(Hadiah Tahun Baru 2013) Prinsip kejayaan : Syarat kejayaan

New Year Gift From Abang Yew 2013

Sudah pasti, setiap orang mahukan kejayaan tetapi sayangnya tidak semua orang berhak mendapatnya. Banyak persoalan yang timbul apakah sebab ada orang lebih berjaya dari orang lain,  mempunyai pendapatan yang lebih lumayan mempunyai kerja yang lebih baik , perhubungan manusia yang harmoni, kesihatan badan yang terjamin, sentiasa riang gembira; rupanya, mereka mempunyai hidup yang lebih berkualiti.

 

Satu pertanyaan yang sering dipersoalkan : Apakah dia kejayaan ? Setiap manusia mempunyai kecenderungan untuk mengejar kejayaan. Dalam lubuk sanubari setiap insan , tersiratnya kuasa mendorong diri sendiri untuk berjaya.

 

Terdapat  sembilan syarat kejayaan yang menentukan tahap kecemerlangan hidup seharian .

 

Syarat pertama:  untuk berjaya ialah perhubungan manusia yang penuh kasih sayang. Ini bermaksud anda mempunyai keupayaan untuk menyayangi orang lain; juga boleh disayangi oleh orang lain. Kami dapat bergaul dengan semua orang di sekitar kita dengan mengekalkan persahabatan yang abadi daan penuh keprihatinan

 

Syarat Kedua , jiwa raga yang bebas dari kerisauan.  Biarpun anda mempunyai yang yang banyak , tetapi jika anda tetap risau dengan masalah lain, seperti keselamatan diri, masalah pelaburan dan lain-lain, anda tidak akan menikmati hidup anda. Jiwa yang tenang bermaksud anda mempunyai hati yang selesa, lapang dan penuh kepuasan. Anda bebaskan diri dari ketakutan.  Bebaskan diri dari ketegangan emosi. Bebaskan diri dari rasa bersalah dan berdosa.

 

Syarat ketiga untuk berjaya ialah kualiti hidup yang sempurna dari semua aspek. Ini termasuk kesihatan mental dan dizikal.  Kecergasan mental adalah daya hidup yang dicetuskan oleh kesihatan badan. Bila hidup telah mencapai keseimbangan dan harmoni dalam semua aspek – agama, sosial, keluarga , kesihatan dan kerjaya; maka anda akan mendapati nikmat kepuasan hidup yang tertinggi.

 

Syarat keempat kejayaan ialah kebebasan kewangan.  Ia bermaksud anda mempunyai wang mencukupi dan tidak lagi perlu khuatir tentang wang.  Disebabkan wang amat penting kepada kita, maka kita perlu belajar cara bagaimana berkorban sesuatu untuk memperolehinya.

 

Syarat kelima kejayaan ialah mempunyai matlamat hidup yang berharga dan impian yang membawa nilai pada orang lain, negara juga pada diri sendiri. Matlamat hidup memberi makna dan tujuan kepada hidup kita. Matlamat hidup dan impian anda hendaklah sejajar dengan nilai hidup anda.

 

Syarat keenam kejayaan ialah memahami diri secara mendalam.  Anda perlu mengenal siapakah diri anda.  Tahu mengapa ana terus lakukan apa yang anda lakukan sekarang.  Mengetahui niat dan hajat diri anda dan apakah sebab yang mendorong anda bertindak sedemikian.

 

Syarat ketujuh kejayaan ialah keupayaan anda merealisasikan diri yang sebenar.  Anda boleh mencapai matlamat hidup yang anda hendakkan kerana anda mempunyai matlamat idup yang bernilai tinggi serta impian yang positif. Anda mempunyai kasih sayang yang sejati dengan semua orang.  Anda mengenal diri secara mendalam. Ini semuamenyumbang kepada badan yang sihat dan cergas. Akhirnya, anda akan memiliki ketenangan fikiran.

 

Syarat kelapan : Membina semangat dan keyakinan untuk keluar dari kancah hidup yang yang membelenggu hidup anda. Tidak kira berapa lama anda perlu berjuang untuk berjaya, jangan sekali-kali kita mengalah atas apa sebab sekali pun.

 

Syarat kesembilan: Menilai hidup anda setiap hari dengan menjadikan semua cabaran dan masalah sebagai suatu proses kemajuan. Anda akan dapati ilmu yang anda timpa dari kehidupan harian adalah jauh lebih berharga berbanding dengan buku yang anda baca kerana ia bersesuaian dengan keperluan serta situasi diri sebenar.

 

Tugas pertama untuk berjaya ialah mempunyai kefahaman tinggi terhadap perancangan anda, khasnya pada awal tahun , awal bulan, awal minggu, awal hari..  Apakah cara paling berkesan untuk menyiapkan sesuatu perkara.

 

Seterusnya, anda perlu mencurahkan usaha yang gigih untuk menjalankan perancangan anda . Korbankan masa dan tenaga anda untuk melaksanakannya. Hanya jika anda mencurahkan usaha yang berterusan buat suatu tempoh masa tertentu,  anda akan dapati semua kefahaman dan ilmu yang telah dibelajari dapat membuahkan hasil kejayaan yang diidamkan.

 

Saya dapati kejayaan adalah suatu yang boleh diramalkan dan bukan suatu takdir semata-mata. Pada setiap hari, anda boleh merancang hidup yang lebih berjaya untuk diri anda. Asalkan anda dapat lakukan tiga  perkara berikut.

 

Pertama , berhajat dan tetapkan niat  untuk berjaya dari HATI secara ikhlas , berusaha kuat untuk mencapai matlamat hidup.

 

Kedua, Amalkan sikap menanya dan mencari jawapan terhadap kemuskilan hidup.  Dengan erti kata lain, anda perlu belajar cara yang sesuai dengan anda untuk mencapai tahap kejayaan yang diidamkan.

 

Ketiga : Mulakan perancangan secara menulis dan susuli dengan penyeliaan hajat anda secara harian. Janganlah jadi Mat Jenin yang hanya tahu menanam hajat tetapi tidak menukarkannya menjadi suatu tindakan yang praktikal

 

Semoga tahun 2013 menjadi tahun yang paling bermakna dalam hidup anda.

 

Ikhlas dari Foo Chang

Penulis