Mengapa hidup anda muram

 

Dalam saat berhadapan dengan tekanan hidup , seseorang mudah terjebak dalam lurah emosi. Tidak anda sesuatu yang dapat membawa kegembiraan untuk seseorang yang tertekan secara emosi.  Setiap apa yang dilihat semua tidak baik.  Jika ketegangan ini tidak diubati, maka dirinya akan terus muram dan tidak bersemangat.

 

Bunga tidak mengembang selalu, begitu juga emosi tidak akan stabil selama-lamanya.  Pergolakan hidup akan menimbulkan berbagai reaksi negatif dan mengganggu ketenangan jiwa seseorang.  Bagaimana merempuh saat muram adalah suatu ilmu hidup yang sangat bernilai. Kita mungkin tidak  dapat mengubah kenyataan atau sesuatu peristiwa , tetapi kita boleh mengubah perspektif minda terhadap perkara tersebut.  Ruangan ini menyenaraikan pendekatan untuk berhadapan dengan hidup yang muram agar anda dapat membebaskan diri dari keresahan dan kesakitan.

 

Pertama : Sentiasa berterima kasih dengan apa yang telah anda miliki

Biarpun anda berhadapan dengan berbagai kesakitan, tetapi anda juga mempunyai berbagai rezeki hidup yang bernilai tinggi.  Bayangkan ahli keluarga yang anda sayangi, bayangkan harta yang anda miliki, bayangkan piala dan pingat yang telah anda perolehi.  Ramai individu hilang kekuatan hidup kerana mereka terlalu melihat pada kesakitan sehingga membutakan matannya dengan sgl kebaikan yang sedang dia nikmati sekarang.  Ada juga yang terjebak dalam kekecewaan dan akhirnya berakhir dengan membunuh diri.  Sikap mengkutuk dan memperkecilkan diri sendiri adalah suatu perbuatan yang merosakkan harga diri.  Bila diri sendiri merasa hidup sebagai suatu yang tidak bermakna, maka amat mudah untuk seseorang melarikan diri dari kenyataan hidup yang penuh dengan ranjau dan duri.

 

Kedua : Anda perlu jaga orang kesayangan anda

Tahukah kita, setiap orang mempunyai keluarga dan ibu bapa sendiri. Jika kita terus terperangkap dalam perasaan muram sehingga gagal menjalankan kewajipan seharian secara produktif,  akhirnya, orang yang disayangi pula yang risau dan merana.  Sebenarnya, tanggung-jawab diri kita adalah diibaratkan sebagai nasi dan perasaaan kita diibaratkan lauk.  Biarpun kita tidak mempunyai lauk yang sedap, kita juga perlu makan nasi.  Seseorang yang gagal melaksanakan tugasan harian hanya kerana dirinya terperangkap dalam gangguan emosi.

 

Ketiga : Gembira kerana anda masih dapat bernafas

Yang malang bukannya keresahan, yang malang adalah orang yang muram tidak dapat menegakkan semangat perjuangannya.  Perasaan keresahan dan kesedihan hanyalah suatu percubaan.  Jika diri kita tidak dapat mengalahkannya, kita anda terus menjadi hamba pada perasaan sendiri.  Seorang yang dikatakan kuat secara batin akan dapat mengelolakan hidup dengan lebih kental dan tidak mudah menjadi mangsa pada kesakitan.  Mereka tahu, dapat meneruskan hidup setiap hari adalah suatu rahmat dan perlu dihargai sepenuhnya. Fahamilah, setiap ketika ada orang yang meninggalkan dunia ini.  Nyawa adalah suatu pelaburan yang paling maham.  Janganlah terlalu cepat melelongkan hidup dengan hasrat hendak membebaskan diri dari tekanan. Semakin tinggi tekanan anda, semakin besarlah kemungkinan untuk memajukan hidup anda.

 

Keempat: Jangan siksa hidup anda

Hidup yang muram bagaikan suatu siksaan. Ia mengganggu emosi anda dan masa depan anda.  Seseorang yang muram tidak akan menikmati hidup. Gangguan emosi juga akan mengganggu kesihatan dan kuasa imunisasi badan.  Seseorang yang tertekan secara emosi akan mudah mendapat penyakit sekunder seperti kanser, sakit jantung dan gastrik.  Demi kebahagiaan hidup , halaulah semua perasaan muram dari jiwa anda.  Layankan diri anda dengan baik.  Fahamilah, tidak ada orang yang dapat menyayangi dan menjaga diri seperti diri anda sendiri. Sayangilah dan jagalah diri anda dengan baik.  Suatu hari, anda akan tahu berterima kasih dengan diri sendiri.  Semakin anda sayang diri sendiri, semakin tidak mudah anda terpedaya oleh kerisauan dan ketakutan.

Kelima : Muram tidak menyelesaikan masalah

Setiap orang boleh membina semangat dengan memikirkan kejayaan dan kebaikan.  Sebaliknya, perasaan muram dan risau hanya akan membazirkan tenaga mental dan menjadikan diri seorang yang lemah dan penat.  Semakin kita terpendam dalam keadaan muram, semakin sukar kita membebaskan diri darinya.  Masalah yang menghantui diri juga menjadi semakin serius.  Hanya tindakan sahajalah dapat menyelesaikan masalah.  Tindakan memerlukan kekuatan dan semangat.  Jika diri kita terus dianiayai oleh emosi negatif, maka tenaga yang terpendam juga akan menjadi semakin mengurang. Ini juga bermakna dirinya tidak dapat menangani tugasan yang berat. Orang seperti ini tidak sesuai menjadi seorang pemimpin.

 

Keenam : Sembuhkan jiwa yang terluka

Jika jiwa yang muram adalah akibat dari luka yang belum sembuh , maka diri anda hendaklah mencari ubat untuknya.  Setiap orang mempunyai kewajipan untuk menjaga kesihatan mental diri sendiri.  Biarpun luka anda adalah berkaitan dengan kesilapan orang lain , anda masih perlu mengubati luka tersebut.  Berikan peluang untuk anda beristirehat bersama orang yang anda sayangi di tempat-tempat peranginan.  Layankan diri dengan juadah yang sedap dan belikan sesuatu yang anda hajatkan.  Jalankan tanggung-jawab agama dan mengenal seruan kebenaranNya.  Janganlah terlalu serius dengan hidup sehingga anda lupa melayan diri anda dengan hiburan dan rekreasi.

 

Ketujuh : Menjadikan muram sebagai suatu kekuatan

Bila anda berhadapan dengan kecelakaan, anak gagal dalam peperiksaan , anjing kesayanhgan telah mati; apakah rekasi anda ? Mungkin anda merasa sedih dan sakit.  Tetapi , apakah yang anda dapat? Bukankah anda hanya merosakkan hidup sendiri? Jadi, benteraskan semua perasaan negatif dan tanamkan keceriaan dalam jiwa.   Hidup tanpa tragedi dan masalah adalah suatu keruntuhan.  Manusia tidak akan maju kalau tidak mempunyai kesakitan.  Fikiran tidak akan matang kalau diri kita tidak pernah disiksa secara emosi.  Dari kita merasa muram, tukarkan kepada perasaan gembira.  Katakan dengan diri anda , “Saya gembira kerana anak saya gagal peperiksaan kerana saya tahu selamai ini saya kurang memberi perhatian kepadanya.” “Saya gembira melihat diri saya dijangkiti kanser kerana saya mula memahami betapa berhargna hidup ini.”  Setiap satu kesakitan boleh ditukar menjadi suatu kegembiraan dan kesyukuran. Itu bergantung kepada perspektif minda diri anda sendiri.

 

Kesimpulan

Hidup tidak akan muram kalau kita tahu menguasai emosi diri. Muram tidak akan berpanjangan kalau diri kita berusaha melepaskan diri darinya.  Tiada seorang yang suka kepada muram tetapi kita boleh mengubahnya kalau kita sudi. Jiwa yang ceria adalah hak milik individu yang positif dan berdaya maju.  Individu yang muram sering terperangkap dalam kemunduran kerana mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengubah perasaannya sering.

Pemikiran anda menentukan perasaan anda.  Perasaan anda menentukan tindakan dan perbuatan anda.  Perbuatan anda akan menetukan kualiti hidup anda.  jagalah pemikiran anda dan anda dapat mengubah perasaan anda.   Jangan sekali-kali menyuap minda dengan makanan mental yang negatif dan merugikan diri sendiri. Semoga dengan usaha ini, anda akan menjadi seorang yang ceria dan gembira selalu.