Prinsip Kejayaan : Memajukan Taraf Hidup Anda

 

Tahun 2013 telah menjelang dan kita sedang mengharungi era pembangunan dunia yang begitu pesat dan mencabar. Adakah anda bertanya dengan diri sendiri, sejauhmanakah keluarga anda telah dapat meningkatkan kualiti hidup berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.

 

Bila hidup seseorang tidak berubah, ini bermaksud kita masih belum memiliki nilai dan pemikiran orang berjaya. Pepatah menyatakan, jika kita tidak ubah pemikiran kita, hidup kita tidak akan berubah.

 

Sejauhmanakah anda telah dapat menimpa perubahan dan kemajuan jika anda masih meneruskan sesuatu yang sama? Tanpa tindakan baru, tiadalah perubahan. Kita mestilah berani menyambar peluang. Lebih membanggakan , kita boleh mencipta dan mengatur strategi peluang kita hendaki.

 

Berikut ini disenaraikan lima strategi perubahan yang boleh membawa kemajuan dalam hidup anda.

 

Pertama : Membina impian setinggi langit dan bersedia membayar harganya

Setiap kejayaan bermula dengan hajat dan berakhir dengan tindakan. Jika anda belum pernah menanam hajat yang tinggi, sudah pasti anda tidak akan sudi bersusah dan berusaha.

 

Kedua: Sudi meninggalkan insan yang gagal dan malas

Jika kita mahu maju, kita hendaklah asingkan diri dari orang yang malas. Janganlah kita terpedaya oleh mereka.  Sebaliknya, dekatkan orang yang anda hendak jadi dan belajar dari kejayaan mereka.

 

Ketiga: Mendisiplinkan diri untuk bertindak biarpun bukan citarasa anda

Bila anda telah mengenalpasti sesuatu yang anda hajatkan, curahkan sepenuh masa dan tenaga untuknya. Korbankan semua perkara yang tidak menyumbang pada kejayaan.

 

Keempat: Lepaskan pemikiran negatif dan fikirkan yang baik sahaja

Perasaan boleh melumpuhkan tindakan seseorang. Belajar membina pemikiran yang mulia dan terpuji. Elakkan perasaan marah dan bersalah. Jadikan diri anda seorang yang ceria dan gembira.

 

Kelima : Melabur cita-cita anda

Jika anda mahu belajar, anda hendaklah mempunyai cita-cita. Laburkan masa dan wang untuk memastikan cita-cita anda tercapai. Anda mungkin perlu menghadiri kelas, membeli peralatan dan segala keperluan kerjaya.

 

Kesimpulan

Jadikanlah kejayaan sebagai misi anda. Tahun 2007 adalah tahun kegemilangan anda kalau anda sudi menjayakan semua langkah kejayaan yang disebutkan. Selamat maju jaya.