Tag Archives: pakar kejayaan

MAKNA KEJAYAAN

 

Setiap individu mengejar kejayaan.  Ini telah terbukti dalam sejarah manusia.  Ramai individu telah mencoretkan nama mereka secara abadi dalam ingatan generasi akan datang. Tetapi mereka yang benar-benar menghidupkan makna kejayaan amatlah sedikit sekali.  Kebanyakkan mereka telah membukti kejayaan dengan merosakkan imej dan kepentingan orang lain.  Ada juga yang dikenal berjaya leka dengan kebenaran dan etika masyarakat.  Biarpun mereka berjaya melepaskan diri dari tahanan polis, tetapi nikmat kejayaan sebenar dirinya telah tercabar.

 

Untuk mengecapi kejayaan yang sebenar, seseorang individu hendaklah mahir dalam bidang yang diceburi, mengasah bakat dan memahami makna kejayaan dengan sepenuhnya.

Sebagai asas konsepsi kejayaan, ia boleh ditakrifkan berasaskan dua pendekatan berikut:

 

Suatu gabungan matlamat, perancangan dan tindakan (contohnya, menyiapkan sesuatu projek)

untuk mencapai kejayaan dalaman dan luaran.

 

Wujudnya perbezaan yang nyata antara falsafah timur dan barat tentang penjelasan kedus di atas.  Falsafah barat lebih mementingkan kejayaan luaran manakala masyarakat timur lebih mementingkan dalaman. Suatu yang menarik sekali ialah masyarakat barat yang mementingkan kejayaan luaran kini semakin mundur, manakala masyarakat timur yang mementingkan kejayaan dalaman gagal mencorakkan perubhan tamadun manusia secara hakiki.  Ini bermaksud pendekatan kejayaan yang mengutamakan penekanan pada kejayaan luaran atau dalaman sahaja tidak dapat membawa kejayaan yang sempurna.

Berasaskan bukti di atas, kami boleh menerokai makna kejayaan dengan lebih mendalam.  Makna kejayaan yang kukuh bagaikan perlembagaan, ia memimpin setiap gerakerja dan tindakan kita. Ia memimpin pendirian kita, keputusan kita, sikap dan percakapan kita untuk berhadapan dengan kejayaan hari esok. Apa yang kami fikirkan dan lakukan hari ini akan menentukan tahap kejayaan hari esok.

 

Konsep kejayaan yang dipegang hendaklah betul kerana ia merupakan landasan kejayaan hari esok.  Jangan kita merungut tentang susahnya sesuatu tugas, tetapi yang penting sekali kita kukuhkan diri dengan Ilmu Kejayaan sebagai persiapan menghadapi tugasan yang berat.  Genggamkan prinsip kejayaan bagaikan kompas kehidupan, biarpun ringkas tetapi bukan senang untuk diaplikasikan.  Jika kita salah mengolah makna kejayaan dengan pengertian yang sebenar, kita menyesatkan diri dalam perjuangan hidup.  Tetapi jika kita pandukan petunjuk berikut, maka hidup akan memberi ganjaran yang anda harapkan.

 

PERLEMBAGAAN KEJAYAAN

1. MAKNA KEJAYAAN ADALAH KESEIMBANGAN DAN KETERTIBAN SETIAP ASPEK KEHIDUPAN.  Kami hendaklah memberi penekanan yang harmoni serta keutamaan pada setiap aspek kehidupan tanpa mengabaikannya.  Contohnya, seseorang individu yang berjaya dalam kerjayanya tetapi mengabaikan kesihatan dan keluarga.  Biarpun berjaya mengumpul kekayaan material, tetapi badan telah lumpuh dan keluarga telah berpecah-belah.  Ini tidak dikenal sebagai kejayaan yang sebenar.

2. MAKNA KEJAYAAN ADALAH SUATU PERJALANAN DAN BUKAN DESTINASI.   Dalam usaha kita mengejar impian dan harapan hidup, pasti kita akan berhadapan dengan berbagai penghalang dan masalah. Semua dugaan dan cabaran ini bukanlah suatu penentuan, tetapi hanyalah suatu proses sementa ra.  Selagi kita terus berusaha,  segala-galanya akan berlepas dari pandangan.  Apa yang perlu kita takut? Jangan jadikan suatu kegagalan sebagai penentu nasib. Perjalanan masih jauh lagi.

3. MAKNA KEJAYAAN ADALAH SUATU BENTUK PERASAAN YANG BAIK. Jika diri kita merasa kejayaan, maka kita sudah berjaya.  Setiap proses hidup adalah suatu kejayaan jika kita berkeupayaan mengatasi masalah dan kelalaian emosi.  Dengan menikmati kejayaan kecil ini, kejayaan yang besar akan mendatang. Diri kita meletakkan persepsi kejayaan sebelumpun kita mencapainya.  Ini boleh dilakukan dengan mengesahkan diri kita sebagai seorang jutawan biarpun pada hakikatnya kita belum berjaya. Bayangan kejayaan merupakan suatu paduan yang akan mengasahkan kemahuan untuk bertindak dan ia menilai serta menyusuli setiap gerak geri agar bersesuaian dengan trak kejayaan. Ia meningkatkan keyakinan diri untuk menanggung cabaran yang lebih besar.

4. MAKNA KEJAYAAN IALAH MEMBANTU ORANG LAIN BERJAYA – Dalam kebanyakan situasi, kita akan dapati kejayaan seseorang tidaklah dikenal kejayaan sebenar jika beliau gagal membantu individu lain mengecapi kejayaan.  Jika falsafah ini tidak dijunjung, kemungkinan besar kita mengabaikan kepentingan pihak lain dalam proses mengejar kepentingan diri.  Semakin ramai individu yang dapat anda tolong, semakin tinggilah nilai kewujudan anda dalam dunia.   Tahap kejayaan banyak bergantung pada balasan dan bantuan dari orang lain.  Jika kita tidak menaburkan kebaikan untuk membantu kejayaan orang lain, janganlah kita harapkan balasan orang lain.  Jika kita mengabaikan kepentingan orang lain, kita juga merosakkan kejayaan sendiri.  Pepatah menyatakan, “Jika anda menolong individu lain mencapai puncak gunung, anda juga pasti sampai ke situ.” Ini bermakna jika kita berikan apa yang orang lain hendakkan, kita juga akan dapat apa yang kita hendakkan. Falsafah ini menjadi lebih penting jika diri kita merupakan seorang pemimpin, terus menjana kualiti anggota pasukan yang bermutu, terus mengeratkan hubungan baik dengan semua orang. Hasilnya, kita akan mendapat “pasukan” yang paling cemerlang.

5. MAKNA KEJAYAAN IALAH MENCARI KEPASTIAN – Pengesahan individu lain hendaklah juga disertakan dengan pengesahan dari diri sendiri.  Jika diri tidak pasti dengan arah tuju sendiri, atau kita tidak faham apa yang kita mahu, kita juga tidak tahu matlamat yang hendak diperjuangkan.

6. MAKNA KEJAYAAN IALAH NIKMAT MEMILIKI DAN EMPUNYA – “Menikmati”  juga bermakna memiliki.   Jika kita hanya memiliki tanpa menikmatinya, ia tidak dikenal kejayaan.  Ramai individu yang kaya-raya tidak menikmati kegembiraan. Tahap kemanisan dan nikmat kepuasan adalah bergantung pada pengorbanan yang diberi serta tahap kebenaran yang dipegang.

7. MAKNA KEJAYAAN IALAH KESIHATAN YANG BAIK – Tanpa kesihatan badan, segala-gala menjadi tidak bermakna.  Badan yang lemah merupakan suatu tanda kegagalan manusia.  Untuk berjaya, kita hendaklah memastikan badan sentiasa sihat.  Ia membolehkan seseorang mengekalkan keceriahan diri dan kecekalan perjuangan. Untuk itu, jagalah pemakanan, minuman, kebersihan, sukan dan rehat yang seimbang.  Dengan memiliki kesihatan yang baik, masa depan juga cerah.  Inilah suatu kejayaan manusia.

8. MAKNA KEJAYAAN IALAH PERKAHWINAN YANG BAHAGIA – Untuk memastikan kehidupan keluarga yang harmoni, gembira dan baik, kedua-dua pihak hendaklah saling tolong menolong dan bertolak ansur; ini merupakan suatu kejayaan manusia.  Kebahagiaan keluarga mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan perkahwinan.  Jika perpecahan keluarga berlaku, ketidakselasian antara suami-isteri, maka ia menggambarkan suatu kegagalan dalam hidup.

9. MAKNA KEJAYAAN IALAH KEHIDUPAN YANG BAIK – Untuk membolehkan kita hidup bagaikan dalam syurga, maka kita hendaklah berpegang pada syarat dan pendekatan hidup yang membawa kegembiraan, agar hidup menjadi bermakna, berwarna-warni dan menarik. Untuk meningkatkan nilai kehidupan, kita hendaklah mempunyai matlamat dan perancangan hidup. Biarpun kita banyak melakukan sesuatu, tetapi jika tidak diiringi dengan nilai-nilai yang hakiki; hidup masih tidak dapat memberi kepuasan kepada kita. Sebaliknya, mereka yang sering dilamun kesedihan, kekecewaan, ketakutan, kepiluan, hasad dengki, kekosongan, niat ingin membalas dendam, kesakitan, kelaparan an kekhuatiran  adalah petanda orang yang gagal dalam hidup jika usaha tidak dilakukan untuk memperbaikinya.

10.              MAKNA KEJAYAAN IALAH KEWANGAN YANG KUKUH – Untuk memastikan pendapatan yang mantap dan mencukupi untuk membiayai kehidupan sekeluarga pada tahap yang selesa, serta mengelakkan rasa kekhuatiran untuk keperluan asas termasuk tempat tinggal, makan, minum dan pemakaian.

11.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MEMUPUK GENERASI AKAN DATANG – Untuk membolehkan anak-anak mendapat didikan dan kaunseling yang baik dan membesar dengan sokongan keperbadian yang mulia.  Gunakan “kasih-sayang” sebagai teras pendidikan dan meningkatkan “nilai kendiri” anak sendiri. Berikan keperluan emosi mereka dengan mengutamakan “masa depan” agar mereka dapat meningkatkan potensi dan bakat diri dan menyumbang tenaga untuk kebaikan dunia.

12.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MEMPUNYAI SIKAP DAN KEPERIBADIAN YANG MULIA – Kehidupan yang diibaratkan sebagai permainan dan tidak serius dengan setiap peristiwa yang berlaku hanya menggambarkan dirinya tidak mengambil berat dengan hidup. Untuk membolehkan seseorang membentuk mentaliti mulia, beliau hendaklah mempunyai kesedaran untuk berjaya, kematangan untuk membuat keputusan dan membezakan antara yang baik dan buruk, berani memperjuangkan kebenaran, prihatin dengan masalah orang lain dan menghormati setiap individu biarpun dari latar belakang yang berbeza, mempunyai keyakinan diri , menerima diri sendiri, tahan lasak, bertolak ansur dan bercekalan. Beliau juga hendaklah tahu membalas budi dan mengembalikan setiap jasa dan bakti untuk masyarakat.  Tumpukan tenaga untuk matlamat kerja yang berorientasikan perkhidmatan dan kebaikan untuk orang lain. Yang penting sekali, jangan membawa perasaan yang pesimistik dalam hidup.

13.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MENONJOLKAN MAKNA HIDUP – Untuk mencorakkan hidup yang bermartabat tinggi, kita hendaklah prihatin dan mengambil berat tentang keperluan orang lain.  Kita hendaklah tahu mengorbankan ,asa untuk kerja sukarelawan dan menyumbang bakti untuk masyarakat. Kehidupan yang hanya berorientasikan hidup sendiri tidaklah membawa makna yang tinggi jika ia tidak memberi suatu yang berharga untuk kenangan dunia

14.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MATLAMAT HIDUP YANG SEMPURNA – Hidup hendaklah mempunyai matlamat yang mulia dan jelas.  Kita yang menentukan apa yang kita hendakkan dalam hidup dan mengatur setiap langkah untuk mencapainya.  Kita hendaklah tahu apa yang hendak dicapai esok, bulan depan, tahun depan dan sepuluh malah dua puluh tahun dari sekarang.

15.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MEMUPUK KEPIMPINAN YANG UNGGUL – Mengorbankan diri dan menjaga kepentingan ramai merupakan asas kepimpinan,  Tanggungjawab kepimpinan adalah berat kerana diri kita mengambil berat tentang pasukan dan bukan hanya diri sendiri. Ia hendaklah dilakukan dengan niat yang murni dan ikhlas agar anda dapat memimpin lebih ramai individu mencapai matlamat dan hasrat mereka.

 

MAKNA KEJAYAAN DINILAI DARI PERSPEKTIF YANG BERBEZA

Dalam dunia ini, setiap individu menjelaskan makna kejayaan berasaskan latar belakangnya yang tersendiri. Contohnya, seorang pelajar mendefinasikan makna kejayaan berasaskan kecemerlangan keputusan sekolah, seorang peniaga mendefinasikan kejayaan berasaskan jumlah keuntungan setahun, seorang doktor pula dinilai dari kehebatan dirinya mengubati penyakit, seorang ustaz pula dinilai dari kealiman dan amalan hidupnya setiap hari, seorang pelukis pula dinilai dari keupayaan mencorakkan lukisan yang cantik serta kreatif, seorang pengilang pula hendak mengeluarkan produk yang sesuai untuk piawaian yang ditetapkan, seorang guru pula dinilai dari kejayaan dirinya memupuk generasi yang akan datang, seorang doktor psikologi dinilai dari aspek pemulihan tekanan jiwa dan masalah mental, seorang askar pula dinilai dari tanggungjawab berkorban demi keselamatan negara, dan ibu bapa pula dinilai dari niat menjadikan anak sebagai seorang juara.

Dari penjelasan di atas, jelas sekali menunjukkan penumpuan yang diberi oleh setiap golongan manusia terhadap kejayaan adalah berbeza.  Penting sekali , seseorang mengetahui apalah tujuan hidupnya dan berusaha untuk menjadikannya sebagai kenyataan. Dekl – kejayaan adalah suatu tajuk yang subjektif .

 

 

Motivasi yang strategik

 

Ramai individu yang berjaya bermula dari tahap yang rendah dan hidup dalam keadaan yang sederhana.  Mereka mengolah langkah secara strategik mengikut perkembangan diri dan akhirnya mereka telah berjaya menaiki tangga hidup ke tahap yang mereka impiankan. Dalam saat mereka masih terperangkap dalam kesusahan, mereka tahu mengatur hidup mengikut keadaan.  Mereka tahu, saat susah adalah sementara.  Mereka tahu, tiada yang baik akan menjelma jika dirinya tidak memahami konsep bertahan waktu susah.  Mereka terus mengatur langkah secara aktif untuk sampai ke destinasi hidup yang masih jauh terbentang.

Ruangan ini menampilkan beberapa pendekatan yang penting untuk seseorang yang tengah mengatur langkah menuju ke arah kejayaan,

 

Pertama : Jangan boros

Setiap apa yang anda perolehi sepanjang perjalanan hidup adalah suatu bekalan untuk bersiap sedia dengan hidup masa depan. Tanpa modal, peluang yang terbaik juga akan terlepas dari anda. Elakkan hidup yang mewah dan kurangkan hiburan.  Bersiap sedia untuk mendirikan perniagaan anda kelak. Semakin besar perniagaan anda , semakin besar modal yang anda perlukan. Biar hidup kurang selesa, tetapi suatu hari ia akan berubah.  Janganlah kita ikut cara hidup orang lain yang telah berjaya.  Sebenarnya , mereka juga mengalami proses hidup yang sama seperti anda sebelum ini.

 

Ke dua : Jangan merungut

Setiap yang berlaku dalam proses perkembangan hidup mempunyai dua akibat, samada untuk membina atau meruntuh. Sebaik anda mengenalnya, anda perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikannya. Melahirkan ketidakpuasan dengan merungut atau marah tidak membawa sebarang kebaikan kepada sesiapa.  Sebaliknya , kita hendaklah memikir sebab di sebalik ketidakpuasan.  Adakah kejadian ini berlaku atas sebab kekurangan yang ada pada diri anda? Adakah kejadian ini menggambarkan bahawa anda perlu mengubah strategi ?

 

Ke tiga : Jangan takut

Jika anda mempunyai kesungguhan untuk meneruskan perjuangan , janganlah kita tersungkur dan terus tertiarap.  Bangun dan cuba sekali lagi.  Kuatkan kemahiran dan car ilmu yang diperlukan. Berani meneroka bidang kerja yang baru dan cuba sesuatu yang belum pernah anda lakukan. Inilah satu-satunya cara untuk meneroka potensi diri.  Anda akan dapati diri anda mampu lakukan berbagai perkara yang diri anda tidak percaya anda dapat lakukan sebelum ini. Jika kita takut komen dan kritikan, takut gagal dan diperkatakan orang lain ; diri kita tidak akan maju kerana diri kita akan terus terbantut pada apa yang anda lakukan sekarang.

 

Ke empat : Jangan malu

Individu yang bermotivasi mempunyai harga diri yang tinggi.  Mereka tahu nilai di sebalik kerja yang mereka usahakan.  Mereka memandang tinggi pada makna tugasan dan mereka rasa wajar untuk menerima wang yang sejajar dengan pengorbanan dan perkhidmatan mereka. Sebaliknya , individu yang malu jarang berjaya dalam dunia perniagaan.  Mereka malu menjualkan produk atau perkhidmatan , mereka malu memujuk orang lain , mereka malu hendak berjumpa dengan orang-orang asing. Jika hati kita belum bersedia, motivasi tidak akan menonjol. Dalam hal ini, tanya diri anda “Adakah apa yang saya lakukan sekarang bercanggah dengan nilai-nilai agama atau undang-undang negara? Jika tidak , kuatkan hati dan lawan perasaan rendah diri anda.

 

Ke lima : Jangan melarikan diri

Individu yang bermotivasi tidak mudah terperangkap dalam tugasan yang tidak selari dengan impian dan harapannya.  Bila dirinya telah membuat satu keputusan untuk melakukan sesuatu , dirinya tidak akan mengundur diri biar pun apa yang berlaku.  Dirinya tahu apa yang dirinya mahu dan sentiasa mencari jalan baru bila sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Tekanan, kesakitan dan masalah adalah lumrah hidup orang yang bermotivasi.  Mereka cekal mengharungi apa sahaja dugaan kerana mereka tahu apa yang mereka mahu dalam hidup. Sebaliknya, individu yang kurang bermotivasi mudah patah hati dan berpindah kerja ke tempat lain.  Ini hanya menunjukkan dirinya belum mempunyai impian yang nyata dalam hidup.

 

Ke enam : Jangan takut penat

Jika diri anda telah berjuang habis-habisan dan masih belum dapat menikmati sesuatu kemanisan, janganlah berhenti.  Ini menunjukkan anda masih belum sampai lagi. Tanya diri anda , apakah kebaikan yang bakal datang ? Adakah anda sanggup memikul segala beban hidup sekarang demi untuk menyambut kejayaan yang lebih besar kelak? Fikirkan harapan anda , kualiti hidup yang anda mahukan. Semua ini merupakan daya motivasi yang paling berkesan untuk melawan perasaan penat dan malas.

 

Ke tujuh : Jangan tanya bila kejayaan datang

Kita mungkin tertanya-tanya, apakah pengorbanan kita membawa hasil yang kita harapkan.  Bila kejayaan tidak ternampak dan masalah terus menimbun, kita mula curiga dengan usaha kita.  Saat inilah adalah suatu ujian, sejauh manakah kita sanggup untuk terus berkorban masa dan tenaga. Kemungkinan , kejayaan akan muncul pada bila-bila saat sahaja.  Tetapi , jika kita tidak nampak  kemungkinan tersebut, kita akan mudah kecewa.

 

Ke lapan : Jangan menipu diri sendiri

Jika apa yang anda mahu adalah hajat yang datang dari hati anda , janganlah berselindung diri.  Berani tampil ke depan dan mengejar impian anda.  Ramai orang mahukan sesuatu tetapi tidak berani mengakui  apa yang diharapkan. Bila diri tidak dapat , dirinya mempunyai sebab untuk melindung kekurangan diri.  Tetapi , bila dirinya nampak orang lain dapat, dirinya mula cemburu.  Sebenarnya , kita hendaklah sentiasa jujur dengan diri sendiri dan kenal apa yang sebenarnya anda mahu dalam hidup.

 

Kesimpulan

Motivasi yang berkekalan memerlukan seseorang mengelakkan diri dari semua perangkap yang tersenarai di atas.  Dengan adanya kekuatan diri , pasti tiada sesuatu yang dapat menghalang anda dari berjaya.  Sebaliknya , jika kita lemah dan kurang ketahanan diri , racun keruntuhan hidup akan mula meresap masuk dalam hidup anda.  Kita hendaklah membuat pilihan sendiri, samada kita mahu berusaha untuk mengelakkan semua “jangan” yang tersenarai dalam petikan ini

 

__________________________________________________________________________

 

 

 

 

 

 

 

Memandang rendah pada diri sendiri

 

Rasa rendah diri sering dianggap sebagai suatu keperibadian yang  mulia.  Ini bermaksud kita melepaskan ego dan kebongkakan diri, tidak menjunjung kejayaan sendiri sebegitu tinggi sehingga membawa unsur memandang rendah pada orang lain yang tidak setanding dengan status diri anda. Dalam pergaulan seharian, rendah diri adalah suatu sifat yang mulia. Mereka bukan sahaja mudah mendapat kawan, malah senang bergaul dengan sesiapa sahaja.

Sebaliknya, rendah diri juga boleh membawa gejala negatif pada masa depan seseorang. Seseorang  yang tidak menghargai kewujudan diri akan terus memandang dirinya tidak sebaik orang lain.  Mereka merasa serba kekurangan dan sering mengkutuk dirinya lemah, tidak boleh atau bermasalah.  Orang yang tidak menghargai nilai diri sendiri sering merasa kerdil bila berhadapan dengan orang lain yang lebih handal.  Contohnya,  orang yang kelulusan sekolah rendah merasa serba tidak senang bila bergaul dengan orang yang kelulusan universiti.  Orang yang memegang tugas sebagai kerani merasa gugup bila berhadapan dengan majikan atau seseorang  yang berpangkat tinggi.  Jika fenomena ini berlanjutan, seseorang  akan cenderung menutup skop pergaulan diri pada orang yang selesa dengan dirinya.  Mereka menutup peluang yang lebih mencabar kerana mereka fikirkan dirinya tidak layak.

 

Mengapa seseorang  memandang rendah pada diri sendiri?  Berikut ini disenaraikan beberapa strategi untuk memulihkan harga diri seseorang.

 

Punca pertama : Hargai nilai keperibadian sendiri

Seseorang  yang berpangkat dan berstatus tinggi tidak semestinya menggambarkan kualiti keperibadian dirinya.  Orang yang mulia adalah digambarkan oleh kualiti dalaman dan bukan kualiti luaran.  Hayatilah sifat keperibadian sendiri.  Jika diri anda mempunyai ciri-ciri yang unik dan terpuji, bersyukurlah.  Cara mengukur ilai diri bukan berdasarkan pada kejayaan duniawi sahaja, tetapi tahap kesabaran anda, keberanian dan keyakinan diri sendiri. Bandingkan diri anda dengan orang yang membuat anda merasa rendah diri. Apakah kualiti yang anda miliki tetapi tidak dipunyai olehnya. Anda akan mula menjunjung kebaikan yang telah dimiliki oleh diri anda. Ini bukan bermaksud anda memandang rendah padanya, hanya anda akan mengenal diri sendiri tidaklah seteruk yang anda fikirkan.

 

Punca kedua : kejayaan belum sampai

Individu yang mengejar kejayaan secara terburu-buru sering merasa rendah diri bila melihat orang lain telah memerolehi apa yang anda hajatkan.  Contohnya,  seseorang  yang putus cinta atau belum menjumpai jodoh akan merasa rendah diri bila melihat rakan-rakan yang seusia dengannya telah bercinta atau berumahtangga.  Sememangnya, kegagalan atau kehilangan sesuatu bukan bermaksud anda lemah atau tidak berguna. Sebenarnya, ramai individu yang berjaya dalam dunia memperolehi kejayaan pada usia yang agak tua.  Ada yang masih mengejar impiannya biarpun usianya menjangaui enam puluhan.  Individu sedemikian tidak pernah merasa dirinya tidak sebaik orang lain, sebaliknya mereka berkata “Suatu hari, saya akan mencapainya dan membuahkan kejayaan yang lebih menakjubkan.” Berikan masa untuk diri sendiri.  Yang penting , anda teruskan perjuangan mengejar impian yang anda hajatkan.

 

Punca ketiga : Setiap orang mempunyai kelemahan dan kesilapan

Bila emosi kita dijajah oleh orang yang lebih handal, kita akan terbayang kehebatan mereka.  Kita mungkin tidak sedar, sebenarnya mereka juga mempunyai berbagai rungutan dan kesakitan dalam hidup.  Kekayaan dan pangkat tidak menggambarkan kebahagiaan dan kegembiraan.  Ramai individu yang memiliki hidup yang selesa dan serba mencukupi juga membunuh diri. Kejayaan duniawi mungkin melalaikan k dengan tugasan agama dan keharmonian keluarga.  Bagaimana pula dengan keseimbangan hidup dalam aspek yang lain.  Selalunya, kita menjadikan status masyarakat sebagai pengukur kejayaan seseorang.  Kita tidak sedar, banyak aspek yang telah anda miliki adalah jauh lebih bermakna kepada hidup.  Janganlah kita menjadi hamba kepada kejayaan sekular sehingga kita kelhilangan sesuatu yang lebih berharga.

 

Punca keempat : Tidak  manusia yang dikatakan serupa

Bila kita membandingkan kedudukan kita dengan orang lain , ini juga bermaksud kita hendak menyamakan kualiti diri anda dengan orang lain sebelum dianggap berjaya dalam hidup.  Pada hakikatnya , seseorang  yang berjaya boleh menceburkan diri dalam apa bidang sekalipun.  Kita tidak perlu menjadi menteri untuk menganggap diri kita hebat.  Biarpun diri kita seorang kerani, kita boleh buat yang terbaik untuk hidup dengan menjalankan tugasan yang diserahdg bersungguh-sungguh. Kata pepatah ” Anda tidak perlu menjadi pokok yang besar untuk merasa kegagahan diri, anda boleh menjadi rumput yang menghijaukan gunung dan tetap menerima pujaan orang ramai.”  Terimalah keunikan diri dan buat yang terbaik dalam skop tanggungjawab yang telah dimandatkan.  Yang penting , sumbangan anda dapat membawa kebaikan kepada dunia.  Anda akan tetap bersyukur dengan apa yang telah anda capai.

 

Kelima : Meneroka cabaran hidup yang lebih menyukarkan

Seseorang  yang berpuas hati dengan apa yang telah dicapai sekarang akan mudah merasa rendah diri bila melihat seseorang  mencapai kejayaan yang lebih baik darinya.  Sebaliknya, jika diri terus mengejar kejayaan dan kemajuan, perasaan rendah diri akan terhapus.  Kita tahu, setiap orang mempunyai permulaan dalam perjuangan.  Mereka yang berjaya sekarang juga adalah seorang yang serba biasa suatu masa dahulu.  Anda yakinkan diri bahawa masa akan sampai untuk anda menuntut kejayaan yang jauh lebih baik dari mereka. Maka dengan ini, anda jadikan perasaan rendah diri sebagai suatu pendorong untuk meneroka kerjaya yang lebih tinggi.   Anda tidak lagi bersimpati dengan keadaan sekarang yang tidak seberapa.  Dengan jiwa ini, anda akan terus melibatkan diri dalam cabaran dan pertandingan.  Anda akan mula mengenal potensi diri yang selama ini terpendam dalam jiwa.  Anda mula menjunjung keupayaan diri untuk setanding dengan orang-orang yang anda banggakan. Hati anda akan berkata , “Apa yang mereka lakukan dan capai , saya juga boleh buat.”  Dengan ini , rasa rendah diri akan terus terhapus dari jiwa anda.

 

Punca keenam : Kesilapan dan kekurangan diri bukan semestinya kelemahan

Orang yang merasa rendah diri sering menjadikan kekurangan diri sebagai suatu faktor yang meruntuhkan semangat diri.  Mungkin anda mempunyai masalah dalam percakapan, mungkin anda cacat atau mempunyai wajah yang hodoh.  Kelemahan dan kekurangan ini bukan menggambarkan diri anda tidak berguna.   Jangan memandang rendah pada diri sendiri hanya kerana anda telah melakukan sesuatu yang salah.  Setiap manusia mempunyai kesilapan dan kelemahan yang tersendiri.  Belajar memaafkan diri sendiri dan mulakan sekali lagi dengan kematangan dan kejujuran.  Biarpun anda tidak mendapat penghormatan orang lain, yang penting anda menghormati diri sendiri.  Kata pepatah ” kesilapan sekali bukan bermaksud kita akan silap selama-lamanya.”  Sememangnya, ramai orang yang berjaya juga banyak melakukan kesilapan.  Tetapi yang penting sekali, mereka tidak menjadikannya sebagai suatu faktor yang menghalang kemajuan.  Mereka insaf dan terus membetulkan diri.  Ramai yang menjadikan kelemahan diri sebagai suatu peluang.  Contohnya,  individu yang gagal dalam percintaan menganggap kegagalan ini sebagai suatu peluang untuk dirinya mencari jodoh yang lebih baik.

 

Kesimpulan

Penerokaan diri bermula dari kesedaran bahawa diri anda seorang yang berguna dan unik.  Jangan sekali-kali memandang rendah pada keupayaan untuk maju.  Berikan peluang untuk diri anda bergaul dengan sesiapa sahaja dan meneroka apa sahaja peluang yang ada. Dengan kefahaman yang disebutkan di atas, anda pasti akan dapat memulihkan keyakinan , maruah dan penghormatan diri.