Prinsip Kejayaan: Menangkis kekhuatiran

 

Pakar psikologi memberitahu kita, pemikiran yang negatif adalah suatu yang dibentuk oleh minda diri sendiri. Ia memberi berbagai tekanan dan ketakutan dalam hidup. Bila seseorang terus menumpukan pemikirannya pada semua perasaan negatif ini, ia akan menjadi suatu yang benar dan menjadi suatu kenyataan dalam hidup seharian.

Tambahan lagi, kekhuatiran adalah suatu bentuk ketakutan yang diakibatkan dari jiwa yang penuh keraguan.  Dalam kajian yang dilakukan, hampir 45% dari kekhuatiran seseorang adalah berkaitan dengan sesuatu hal yang tidak pernah berlaku, 30% adalah khuatir tentang sesuatu hal yang telah berlalu dan tidak boleh diubah lagi.  12% dari kekhuatiran adalah berkaitan dengan kesihatan diri. 10% adalah khuatir tentang hal yang remeh temeh. Hanya 8% adalah hal yang penting dan perlu diberi perhatian serius.  Dari 8% hal yang penting ini, separuh darinya adalah siluar dari kawalan diri seseorang, kerana ia perlu ditangani dan diuruskan oleh orang lain.  Secara keseluruhannya, didapati 96% dari kekhuatiran adalah suatu yang kurang penting dan tidak pernah berlaku. Amatlah tidak wajar untuk kita membuang masa dan tenaga untuk hal-hal sedemikian.

Jadi, bagaimana kita boleh menangkis rasa kekhuatiran ?

Pertama : Memikul satu hari setiap ketika.  Jangan kisah apa yang akan berlaku paa hari esok. Berikan penumpuan pada apa yang dilakukan sekarang dan buat dengan sehabis baik.

Kedua : Fahami asal-usul dan gambaran sebenar sesuatu kejadian.  Bila anda mengenal keadaan sebenar sesuatu kejadian, rasa khuatir akan hilang.

Ketiga : Kita kenalinya sebagai pengkis keresahan. Ia meliputi empat langkah. Pertama : Jika fikiran anda masih mempunyai sebarang hal yang merisaukan, tuliskan dengan jelas pada sehelai kertas. Kedua , anda hendaklah memahami keadaan paling teruk.  Tanya diri anda, “Apakah keadaan yang paling teruk dalam hal ini.” Bila kita mengenal keadaan yang paling teruk, kita dapati kesemua kerisauan dan keresahan akan hilang. Ketiga : Jika keadaan paling teruk berlaku, sedia menyahutnya dan belajar menyesuaikan diri dengannya.  Keempat : Segera bertindak untuk memperbaiki keadaan yang paling teruk agar dapat menurunkan risiko ke tahap terendah.

Akhir sekali, ubat penawar kerisauan ialah dengan melakukan tindakan yang bermakna. Bila anda melakukan sesuatu tindakan bermakna, ia akan menghapuskan kekhuatiran anda.  Gunakan Rukun Penggantian, jalankan tindakan yang bermakna.  Gunakan Rukun Penumpuan, jangan izinkan diri anda terus tertumpu pada hal yang merisaukan. Gunakan Rukun Jangkaan dan Rukun Tarikan, jadikan semua hal yang anda jangkakan masuk ke dalam hidup anda.  Lepaskan semua pemikiran yang tidak benar, terima hakikat paling teruk, ambil tindakan yang paling praktikal dan berpatutan, gunakan sikap yang membina untuk mengganti perasaan khuatir – inilah semua kunci menghapuskan kekhuatiran.