Prinsip Kejayaan : Kejayaan Yang Berterusan

Ramai individu yang berjaya bersifat sementara. Mereka tidak dapat mengekalkan kejayaan. Akibatnya kegagalan mula menghantui mereka dan kekayaan mula lesap. Apakah sebabnya? Mengapa ada orang kaya bertambah kaya, sedangkan ada orang tidak dapat mempertahankan kualiti hidup yang mewah?

 

Jika anda pernah mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang, janganlah terlalu bangga. Ini kerana kejayaan mungkin akan tamat pada hari seterusnya seandainya kita gagal menghidupkan kualiti perjuangan yang berterusan.

 

Pertama: Terus berusaha

Semakin tinggi kejayaan, semakin kental perjuangan. Ramai yang mula lembek dan tidak lagi berusaha gigih hanya kerana mereka sudah mengecapi kekayaan seperti yang diharapkan. Bila usaha mereka mula menjadi perlahan, segala struktur yang mereka bina akan mula runtuh.

 

Kedua : Belajar dari orang yang gagal

Setiap pengalaman orang akan menjadi cermin diri kita. Sering bertanya dan mengenal punca kegagalan yang dihadapi oleh orang lain. Bila kita gagal mengambil ikhtibar dari orang yang gagal, kita tidak akan menjadi mangsa kepada masalah yang dapat kita elakkan.

 

Ketiga: Kawalan kewangan

Setiap kejayaan akan membawa kecenderungan untuk membelanja lebih-lebihan. Akibatnya, kita tidak mempunyai simpanan untuk membina kejayaan yang lebih besar. Bentukkan mentaliti mengatur perbelanjaan mengikut keperluan.

 

Keempat: Membina hubungan sosial sesama rakan seperjuangan

Kejayaan yang besar selalu adalah hasil dari usaha bersama menjayakan sesuattu projek. Jika kita membentuk mentaliti berseorangan dan enggan bekerjasama dengan rakan-rakan lain; maka kita akan kehilangan rakan seperjuangan untuk membentuk harapan yang lebih berpanjangan.

 

Kelima: Mengelakkan amalan hidup yang tidak sihat

Kejayaan memerlukan mentaliti dan fizikal yang kuat. Jika seseorang terjebak dengan amalan yang kurang sihat, akhirnya kita akan menjadi mangsa kepada perbuatan diri sendiri.

 

Keenam: Menghormati dan menjunjung ibu bapa

Kejayaan perlu dihadiahkan kepada orang tua. Beri mereka hidup yang selesa dan pastikan keperluan mereka terjaga. Janganlah kita lupa daratan.

 

Kesimpulan

Jika kita harapkan kejayaan yang lebih besar, kita hendaklah membentuk amalan diri dan keperbadian yang terpuji.