Tag Archives: minda kekayaan

Prinsip Kejayaan : Perangkap hidup orang-orang miskin

Berhati-hati agar jangan anda terperangkap dalam kancah hidup orang-orang miskin dan akhirnya anda akan miskin buat selama-lamanya.  Seseorang yang dapat memajukan taraf hidup adalah orang yang telah membebaskan dari kemiskinan dan mendapat hidup yang lebih baik.

Perangkap pertama : Menganggap kononnya diri tidak dapat jadi kaya

Jika diri anda tidak mempunyai wang dan anda hilang kepercayaan pada diri sendiri untuk dapat kekayaan, anda akan terperangkap dalam kancah hidup susah buat selama-lamanya.  Untuk melepaskan diri dari tanggapan takdir, anda mesti percaya diri anda boleh kaya, mesti mahu kaya dan akan dapat hidup yang mewah kelak.

Perangkap ke dua : Biasa dengan corak hidup yang serba sederhana

Jika anda telah hidup buat puluh tahun dengan makanan yang tidak seberapa , rumah yang tidak seberapa dan aktiviti hiburan yang tidak  seberapa.  Anda akan menerima semua ini sebagai suatu kebiasaan dan anda tidak akan cuba mengubahnya.  Bila diri anda miskin bukannya suatu yang teruk dalam hidup, anda akan terus menerima kemiskinan sebagai suatu budaya hidup yang selasi dengan diri sendiri. Sebaliknya , orang-orang kaya amat berpantang untuk hidup di bawah tahap kemewahan yang mereka hendakkan.

Perangkap ke tiga : Pergaulan dengan orang-orang yang setaraf dengan anda

Orang-orang miskin mempunyai kecenderungan untuk bergaul dengan rakan yang setaraf dengannya.  Mereka rasa bergaul dengan orang yang berpangkat, orang yang kaya adalah suatu yang tidak sesuai dengan diri mereka.  Akibatnya, mereka terus terpengaruh oleh budaya hidup orang miskin.  Apa yang mereka ceritakan adalah berkait dengan perkara yang tidak ada kaitan dengan kekayaan.  Mereka membincang soal yang remeh temeh dan bertaraf rendah.

Perangkap ke empat : Mudah menyalahkan orang lain tentang kekurangan sendiri

Sikap menyalahkan orang lain tentang kemiskinan diri sendiri jelas menunjukkan sikap tidak bertanggung jawab dan kelalaian terhadap keupayaan diri sendiri untuk maju dan berjaya.  Jika diri terus menyalahkan orang lain , diri akan menjadi lemah.

Perangkap ke lima : Ingin dapat simpati orang lain

Seseorang yang hidup susah sering merasa nasib mereka tidak sebaik orang lain.  Mereka suka mengadu kesusahan mereka dan harapkan orang lain memberi kata-kata yang manis untuk melegakan perasaan dirinya. Jika orang lain tidak dapat memberi dorongan atau kata-kata simpati, dirinya merasa orang lain kejam dan sombong.  Mereka beranggapan orang-orang kaya patut bersimpati dengan orang-orang miskin.  Akibatnya, mereka terus terbuai dalam dunia simpati yang  diibaratkan burung helang tidak tahu terbang buat selama-lamanya.

Perangkap ke enam : cemburu dengan orang yang berjaya

Kalau seseorang tidak memandang tinggi pada kehebatan orang-orang kaya , dirinya akan mudah cemburu dengan kejayaan orang lain.  Perasaan cemburu ini adalah akibat dari dirinya tidak mempunyai keupayaan yang setanding dengan orang-orang kaya. Perasaan ini akan menyebabkan mereka memanadng kekayaan sebagai suatu yang tidak bernilai dalam hidup.  Orang yang cemburu mungkin berkata , “Jadi orang kaya , bukan maksudnya anda gembira” :jadi orang kaya , suka tayang sahaja” :Jadi orang kaya , (so what?)”

erangkap ke tujuh : Takut menerima cabaran dan tanggung jawab yang lebih besar

Individu yang miskin mudah terperangkap dalam hiburan dan keseronokan.  Mereka tidak suka hidup yang bertekanan dan bermasalah.  Mereka tidak mahu memikul tanggung jawab yang berat kerana takut berhadapan dengan sebarang risiko.

Perangkap ke lapan : Mudah tertipu oleh tamak haloba

Orang miskin mudah terjebak oleh skim cepat kaya.  Mereka mahu sesuatu datang dengan mudah.  Mereka mahu jadi orang tengah dalam urusan projek dan dapat peratusan keuntungan yang kecil.  Mereka tidak menjalankan projek dan mereka tidak sudi berusaha untuk dapat kekayaan.  Mereka percaya, senang dahulu kaya kemudian.  Malangnya, kekayaan mereka amatlah terhad sekali.

Kesimpulan

Untuk menjadi orang kaya , kita hendaklah melepaskan diri dari mentaliti orang-orang miskin.  Selagi anda telah membentuk mentaliti orang kaya, kekayaan pasti akan menjelma dalam hidup anda.

Perangkap hidup orang-orang miskin