Prinsip Kejayaan : Mentaliti Seorang Juara

Setiap orang boleh menjadi juara, baik dalam mana bidang sekalipun.  Juara adalah insan yang istimewa, merka mempunyai mentaiti yang tidak dimiliki orang lain. Mereka mungkin dianggap “luar biasa “ atau “gila” oleh insan biasa yang tidak sehaluan dengan mentaliti mereka.  Ini bermaksud, juara mempunyai cara hidup dan amalan yang berbeza.

Jika kita perhatikan pada juara Olimpik, agen terbaik syarikat,  pemimpin atasan sesebuah organisasi , mereka sampai ke situ kerana mentaliti juara dirinya.  Kejayaan mereka bukan kerana nasib.  Mereka telah membina landasan kejuaraan sejak kecil.  Terdapat sepuluh mentaliti juar yang boleh membawa kejayaan kepada seseorang .  Hanya orang yang bermotivasi tinggi sahaja dapat mengamalkan mentaliti berikut:

Pertama : Terus buat bila orang lain berhenti.  Juara sumbang lebih dari apa yang diterima sebagai ganjaran.  Dirinya tidak menjadikan pulangan sekarang sebagai tidak adil kerana dirinya faham, adalah lagi tahap ganjaran yang lebih tinggi kelak.  Dirinya percaya, sebelum layak menerima suatu, dia hendaklah melayakkan diri terdahulu. Pepatah berkata, “ Beri sebelum anda terima, tanam sebelum anda menuai.”   Insan yang agung berusaha waktu malam bila orang lain berehat atau mengundur.

Kedua : Memaksa diri  menjangkaui limitasi.  Mereka sedia menggadaikan apa sahaja demi kejayaan.  Ada yang sanggup gadaikan keluarga, gadaikan wang, gadaikan kesihatan.  Pada tahap mana pengorbanan mereka adalah bergantung pada individu.  Tetapi , mereka bersedia.  Mungkin ramai yang berpendapat sikap sedemikian bukanlah suatu yang bijak, tetapi sejarah tetap membuktikan golongan yang unik ini terus mencapat tempat di tangga tertinggi hidup.  Mereka mempunyai komitmen dan fokus sepenuhnya pada apa yang mereka hendak buktikan.  Limitasi diri mungkin membawa ketidakselesaan  hidup, tekanan jiwa atau kekeciwaan dalam sesuatu aspek hidup, tetapi mereka boleh bertahan dan sedia menanggung akibatnya.

Ketiga : Tidak mengalah.  Biar seribu kali gagal atau dimalukan, mereka tetap bangun semula dengan tenaga baru. Mereka mempunyai azam baru setiap kali dilanda kesakitan.  Mereka menjadikan kegagalan sebagai tenaga untuk terus maju dan membangun.  Juara tidak menurunkan matlamat diri hanya kerana gagal berkali-kali. Malah , mereka terus mengegkalkan misi memcah rekod dunia atau juara dunia.  Kegagalan sementara tidak bermaksud mereka tidak mampu.  Mereka percaya masa akan menentukan siapakan diri mereka kelak.

Keempat :  Berseorangan.  Ramai dari kawan yang tidak dapat membiasakan diri dengan corak hidup dirinya.  Maka, dia sedia bertindak seorang diri untuk mencapai  apa yang dihasratkan.  Ini bukan bermaksud dirinya tidak sedia bersosialisasi atau bergaul mesra orang lain.  Juara hendak mencari lebih masa untuk buat apa yang dirinya mahu, bukan apa yang orang lain mahu.  Mereka mungkin dikenal sombong atau tidak mesra.  Mereka begitu mementingkan pencapaian sehingga lalai denga aspek perhubungan manusia.  Juara menggadaikan masa bersukaria di karaoke, masa bersembang kosong. Pepatah berkata, ” Burung helang yang gagah dan terbang tinggi, terbang bersendirian”.

Kelima : Mendirikan sistem perancangan hidup yang ketat.  Pengurusan masa yang berdisiplin menjadikan mereka seorang yang tidak bertolak ansur dengan aspek yang tidak bersangkut paut dengan misinya.  Mereka sedia berkata “tidak” dengan gangguan dan perkara luar jangka.  Disiplin menjadkan diri mereka seorang berhati besi.  Mereka berpegang pada tugas dan tanggungjawab lebih dari urusan peribadi atau persahabatan.  Juara menjadikan perancangan hidup sebagai sautu yang muktamat.  Mereka buat apa yang perlu dilakukan biarpun hati tidak bersedia.  Selera dan minat terhadap sesuatu boleh berubah mengikut  masa dan keadaan tetapi pegangan dan prinsip hidup tidak.  Mereka melayan aktiviti harian sebagai suatu kewajipan lebih dari minat.

Keenam : Mencari maklumat sokongan.  Juara sentiasa mencari dan melabur dalam aspek ilmu dan kepakaran yang dihendakkannya. Mereka dikenal professional kerana mereka berkualiti dan serba tahu.  Masa lapang diisi dengan membaca dan membuat rujukan di perpustakaan.  Mereka juga sedia bergaul dengan juara lain untuk mendapat tips dan petua kejayaan.  Pengukuhan diri ini merupakan suatu amalan hidup yang ada pada semua juara.  Rumah yang kukuh mempunyai tiang yang banyak dan kuat.  Juara sentiasa berusaha menguatkan tiang kerjayanya.

Ketujuh : Kemajuan secara berperingkat.  Juara tidak percaya pada kejayaan yang mendadak.  Juara percaya pada kejayaan yang berperingkat.   Mereka berusaha untuk membina turutan aktiviti untuk melengkapkan diri dengan syarat untuk berjaya.  Juara tidak merungut dengan kekurangan dan kelemahan diri.  Mereka percaya keadaan sekarang tidak menggambarkan keadaan masa depan.  Mereka sedia berusaha untuk mengatasi apa yang kurang.  Jika mereka tiada modal , mereka akan mula menabung setiap bulan.  Jika mereka tiada pengalaman, mereka akan cari dari orang yang mahir.  Jika mereka tiada ilmu, mereka akan mengikuti kelas atau seminar.  Mereka tahu,selagi dirinya menyiapkan segala usaha berperingkat, hasil kegemilangan pasti akan dikecapi kelak. Pepatah berkata, ” Buat apa yang patut, hasilnya akan terbentuk sendiri.”  Juara tidak risau dengan hasilnya, mereka hanya merancang dan buat yang terbaik secara berperingkat.

Kelapan : Menerima komen yang membina.  Juara sedia menerima kritikan.  Juara tidak perlukan sanjungan.  Sanjungan hanya manisan yang sedap didengar tetapi tidak memberi maklumat tentang kemajuan.  Juara sedia menerima apa sahaja komen dan dirinya berfikir, apakah ilmu yang tersirat disebaliknya.  Untuk ini, juara sedia merendahkan diri.  Juara menganggap kejayaan adalah suatu perjalanan yang tiada penghabisan (infinitif).  Semakin dirinya berjaya,semakin dirinya merasakan sesuatu yang perlu dibaiki.

Kesembilan : Saya yang terbaik.  Mentaliti ini mendorongnya untuk terus berusaha meletakkan dirinya di tangga yang tertinggi dalam bidang yang diceburinya.Sikap untuk mengejar kecemerlangan tidaklah bermaksud dirinya memandang rendah pada individu lain.  Semangat ini menimbulkan seruan hatinya untuk meneroka sesuatu yang gagal dicapai oleh orang lain. Dengan ini, juara menjadi orang yang penting kepada sesebuah negara atau organisasi.  Mereka boleh mengharumkan nama bangsa dan negara.  Bila setiap warga pasukan mempunyai mentaliti ini,makawujudlah suatu persaingan yang sihat dan mendorong pasukan maju dengan lebih pesat.

Kesepuluh : Sedia bersakit sebelum bersenang.  Juara menerima cabaran dan masalah.  Mereka tahu, setiap kesakitan yang diharungi akan membawa ganjaran manis kelak.Biarpun denai hidup tidak selesa atau menyakitkan, juara tidak akan erungut.  Malah juara sengaja mencari masalah.  Mereka tahusemakin banyak masalah yang dapat diselesaikan, maka semakin cerahlah kejayaan. Mereka tidak menutup kelemaha diri dengan berpura-pura atau berselindung.  Juara adalah insan yang sanggup berhadapan dengan semua kemungkinan.

Kesimpulan , juara adalah insan yang berdaya maju.  Biar apa kedudukan mereka sekarang, masa depannya pasti cerah. Marilah kita tanamkan mentaliti juara, dan jadikan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang terunggul di dunia.