Tag Archives: Kem Jati Diri Malaysia

Ilmu Motivasi dan Daya Motivasi

Ramai orang suka membaca buku motivasi dan menyertai kursus motivasi. Mereka rasa terdorong untuk bertindak dan mencapai matlamat setelah mendapat kesedaran dan cetusan emosi dari program motivasi. Sayangnya, ilmu motivasi yang berlandaskan kesedaran dan dorongan luar tidaklah berpanjangan dan seseorang akan cenderung kembali pada keadaan asal selepas beberapa lama.

Sesungguhnya, ilmu dan kesedaran adalah suatu motivasi yang memerlukan kawalan diri (disiplin dan peringatan) serta kawalan luar (suruhan atasan atau pesanan). Hanya jika ilmu dan kesedaran tersebut ditransformasi menjadi suatu tabiat minda (Mental habit)  dan tabiat tindakan (Action Habit), maka ilmu tersebut akan memainkan peranan automatik tanpa perlu ungkitan kesedaran diri dan kita namakan motivasi ini sebagai “Motivasi Tabiat”(Attitude Motivation or habit motivation)

Cara terbaik untuk membina motivasi tabiat adalah dengan membina tabiat penetapan matlamat dan tabiat perancangan hidup ; atau dikenali Tabiat Kejayaan. Usaha berterusan seseorang mengamalkan tabiat kejayaan membuatkan diri kita seorang insan yang berorientasikan matlamat (Goal Driven Being). Kita tidak perlu lagi motivasi luaran mahupun buku motivasi untuk bertindak, sebaliknya kuasa tabiat kejayaan akan terus memantau dan mengelolakan setiap tindakan kita tanpa kita sedari. Kuasa ini membolehkan seseorang mencapai apa yang diimpiankan tanpa perlu kawalan disiplin dan kesungguhan secara sedar, ini kerana kuasa disiplin serta kesungguhan bertindak secara separa sedar atas pengelolaan tabiat diri.

Kuasa motivasi tabiat adalah suatu motivasi yang jauh lebih mantap dan abadi berbanding dengan motivasi luaran yang sering diguna untuk meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.  Tanpa kuasa tabiat kejayaan berlandaskan penetapan matlamat dan perancangan harian, seseorang perlu diberi pengelolaan dan pemantauan oleh atasan dengan cara ganjaran (pujian, wang) atau denda dan kaunseling.  Sayangnya , proses pembangunan tabiat kejayaan bukanlah suatu yang mudah dan ia mengambil masa yang panjang dan komitmen tinggi seseorang. Lantaran itu, motivasi tabiat (Habitual Motivation) jarang dijadikan agenda transformasi dalam sesebuah organisasi.

Pendek kata, motivas adalah suatu daya penggerak dan bukan suatu ilmu. Selagi daya tersebut masih perlu dikongkong oleh faktor kesedaran dan faktor persekitaran, maka motivasi seseorang akan terus tergugat dan terancam.  Pepatah Inggeris mengatakan, We are the result of our habitual thought. Tanpa kita sedari, nasib seseorang terus dikongkong oleh tabiat lama. Untuk menukar nasib lama , kita perlu mempunyai keupayaan hidupkan tabiat menetap matkamat dan merancang (Goal Oriented Habit).

Ilmu terunggul di dunia bukan apa yang anda faham, tetapi ilmu transformasi tabiat diri. Dengan ada suatu amalan menetap matlamat dan perancangan yang bersifat tabiat , semua impian yang kita muatkan dalam hidup akan menjadi kenyataan dan kita namakan konsep kejayaan diri ini sebagai mesin impian (Dream Machine) 222.150.120