Mengapa Jutawan jatuh kembali

 

Ramai orang mengejar kejayaan tetapi kembali menjadi seorang yang bengkrap , dikeji orang dan hidup penuh duika lara. Hasil dari pemerhatian saya, terdapat lima jenis insan yang boleh terperangkap dalam masalah sedemikian.

 

Jenis pertama : Mengguna taktik kotor

Bila kita bukan mengejar kejayaan dengan kebolehan dan kecekapan diri dan sebaliknya, menggunakan muslihat,taktik dan strategi yang tidak sihat, maka akhirnay kita akan terperangkap dalam berbagai masalah seperti kes mahkamah, penjara dan sebagainya.

 

Jenis kedua : Tidak mempunyai sikap cemerlang

Seseorang yang mempunyai kelemahan sikap akan mudah terperangkap dengan masalah besar bila dirinya mencapai kekayaan besar. Keegoan, bongkak dan tidak prihatin terhadap keperluan orang lain boleh menjejaskan kelangsungan kekayaannya.

 

Jenis ketiga : Tidak tahu membalas jasa

Seseorang yang lupa daratan dan tidak tahu membalas jasa akan akhirnya terperangkap dengan masalah perniagaan; rakan niaganya akan memulakan perniagaan mereka dan menjadi saingan kepadanya

 

Jenis keempat : Tidak ada disiplin diri

Mudah terbawa-bawa oleh hiburan dan keseronokan sehingga melupakan tanggung jawab sebenarnya. Dalam hal ini, seseorang perlu mengelakkan orang-orang yang boleh menjejaskan disiplin diri.

 

Jenis kelima : Tidak terus belajar

Dirinya mungkin mendapat kejayaan dengan mudah pada abad lalu, tetapi gagal bersaing dengan dunia moden kini yang penuh dengan insan yang lebih hebat. Usaha untuk terus mencari ilmu adalah suatu usaha yang berterusan dan tidak boleh dihentikan.

 

Ilmu kejayaan

Membuka pintu kejayaan adalah mudah, tetapi hendak mengekalkan kekayaan adalah suatu ilmu yang perlu dimahir oleh semua insan. Kalau anda sudah disebati dengan prinsip kejayaan,  dirinya dapat meneruskan kejayaan dengan mantap sepanjang hayat.