Tag Archives: kata azimat kejayaan

MAKNA KEJAYAAN

 

Setiap individu mengejar kejayaan.  Ini telah terbukti dalam sejarah manusia.  Ramai individu telah mencoretkan nama mereka secara abadi dalam ingatan generasi akan datang. Tetapi mereka yang benar-benar menghidupkan makna kejayaan amatlah sedikit sekali.  Kebanyakkan mereka telah membukti kejayaan dengan merosakkan imej dan kepentingan orang lain.  Ada juga yang dikenal berjaya leka dengan kebenaran dan etika masyarakat.  Biarpun mereka berjaya melepaskan diri dari tahanan polis, tetapi nikmat kejayaan sebenar dirinya telah tercabar.

 

Untuk mengecapi kejayaan yang sebenar, seseorang individu hendaklah mahir dalam bidang yang diceburi, mengasah bakat dan memahami makna kejayaan dengan sepenuhnya.

Sebagai asas konsepsi kejayaan, ia boleh ditakrifkan berasaskan dua pendekatan berikut:

 

Suatu gabungan matlamat, perancangan dan tindakan (contohnya, menyiapkan sesuatu projek)

untuk mencapai kejayaan dalaman dan luaran.

 

Wujudnya perbezaan yang nyata antara falsafah timur dan barat tentang penjelasan kedus di atas.  Falsafah barat lebih mementingkan kejayaan luaran manakala masyarakat timur lebih mementingkan dalaman. Suatu yang menarik sekali ialah masyarakat barat yang mementingkan kejayaan luaran kini semakin mundur, manakala masyarakat timur yang mementingkan kejayaan dalaman gagal mencorakkan perubhan tamadun manusia secara hakiki.  Ini bermaksud pendekatan kejayaan yang mengutamakan penekanan pada kejayaan luaran atau dalaman sahaja tidak dapat membawa kejayaan yang sempurna.

Berasaskan bukti di atas, kami boleh menerokai makna kejayaan dengan lebih mendalam.  Makna kejayaan yang kukuh bagaikan perlembagaan, ia memimpin setiap gerakerja dan tindakan kita. Ia memimpin pendirian kita, keputusan kita, sikap dan percakapan kita untuk berhadapan dengan kejayaan hari esok. Apa yang kami fikirkan dan lakukan hari ini akan menentukan tahap kejayaan hari esok.

 

Konsep kejayaan yang dipegang hendaklah betul kerana ia merupakan landasan kejayaan hari esok.  Jangan kita merungut tentang susahnya sesuatu tugas, tetapi yang penting sekali kita kukuhkan diri dengan Ilmu Kejayaan sebagai persiapan menghadapi tugasan yang berat.  Genggamkan prinsip kejayaan bagaikan kompas kehidupan, biarpun ringkas tetapi bukan senang untuk diaplikasikan.  Jika kita salah mengolah makna kejayaan dengan pengertian yang sebenar, kita menyesatkan diri dalam perjuangan hidup.  Tetapi jika kita pandukan petunjuk berikut, maka hidup akan memberi ganjaran yang anda harapkan.

 

PERLEMBAGAAN KEJAYAAN

1. MAKNA KEJAYAAN ADALAH KESEIMBANGAN DAN KETERTIBAN SETIAP ASPEK KEHIDUPAN.  Kami hendaklah memberi penekanan yang harmoni serta keutamaan pada setiap aspek kehidupan tanpa mengabaikannya.  Contohnya, seseorang individu yang berjaya dalam kerjayanya tetapi mengabaikan kesihatan dan keluarga.  Biarpun berjaya mengumpul kekayaan material, tetapi badan telah lumpuh dan keluarga telah berpecah-belah.  Ini tidak dikenal sebagai kejayaan yang sebenar.

2. MAKNA KEJAYAAN ADALAH SUATU PERJALANAN DAN BUKAN DESTINASI.   Dalam usaha kita mengejar impian dan harapan hidup, pasti kita akan berhadapan dengan berbagai penghalang dan masalah. Semua dugaan dan cabaran ini bukanlah suatu penentuan, tetapi hanyalah suatu proses sementa ra.  Selagi kita terus berusaha,  segala-galanya akan berlepas dari pandangan.  Apa yang perlu kita takut? Jangan jadikan suatu kegagalan sebagai penentu nasib. Perjalanan masih jauh lagi.

3. MAKNA KEJAYAAN ADALAH SUATU BENTUK PERASAAN YANG BAIK. Jika diri kita merasa kejayaan, maka kita sudah berjaya.  Setiap proses hidup adalah suatu kejayaan jika kita berkeupayaan mengatasi masalah dan kelalaian emosi.  Dengan menikmati kejayaan kecil ini, kejayaan yang besar akan mendatang. Diri kita meletakkan persepsi kejayaan sebelumpun kita mencapainya.  Ini boleh dilakukan dengan mengesahkan diri kita sebagai seorang jutawan biarpun pada hakikatnya kita belum berjaya. Bayangan kejayaan merupakan suatu paduan yang akan mengasahkan kemahuan untuk bertindak dan ia menilai serta menyusuli setiap gerak geri agar bersesuaian dengan trak kejayaan. Ia meningkatkan keyakinan diri untuk menanggung cabaran yang lebih besar.

4. MAKNA KEJAYAAN IALAH MEMBANTU ORANG LAIN BERJAYA – Dalam kebanyakan situasi, kita akan dapati kejayaan seseorang tidaklah dikenal kejayaan sebenar jika beliau gagal membantu individu lain mengecapi kejayaan.  Jika falsafah ini tidak dijunjung, kemungkinan besar kita mengabaikan kepentingan pihak lain dalam proses mengejar kepentingan diri.  Semakin ramai individu yang dapat anda tolong, semakin tinggilah nilai kewujudan anda dalam dunia.   Tahap kejayaan banyak bergantung pada balasan dan bantuan dari orang lain.  Jika kita tidak menaburkan kebaikan untuk membantu kejayaan orang lain, janganlah kita harapkan balasan orang lain.  Jika kita mengabaikan kepentingan orang lain, kita juga merosakkan kejayaan sendiri.  Pepatah menyatakan, “Jika anda menolong individu lain mencapai puncak gunung, anda juga pasti sampai ke situ.” Ini bermakna jika kita berikan apa yang orang lain hendakkan, kita juga akan dapat apa yang kita hendakkan. Falsafah ini menjadi lebih penting jika diri kita merupakan seorang pemimpin, terus menjana kualiti anggota pasukan yang bermutu, terus mengeratkan hubungan baik dengan semua orang. Hasilnya, kita akan mendapat “pasukan” yang paling cemerlang.

5. MAKNA KEJAYAAN IALAH MENCARI KEPASTIAN – Pengesahan individu lain hendaklah juga disertakan dengan pengesahan dari diri sendiri.  Jika diri tidak pasti dengan arah tuju sendiri, atau kita tidak faham apa yang kita mahu, kita juga tidak tahu matlamat yang hendak diperjuangkan.

6. MAKNA KEJAYAAN IALAH NIKMAT MEMILIKI DAN EMPUNYA – “Menikmati”  juga bermakna memiliki.   Jika kita hanya memiliki tanpa menikmatinya, ia tidak dikenal kejayaan.  Ramai individu yang kaya-raya tidak menikmati kegembiraan. Tahap kemanisan dan nikmat kepuasan adalah bergantung pada pengorbanan yang diberi serta tahap kebenaran yang dipegang.

7. MAKNA KEJAYAAN IALAH KESIHATAN YANG BAIK – Tanpa kesihatan badan, segala-gala menjadi tidak bermakna.  Badan yang lemah merupakan suatu tanda kegagalan manusia.  Untuk berjaya, kita hendaklah memastikan badan sentiasa sihat.  Ia membolehkan seseorang mengekalkan keceriahan diri dan kecekalan perjuangan. Untuk itu, jagalah pemakanan, minuman, kebersihan, sukan dan rehat yang seimbang.  Dengan memiliki kesihatan yang baik, masa depan juga cerah.  Inilah suatu kejayaan manusia.

8. MAKNA KEJAYAAN IALAH PERKAHWINAN YANG BAHAGIA – Untuk memastikan kehidupan keluarga yang harmoni, gembira dan baik, kedua-dua pihak hendaklah saling tolong menolong dan bertolak ansur; ini merupakan suatu kejayaan manusia.  Kebahagiaan keluarga mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan perkahwinan.  Jika perpecahan keluarga berlaku, ketidakselasian antara suami-isteri, maka ia menggambarkan suatu kegagalan dalam hidup.

9. MAKNA KEJAYAAN IALAH KEHIDUPAN YANG BAIK – Untuk membolehkan kita hidup bagaikan dalam syurga, maka kita hendaklah berpegang pada syarat dan pendekatan hidup yang membawa kegembiraan, agar hidup menjadi bermakna, berwarna-warni dan menarik. Untuk meningkatkan nilai kehidupan, kita hendaklah mempunyai matlamat dan perancangan hidup. Biarpun kita banyak melakukan sesuatu, tetapi jika tidak diiringi dengan nilai-nilai yang hakiki; hidup masih tidak dapat memberi kepuasan kepada kita. Sebaliknya, mereka yang sering dilamun kesedihan, kekecewaan, ketakutan, kepiluan, hasad dengki, kekosongan, niat ingin membalas dendam, kesakitan, kelaparan an kekhuatiran  adalah petanda orang yang gagal dalam hidup jika usaha tidak dilakukan untuk memperbaikinya.

10.              MAKNA KEJAYAAN IALAH KEWANGAN YANG KUKUH – Untuk memastikan pendapatan yang mantap dan mencukupi untuk membiayai kehidupan sekeluarga pada tahap yang selesa, serta mengelakkan rasa kekhuatiran untuk keperluan asas termasuk tempat tinggal, makan, minum dan pemakaian.

11.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MEMUPUK GENERASI AKAN DATANG – Untuk membolehkan anak-anak mendapat didikan dan kaunseling yang baik dan membesar dengan sokongan keperbadian yang mulia.  Gunakan “kasih-sayang” sebagai teras pendidikan dan meningkatkan “nilai kendiri” anak sendiri. Berikan keperluan emosi mereka dengan mengutamakan “masa depan” agar mereka dapat meningkatkan potensi dan bakat diri dan menyumbang tenaga untuk kebaikan dunia.

12.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MEMPUNYAI SIKAP DAN KEPERIBADIAN YANG MULIA – Kehidupan yang diibaratkan sebagai permainan dan tidak serius dengan setiap peristiwa yang berlaku hanya menggambarkan dirinya tidak mengambil berat dengan hidup. Untuk membolehkan seseorang membentuk mentaliti mulia, beliau hendaklah mempunyai kesedaran untuk berjaya, kematangan untuk membuat keputusan dan membezakan antara yang baik dan buruk, berani memperjuangkan kebenaran, prihatin dengan masalah orang lain dan menghormati setiap individu biarpun dari latar belakang yang berbeza, mempunyai keyakinan diri , menerima diri sendiri, tahan lasak, bertolak ansur dan bercekalan. Beliau juga hendaklah tahu membalas budi dan mengembalikan setiap jasa dan bakti untuk masyarakat.  Tumpukan tenaga untuk matlamat kerja yang berorientasikan perkhidmatan dan kebaikan untuk orang lain. Yang penting sekali, jangan membawa perasaan yang pesimistik dalam hidup.

13.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MENONJOLKAN MAKNA HIDUP – Untuk mencorakkan hidup yang bermartabat tinggi, kita hendaklah prihatin dan mengambil berat tentang keperluan orang lain.  Kita hendaklah tahu mengorbankan ,asa untuk kerja sukarelawan dan menyumbang bakti untuk masyarakat. Kehidupan yang hanya berorientasikan hidup sendiri tidaklah membawa makna yang tinggi jika ia tidak memberi suatu yang berharga untuk kenangan dunia

14.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MATLAMAT HIDUP YANG SEMPURNA – Hidup hendaklah mempunyai matlamat yang mulia dan jelas.  Kita yang menentukan apa yang kita hendakkan dalam hidup dan mengatur setiap langkah untuk mencapainya.  Kita hendaklah tahu apa yang hendak dicapai esok, bulan depan, tahun depan dan sepuluh malah dua puluh tahun dari sekarang.

15.              MAKNA KEJAYAAN IALAH MEMUPUK KEPIMPINAN YANG UNGGUL – Mengorbankan diri dan menjaga kepentingan ramai merupakan asas kepimpinan,  Tanggungjawab kepimpinan adalah berat kerana diri kita mengambil berat tentang pasukan dan bukan hanya diri sendiri. Ia hendaklah dilakukan dengan niat yang murni dan ikhlas agar anda dapat memimpin lebih ramai individu mencapai matlamat dan hasrat mereka.

 

MAKNA KEJAYAAN DINILAI DARI PERSPEKTIF YANG BERBEZA

Dalam dunia ini, setiap individu menjelaskan makna kejayaan berasaskan latar belakangnya yang tersendiri. Contohnya, seorang pelajar mendefinasikan makna kejayaan berasaskan kecemerlangan keputusan sekolah, seorang peniaga mendefinasikan kejayaan berasaskan jumlah keuntungan setahun, seorang doktor pula dinilai dari kehebatan dirinya mengubati penyakit, seorang ustaz pula dinilai dari kealiman dan amalan hidupnya setiap hari, seorang pelukis pula dinilai dari keupayaan mencorakkan lukisan yang cantik serta kreatif, seorang pengilang pula hendak mengeluarkan produk yang sesuai untuk piawaian yang ditetapkan, seorang guru pula dinilai dari kejayaan dirinya memupuk generasi yang akan datang, seorang doktor psikologi dinilai dari aspek pemulihan tekanan jiwa dan masalah mental, seorang askar pula dinilai dari tanggungjawab berkorban demi keselamatan negara, dan ibu bapa pula dinilai dari niat menjadikan anak sebagai seorang juara.

Dari penjelasan di atas, jelas sekali menunjukkan penumpuan yang diberi oleh setiap golongan manusia terhadap kejayaan adalah berbeza.  Penting sekali , seseorang mengetahui apalah tujuan hidupnya dan berusaha untuk menjadikannya sebagai kenyataan. Dekl – kejayaan adalah suatu tajuk yang subjektif .

 

 

Di manakah lombong emas saya?

Hidup penuh dengan pilihan. Kita boleh mencari kekayaan di dalam berbagai bidang. Tetapi, sayangnya …. Ramai yang tidak dapat membuat pilihan yang bijak. Jika kita masih meragui setiap pintu kekayaan, tidak ada satupun pintu yang akan terbuka untuk anda.

Untuk merebut kekayaan di dunia ini, seseorang perlu mempunyai beberapa kualiti diri untuk mengaut keuntungan dan kekayaan.

 

Yang Pertama: Tiada lombong yang sempurna

Jika kita hanya melihat kelemahan yang ada di sebaliknya, kita tidak akan dapat membuat pilihan. Ini kerana semua peluang kekayaan ada kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Kita hendaklah boleh menilai dengan hati dan minda yang terbuka dan sedia menyambar peluang tersebut biarpun pilihan tersebut mempunyai beberapa kelemahan.

 

Yang Kedua: Dapat memberi penumpuan

Kesetiaan mencari kekayaan akan membuka pintu keuntungan yang lebih besar. Peluang datang sekali dan ia tidak akan berpihak pada kita jika kita tidak memegangnya dengan kuat. Adanya orang lain yang lebih bersedia akan menyambar peluang tersebut. Ini bermaksud kita perlu korbankan sesuatu yang boleh mengalihkan fokus perjuangan. Tumpukan pada apa yang anda mahu capai dan buat secara habis-habisan.

 

Ketiga : Meneroka bakat yang tertidur

Setiap peluang memerlu bakat yang tersendiri. Jika anda tidak bersedia, peluang tidak akan menjadi hak anda. Anda perlu mempunyai hajat untuk terus meningkatkan kualiti diri yang tinggi demi menjayakan harapan tersebut. Ini termasuk kemahiran, ilmu dan sikap diri yang baik.

 

Keempat: Kejayaan yang berkesinampungan

Peluang kekayaan yang hakiki bukan suatu yang jangka pendek. Kita perlu mempunyai kebolehan untuk menilai peluang yang dikatakan bernilai besar dengan kejayaan yang bernilai kecil. Jika kita dapat membentuk perniagaan yang bersifat jangka panjang, kejayaan adalah suatu yang abadi.

 

Kelima: Jangan lupa impian anda

Setiap orang menawarkan berbagai peluang untuk anda demi untuk memuaskan kejayaan dirinya. Jika kita tidak mempunyai pegangan diri; apa yang anda mahu dan apa yang benar-benar anda minati, anda akan mudah terjebak dengan sesuatu yang bukan menjadi pilihan anda tetapi sekadar untuk memuaskan hati orang tertentu. Selagi anda lupa diri sendiri, anda tidak akan mengenal harapan dan kemahuan diri sendiri.

 

Kesimpulan

Anda perlu menilai setiap peluang dengan hati terbuka. Jika anda mahu berjaya, janganlah kita menolak peluang. Setiap peluang adalah rezeki untuk anda.

 

Nilai Kejayaan Anda

Suatu ketika dahulu, ada seorang kawan saya bertanya pada saya “Mengapa anda naik motosikal ke pejabat sedangkan anda ada kereta”. Saya mula menakrifkan nilai masa awal pagi saya bersama anak tersayang dan saya tidak mahu membuang masa dengan kesesakan lalu lintas. Kawan saya bertanya pula, “Adakah nilai motorsikal sejajar dengan status anda? Apa lagi kalau waktu hujan, anda akan menjadi basah.” Saya pun menerangkan nilai keluarga berbanding dengan nilai keselesaan yang dimaksudkannya. Bulan lalu, saya sempat berjumpa dengan seorang teman yang memandu setiap pagi dari Seremban ke KL untuk bekerja. Beliau memperuntukkan hampir 10% dari pendapatannya untuk kos perjalanan. Bila ditanya, “Adakah anda rasa lebih murah kalau anda dapat tinggal di KL?” Beliau mula menjelaskan nilai kos kehidupan, sewa rumah dan sebagainya yang melambung tinggi di KL. Jelasnya, pilihannya untuk berulang alik antara KL dan Seremban adalah suatu yang sejajar dengan hasratnya.

Begitu juga dengan kejayaan anda. Jika kejayaan anda ibarat kerja di KL yang bakal membawa pulangan yang lumayan, anda akan sudi mengeluarkan belanja untuk menyertai kursus dan program kejayaan. Anda juga sudi membayar yuran kursus kemahiran dan bidang professional.

Perkara yang menghalang seseorang untuk berkorban kewangan dan masa demi kejayaan adalah nilai kejayaan yang bakal dikecapi. Jika mereka masih tidak mengenal nilai kejayaan yang mereka hendak, mereka akan merasa semua perbelanjaan yang menjurus pada pembelajaran dan pembangunan diri sebagai suatu yang mahal.

Contoh yang paling baik adalah pengembaraan mencari harta karun. Bila anda mendapat sekeping peta harta karun, anda mula mengambil risiko dan mulakan perjalanan. Anda tahu, kos perjalanan, kesusahan yang ditempuhi serta masa yang diperuntukkan adalah suatu kos pelaburan untuk anda dapatkan harta karun yang berjuta ringgit. Soalnya, adakah anda dapat rasakan masa depan bernilai tinggi? Adakah anda berhajat hendak mellibat ganda serta mengejar kehidupan yang paling indah sekali? Jika benar, anda tidak akan mempunyai halangan untuk berkorban apa sahaja demi masa depan anda.

Faktor yang menghalang “pengorbanan” seseorang adalah kerana mereka tidak dapat membina impian dan matlamat yang lebih bernilai. Akibatnya, mereka terus terbawa-bawa oleh pemikiran yang sempit dan enggan melabur masa depan mereka

Jadikanlah diri anda seorang insan yang mempunyai nilai kejayaan yang besar. Fikirkan hidup jutawan, fikirkan status sosial yang tinggi, fikirkan kebahagian keluarga, fikirkan semua yang terbaik untuk anda. Sudah pasti, nilai kejayaan anda akan memacu tindakan dan pengorbanan anda sekarang dan menjadikan impian anda suatu kenyataan.

 

Prinsip Kejayaan

Nilai kejayaan menentukan jiwa pengorbanan anda. Jika anda tidak sudi memperuntukkan wang dan masa untuk masa depan anda, ini jelas menunjukkan anda belum mempunyai impian yang besar dalam hidup.