Tag Archives: kejayaan aspek kewangan

Kematangan EQ dalam Kerjaya Anda

Jika anda mengalami pergolakan emosi di tempat kerja, anda memerlukan keseimbangan emosi untuk membolehkan anda mengembalikan kepuasan dan keriangan kerja.

Setiap orang boleh merasa tidak puas , tidak gembira atau benci dengan sesuatu yang mencabar. Jika perasaan ini tidak terkawal, ia mungkin akan membawa berbagai implikasi yang negatif seperti melarikan diri, melawan atau bertengkar.

Seseorang yang matang emosi perlu mempunyai keupayaan mengolah perasaan dan tidak mengizinkan perasaan mengolah hidupnya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

 

Pertama : Membina ruang bertolak ansur

Jika kita mesti menang dalam setiap perjuangan, kita akan mengundang masalah. Kita perlu memberi ruang kepada orang lain untuk mendapat apa yang mereka perlukan. Jika kita hanya dikirkan diri sendiri, ruang emosi akan menjadi sempit dan kita akan mudah terluka.

 

Kedua : Menjauhkan diri orang yang bermasalah

Anda mempunyai hak untuk menentukkan siapakah yang anda mahu bekerjasama. Jika anda rasa orang-orang tertentu mempunyai masalah sikap yang boleh merosakkan masa depan anda, jauhkan diri darinya. Berikan ruang untuk anda membina kecemerlangan diri.

 

Ketiga : Membentuk cita-cita yang tinggi

Selagi cita-cita kita besar, kita akan sanggup menghadapai apa sahaja dugaan. Kita tahu, cabaran sekarang hanyalah sementara kerana ada impian yang lebih besar sedang menunggu anda. Anda tidak akan mudah terpedaya oleh perkara remeh temeh dan tidak penting dalam hidup.

 

Keempat : Maaf-memaafan

Anda perlu belajar memaafkan kesilapan orang lain biarpun ia amat melukakan anda. Simpan dendam dalam hati hanya akan membawa padah pada emosi diri sendiri. Hidupkan ruang hati yang positif dan ceria selalu. Jangan izinkan perasaan lalu mengancam hidup anda.

 

Kelima : Keseimbangan hidup

Anda perlu aturkan dan disiplinkan hidup agar ia meliputi aspek kekeluargaan, sukan, rehat, hiburan. Hidup yang tidak seimbang akan membuatkan kita “burn out”.

 

Keenam: Melihat dunia dengan persepsi positif

Fikirkan kebaikan pada setiap kejadian yang anda lihat. Anda akan nampak dunia ini tidak sehodoh yang difikirkan. Anda mula nampak peluang dan kebaikan.

 

Kesimpulan

Kesihatan mental dan emosi adalah aset kejayaan. Ramalkan keseimbangan EQ dan anda akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan lebih berjaya.

Falsafah Perjuangan Hidup

Dalam usaha kita mengerjakan suatu matlamat, kita hendaklah pegang pada beberapa prinsip dan falsafah sebagai tunjang perjuangan demi untuk memastikan segala yang kita hasratkan menjadi suatu kenyataan.

 

Ruangan ini memaparkan beberapa prinsip dan falsafah perjuangan untuk tatapan bersama.

Pertama : Jangan menyatakan tidak boleh sebelum anda mencuba

Dalam dunia ini, tiada suatu yang pasti. Perkara yang anda yakin juga mungkin akan berhadapan dengan berbagai cabaran luar jangka. Apa sekali pun berlaku,anda teruskan usaha anda mengejar cita-cita.  Bina azam menerima risiko dan mengerjakan apa yang orang lain tidak percaya. Jangan kisah sangat dengan kemungkinan yang bakal akan berlaku.

 

Kedua: Berikan ruang untuk anda merasa kesilapan dan kegagalan

Setiap proses dalam usaha kita mengerjakan kejayaan adalah landasan yang penting untuk membolehkan kita memanjat tangga yang lebih tinggi. Kesakitan dan kekecewaan hendaklah dijadikan sebagai ilmu dan kekuatan. Jangan mudah mengalah. Tanpa percubaan, kita tidak tahu di mana kelemahan kita. Jangan juga kita menunggu saat sempurna untuk bermula.

 

Ketiga : Menjadikan perjuangan suatu misi hidup

Misi adalah  suatu yang tinggi. Ia menjadi tungga erti hidup. Tanpa misi yang kuat,hidup menjadi kapal yang terumbang ambing di tengah laut. Dengan adanya misi, kita dapat membina kejayaan tanpa mengira tahap pengorbanan. Kita mungkin perlu tepikan hiburan, kita mungkin perlu labur masa dan wang yang banyak. Jika kita sudi, ini bermaksud kita mengenal misi kita.

 

Keempat: Menyerlah bakat diri

Jangan terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Biarpan usaha berpasukan adalah suatu yang mulia, kita hendaklah bermula dengan inisitif diri sendiri untuk belajar dan memimpin. Kita menjadi model pasukan. Bantuan hanyalah dikenali sebagai bonus tambahan.

 

Kelima: Mengubah mentaliti dan sikap diri

Bila kita mahu mencapai tahap hidup yang lebih mulia, kita hendaklah sedia mengubah corak hidup sekarang. Sesuatu yang anda suka hendaklah ditepikan demi untuk menyambut sesuatu yang lebih tinggi nilainya. Anda perlu menilai kembali kualiti keperibadian , adalah ia sesuai untuk matlamat yang anda hendakkan. Contohnya, jika anda mahu menjadi pengurus, anda perlu mempunyai sikap seorang pengurus.

 

Kesimpulan

Harapan anda akan menjadi kenyataan jika anda boleh mengusahakan semua prinsip perjuangan seperti yang tertera di atas. Selamat maju jaya.

Merintis Kehidupan Yang Penuh Tekanan

Jika suatu yang tidak kena telah melanda hidup anda; hutang keliling pinggang, keluarga berpecah belah atau kesihatan yang semakin kritikal.  Kita hendaklah mula mencari jalan penyelesaian. Kita tidak boleh relakan tekanan terus menghantui hidup kita buat selama-lamanya.

 

Fikirkan kehidupan yang anda hendakkan. Apakah taraf hidup yang anda inginkan. Sentiasa mengukir harapan ini kerana ia akan menjadi penggerak untuk membina usaha yang lebih gigih. Jika kita terus dianiayi dengan pemikiran hidup susah; risau dengan hutang, marah dengan kesilapan lalu… akhirnya kita telah kehilangan impian hidup. Ini kerana minda kita terus menjadi mangsa pada pemikiran negatif sendiri.

 

Berikut ini disenaraikan beberapa pendekatan yang boleh melepaskan diri anda dari tekanan hidup.

Pertama : Rancang sesuatu yang baru

Mula melakukan sesuatu yang tidak pernah anda lakukan sebelum ini. Rancangan baru ini akan membina denai baru hidup anda. Tidak lama kemudian, misi baru ini akan mengambil alih masalah yang anda hadapi sekarang. Tapi , jika anda teruskan dengan apa yang anda lakukan, kemungkinan perubahan hidup tidak menjadi nyata.

 

Kedua: Mengenal potensi yang terpendam

Gunakan masa lapang meneroka gedung ilmu. Anda boleh belajar dari orang yang telah berjaya, atau membaca buku yang berkaitan dengan bidang kemahiran yang anda inginkan. Ikut kursus atau kelas akan mendedahkan anda berbagai seni hidup yang bakal mengubah nasib hidup sendiri.

 

Ketiga : Mencari kecemerlangan dan kejayaan

Perasaan puas dan berjaya akan memadamkan semua tekanan dan kesakitan. Jika anda berjaya mendapat perasaan ini, anda akan mula merasa kesusahan lalu adalah landasan keriangan hari ini. Bak kata pepatah, bersusah dahulu , bersenang kemudian. Sebaliknya, jika hidup kita tanpa kejayaan, kita akan terus dihantuk dengan kesilapan dan kegagalan yang mendukacitakan.

 

Keempat: Merapatkan diri dengan orang yang positif

Bagaimana persepsi teman anda terhadap masalah anda akan menentukan perasaan anda. Jika rakan anda seorang yang positif, meraka akan memberi dorongan dan nasihat yang membina. Dekatkan diri anda dengan orang yang positif agar anda dapat melihat harapan baru.

 

Kelima: Pelbagaikan aktiviti hidup

Jangan hadkan aktiviti hidup anda. Libatkan diri dalam berbagai bidang rekreasi dan cabaran untuk menghidupkan semula nilai hidup seorang yang seimbang.

 

Kesimpulan. Jadikanlah hidup anda bebas dari tekanan. Lakukan sesuatu sekarang. Jangan harap hidup akan berubah tanpa usaha dan kegigihan.