Kejayaan adalah hak semua insan yang bersedia


Mengapa ramai yang hidup dalam kesusahan dan hanya segelintir yang berjaya menikmati hidup yang mewah? Jawapannya, ramai yang masih belum bersedia untuk hidup dalam kemewahan.  Mahu berjaya tetapi tidak sudi mengorbankan masa dan tenaga untuk mendapat kejayaan jelas menunjukkan individu tersebut belum bersedia lagi. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang belum bersedia untuk menikmati hidup yang mewah.  Jika kita tidak membanteras semua penghalang ini, seseorang akan terus hidup dalam kemunduran dan kesusahan.

Faktor pertama : Terikat dengan rutin hidup yang cukup sibuk

Seseorang yang gagal menjangkaui hidup rutin yang tidak membawa nilai yang tinggi dalam hidup akan membantut kejayaan dirinya. Jika kita terus mengadu tiada masa kerana perlu menyiapkan hidup seharian yang telah menjadi sebahagian dari kewajipan keluarga, maka kewajipan yang penting ini akan terus mengikat kemajuan kita.

Individu yang berjaya dapat merancang masa dan membolehkan mereka menyertai berbagai aktiviti lain yang lebih produktif.  Mereka mendapat pulangan yang cukup lumayan dan mereka sanggup mengubah orang gaji untuk menyiapkan rutin hidup seharian.  Akhirnya , mereka telah membebaskan diri dari tugasan remeh temeh dan memegang peranan hidup yang lebih tinggi.

 

Faktor ke dua : Terus membiasakan diri dalam kesusahan

Seseorang yang telah hidup susah buat puluhan tahun telah menerima hakikat kesusahan sebagai suatu kenyataan hidup.  Dalam masa yang susah, mereka akan mengurangkan belanja , mengelakkan hiburan dan mendapat pinjaman dari kawan atau saudara mara.  Soalnya, berapakah yang berikhtiar untuk maju dan meningkatkan pendapatan bulanan?  Sekadar berjimat cermat dan meminjam bukan lagi jawapan.  Ia akan terus membiasakan diri dalam saat susah dan kita masih anggap “tidak apa”.

Golongan yang kaya adalah terdiri dari individu yang mempunyai perasaan tidak puas dengan status dan kualiti hidup dirinya. Mereka sanggup buat apa sahaja yang halal untuk melepaskan diri dari saat kesusahan. Mereka tidak perlu menyusahkan orang lain dengan membuat pinjaman atau menurunkan status hidup dalam saat kesempitan, mereka akan cari jalan untuk mendapat wang lebihan dengan usaha dan titik peluh sendiri.

 

Faktor ke tiga : Mengadu tiada peluang

Ramai yang terus hidup dalam kesusahan adalah golongan yang mengatakan mereka tidak mempunyai peluang. Mereka buta terhadap peluang dan mereka berikan berbagai sebab yang menyatakan peluang ini tidak sesuai, peluang itu tidak baik.  Yang paling memilukan, mereka berkata diri mereka tidak bersedia dan tidak layak. Alasan mereka , saya tidak pandai, saya tidak ada pengalaman , saya takut dan lain-lain.  Semua alasan ini telah membantutkan kemajuan seseorang.

Mereka yang kaya pula terdiri dari golongan yang proaktif dengan setiap peluang yang mereka temui.  Mereka akan kata “Bagaimana saya dapat kebaikan dari peluang ini.” Jika mereka tidak layak, mereka akan berkata “Bagaimana saya membina kelayakan diri” Biar pun mereka belum bersedia sekarang , tetapi pasti sekali suatu hari mereka akan bersedia.

 

Cerita motivasi

Adanya seorang yang pengemis yang mahukan kejayaan telah menghadiri kursus motivasi.  Salah satu dari ajaran yang telah beliau dapat ialah membina kemahuan diri untuk berjaya.  Waktu dia meminta sedekah, dirinya akan menjerit “Saya mahu kaya, saya mahu hidup yang berkualiti.”

 

Setahun berlalu, dirinya masih lagi seorang pengemis.

Soalnya, sekadar mahu berjaya belumlah cukup seandainya dirinya tidak sudi buat sesuatu untuk melepaskan diri dari kemiskinan. Cara untuk membuktikan kejujuran kita terhadap hajat hidup adalah berlandaskan tindakan kita.

 

Kesimpulan :

Jika kita masih belum mendapat kekayaan, tanya diri apa yang telah kita buat setiap hari.  Jika kita masih belum dapat mengubahsuai hidup seharian sejajar dengan corak hidup orang kaya , kita akan terus terbawa-bawa dalam kemiskinan.

Bila ramainya orang dari sesuatu bangsa adalah miskin dan mundur, maka bangsa tersebut juga dikaitkan sebagai bangsa yang lemah. Sebaliknya , jika ramai orang dari sesuatu bangsa adalah kaya dan maju, maka bangsa tersebut adalah dikenal bangsa yang kuat, marilah sama-sama kita buktikan bangsa Malaysia adalah bangsa yang kuat di dunia.