Tag Archives: nilai peringkat dunia

Nilai Kejayaan Anda

Suatu ketika dahulu, ada seorang kawan saya bertanya pada saya “Mengapa anda naik motosikal ke pejabat sedangkan anda ada kereta”. Saya mula menakrifkan nilai masa awal pagi saya bersama anak tersayang dan saya tidak mahu membuang masa dengan kesesakan lalu lintas. Kawan saya bertanya pula, “Adakah nilai motorsikal sejajar dengan status anda? Apa lagi kalau waktu hujan, anda akan menjadi basah.” Saya pun menerangkan nilai keluarga berbanding dengan nilai keselesaan yang dimaksudkannya. Bulan lalu, saya sempat berjumpa dengan seorang teman yang memandu setiap pagi dari Seremban ke KL untuk bekerja. Beliau memperuntukkan hampir 10% dari pendapatannya untuk kos perjalanan. Bila ditanya, “Adakah anda rasa lebih murah kalau anda dapat tinggal di KL?” Beliau mula menjelaskan nilai kos kehidupan, sewa rumah dan sebagainya yang melambung tinggi di KL. Jelasnya, pilihannya untuk berulang alik antara KL dan Seremban adalah suatu yang sejajar dengan hasratnya.

Begitu juga dengan kejayaan anda. Jika kejayaan anda ibarat kerja di KL yang bakal membawa pulangan yang lumayan, anda akan sudi mengeluarkan belanja untuk menyertai kursus dan program kejayaan. Anda juga sudi membayar yuran kursus kemahiran dan bidang professional.

Perkara yang menghalang seseorang untuk berkorban kewangan dan masa demi kejayaan adalah nilai kejayaan yang bakal dikecapi. Jika mereka masih tidak mengenal nilai kejayaan yang mereka hendak, mereka akan merasa semua perbelanjaan yang menjurus pada pembelajaran dan pembangunan diri sebagai suatu yang mahal.

Contoh yang paling baik adalah pengembaraan mencari harta karun. Bila anda mendapat sekeping peta harta karun, anda mula mengambil risiko dan mulakan perjalanan. Anda tahu, kos perjalanan, kesusahan yang ditempuhi serta masa yang diperuntukkan adalah suatu kos pelaburan untuk anda dapatkan harta karun yang berjuta ringgit. Soalnya, adakah anda dapat rasakan masa depan bernilai tinggi? Adakah anda berhajat hendak mellibat ganda serta mengejar kehidupan yang paling indah sekali? Jika benar, anda tidak akan mempunyai halangan untuk berkorban apa sahaja demi masa depan anda.

Faktor yang menghalang “pengorbanan” seseorang adalah kerana mereka tidak dapat membina impian dan matlamat yang lebih bernilai. Akibatnya, mereka terus terbawa-bawa oleh pemikiran yang sempit dan enggan melabur masa depan mereka

Jadikanlah diri anda seorang insan yang mempunyai nilai kejayaan yang besar. Fikirkan hidup jutawan, fikirkan status sosial yang tinggi, fikirkan kebahagian keluarga, fikirkan semua yang terbaik untuk anda. Sudah pasti, nilai kejayaan anda akan memacu tindakan dan pengorbanan anda sekarang dan menjadikan impian anda suatu kenyataan.

 

Prinsip Kejayaan

Nilai kejayaan menentukan jiwa pengorbanan anda. Jika anda tidak sudi memperuntukkan wang dan masa untuk masa depan anda, ini jelas menunjukkan anda belum mempunyai impian yang besar dalam hidup.