi luar biasa yang sukar dicapai orang lain. Mereka mempunyai sikap berani dan yakin diri. Mereka dapat lihat peluang bila orang lain nampak masalah dan kegagalan. Sikap optimistik ini membolehkan mereka terus mengejar matlamat bila orang lain telah mengalah. Pencapai hidup mementingkan prestasi dan terus berusaha meningkatkan kemahiran dan ketrampilan diri.

 

Aspek penjualan

»        Individu yang digelar “top sales” mempunyai daya komunikasi yang tinggi, Mereka prihatin dan sensitif dengan reaksi orang lain. Mereka juga mudah didekati dan bertolak ansur. Mereka juga bersikap ceria dan positif.  Top sales juga mempunyai sikap kecekalan yang tinggi. Mereka akan terus mengejar matlamat biarpun ditolak oleh prospek secara berulangan. Mereka juga mempunyai sikap bersabar, ikhlas dan berbudi bahasa dalam semua urusan perniagaan.

 

Aspek perhubungan manusia

»        Seorang yang disukai ramai tidak akan mengkritik dan menyalahkan orang lain sesuka hati. Mereka mementingkan persefahaman dan sedia berunding untuk mencari penyelesaina bersama. Mereka juga bersifat fleksibel dan dapat mengadaptasi diri dengan semua orang yang berbeza ragam dan keperibadian. Mereka dapat memaafkan kesilapan orang lain dan mengambil berat terhadap masalah dan cabaran hidup orang lain. Mereka juga mempunyai empati yang tinggi dan ikhlas dalam semua pergaulan.

 

aspek penyelesaian masalah

»        Individu yang boleh menyelesaikan masalah selalunya digelar “Pemimpin”. Mereka tidak mengalah dan kata “Apa boleh buat”. Mereka mengambil tindakan yang berani untuk membetulkan apa sahaja yang kata “Apa boleh buat”. Mereka mengambil tindakan yang berani untuk membetulkan apa sahaja yang boleh merosakkan prestasi pasukan. Mereka bersikap tegas (asseritive) dan mahu menjayakan projek mereka dengan bersungguh-sungguh.

 

Aspek keibubapaan

»        Seorang ibu bapa yang berjaya mempunyai sikap keyakinan pada anak. Mereka dapat nampak kejayaan anak yang bakal mendatang. Mereka juga dapat bersabar dengan kesilapan anak dengan memberi tunjuk-ajar yang berterusan tanpa rasa jemu. Ibu bapa berjaya akan menguruskan jadual hidup dan dapat meruangkan masa bersama anak. Mereka sudi menunjukkan model dan contoh kepada anak dengan mengelakkan apa yang mereka tidak mahu anak lakukan.

 

Aspek keselamatan

»        Bila seseorang mempunyai sikap berhati-hati ,banyak masalah dan kecuaian dapat dielakkan. Setiap apa yang dilakukan secara berperingkat dan tidak mencari jalan pintas yang berbahaya. Pastikan semua peraturan dipatuhi.  Perancangan juga penting dalam keselamatan. Elakkan buat sesuatu secara mendadak tanpa soal selidik dan persiapan awal.

 

Aspek Kepimpinan

»        Pemimpin adalah seorang yang dapat menguruskan sumber dengan optima dan mencapai matlamat pasukan. Untuk itu, beliau hendaklah mampu mengatur strategi pembangunan yang membawa kejayaan berterusan kepada pasukan. Sikap pilih kasih dan tidak adil akan hanya merosakkan kekitaan dalam pasukan. Pemimpin tidak menuntut kejayaan sebagai kehebatannya, sebaliknya berterima kasih dengan sumbangan semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan pasukan.

 

Apa yang dihurai di atas adalah sebahagian dari aspek SIKAP dalam kejayaan. Bila diterokai seterusnya, anda akan dapati banyak aspek SIKAP yang perlu disepadukan untuk tujuan kecemerlangan.

 

Hasil   karya Foo Chang