PRINSIP KEJAYAAN: Tiada Alasan , Cari Jalan

Setiap kejayaan pasti akan berhadapan dengan berbagai penghalang.  Kita janganlah menyerah pada alasan. Setiap penghalang membawa ilmu kemajuan.  Ia memberitahu kita apa yang patut kita lakukan. Biarpun bukan kita yang bersalah. Janganlah menjadikan alasan sebagai penutup kelemahan diri.  Hakikatnya, setiap alasan hanya menyebabkan kita pertahankan kelemahan.  Kita akan gagal menemui penyelesaian.  Hati kita akan terus terkongkong dengan pemikiran yang sempit.  Minda kehilangan flesibiliti.  Idea baru tidak akan terjana.

Biarpun siapa yang salah, itu tidaklah penting berbanding dengan apa yang patut dibuat untuk memastikan impian anda tercapai.  Ramai insan terkandas dalam perasaan menuntut kebenaran akhirnya lupa pada matlamat perjuangan yang sebenar.

Cara terbaik untuk mengelakkan alasan ialah buat apa yang telah anda rancang.  Jadikan rancangan harian sebagai pedoman hidup.  Sebaik anda jumpa suatu alasan, tuliskan pada senarai alasan. Jangan melayannya kecuali jika alasan tersebut  benar-benar membahayakan nyawa dan masa depan anda.

Gunakan pesanan hati berikut untuk mengelakkan anda menjadi mangsa kepada alasan:

  1. Saya akan buat sesuatu yang benar dan baik biarpun siapa yang menghalang. Suatu hari, mereka akan sedar mengapa saya buat begini.
  2. Saya tidak menyerah pada sebab mengapa saya tidak dapat buat apa yang patut saya buat, tapi mencari jalan bagaimana saya boleh buat.
  3. Saya melayan “alasan”  sebagai penyakit.  Selagi diri saya kebal dan kuat, tiada penyakit yang dapat menyerang saya.
  4. Saya menendang “alasan” bagaikan bola sehingga ia masuk ke dalam jaring cita-cita saya. Kita menjadi Tuan kepada alasan.
  5. Saya sedia mempertahankan misi hidup dan tidak menjadik mangsa pada alasan.

Sememangnya, insan yang berkobar-kobar akan mempertahankan hasrat hidupnya biarpun apa sekalipun yang melukakannya. Setiap perasaan ditukar menjadi semangat untuk meneruskan perjuangan.

Contohnya: Jika diri dihina orang, janganlah kita jadikan ia sebagai alasan untuk mengundur.  Sebaliknya, jadikan alasan untuk mendorong kita membuktikan kebenaran dan kehebatan diri.

Prinsip: Alasan adalah pembunuh cita-cita.  Insan yang berjaya mengelakkan kata-kata susah, nanti, tidak dapat sebab, mustahil. Semakin anda mengelakkan alasan, semakin cepat anda mendekati kejayaan.

Sebaliknya, insan yang gagal sering memberi alasan demi membuktikan mereka tidak bersalah atau cuba mendapat simpati orang lain

Prinsip Kejayaan : Tiada Alasan , Cari Jalan

Setiap kejayaan pasti akan berhadapan dengan berbagai penghalang.  Kita janganlah menyerah pada alasan. Setiap penghalang membawa ilmu kemajuan.  Ia memberitahu kita apa yang patut kita lakukan.

Biarpun bukan kita yang bersalah. Janganlah menjadikan alasan sebagai penutup kelemahan diri.  Hakikatnya, setiap alasan hanya menyebabkan kita pertahankan kelemahan.  Kita akan gagal menemui penyelesaian.  Hati kita akan terus terkongkong dengan pemikiran yang sempit.  Minda kehilangan flesibiliti.  Idea baru tidak akan terjana.

Biarpun siapa yang salah, itu tidaklah penting berbanding dengan apa yang patut dibuat untuk memastikan impian anda tercapai.  Ramai insan terkandas dalam perasaan menuntut kebenaran akhirnya lupa pada matlamat perjuangan yang sebenar.

Cara terbaik untuk mengelakkan alasan ialah buat apa yang telah anda rancang.  Jadikan rancangan harian sebagai pedoman hidup.  Sebaik anda jumpa suatu alasan, tuliskan pada senarai alasan. Jangan melayannya kecuali jika alasan tersebut  benar-benar membahayakan nyawa dan masa depan anda.

Gunakan pesanan hati berikut untuk mengelakkan anda menjadi mangsa kepada alasan:

  1. Saya akan buat sesuatu yang benar dan baik biarpun siapa yang menghalang. Suatu hari, mereka akan sedar mengapa saya buat begini.
  2. Saya tidak menyerah pada sebab mengapa saya tidak dapat buat apa yang patut saya buat, tapi mencari jalan bagaimana saya boleh buat.
  3. Saya melayan “alasan”  sebagai penyakit.  Selagi diri saya kebal dan kuat, tiada penyakit yang dapat menyerang saya.
  4. Saya menendang “alasan” bagaikan bola sehingga ia masuk ke dalam jaring cita-cita saya. Kita menjadi Tuan kepada alasan.
  5. Saya sedia mempertahankan misi hidup dan tidak menjadik mangsa pada alasan.

Sememangnya, insan yang berkobar-kobar akan mempertahankan hasrat hidupnya biarpun apa sekalipun yang melukakannya. Setiap perasaan ditukar menjadi semangat untuk meneruskan perjuangan.

Contohnya: Jika diri dihina orang, janganlah kita jadikan ia sebagai alasan untuk mengundur.  Sebaliknya, jadikan alasan untuk mendorong kita membuktikan kebenaran dan kehebatan diri.

Prinsip Kejayaan: Alasan adalah pembunuh cita-cita.  Insan yang berjaya mengelakkan kata-kata susah, nanti, tidak dapat sebab, mustahil. Semakin anda mengelakkan alasan, semakin cepat anda mendekati kejayaan.