Sejauhmanakah anda mahukan kekayaan?

Ada orang menganggap wang tidak penting dalam hidupnya. Mereka hanya perlukan hidup yang sederhana dan cukup makan. Pemikiran demikian amatlah mulia kerana mereka boleh fokuskan penumpuan mereka pada aktiviti bukan ekonomi seperti hobi, agama dan kekeluargaan.

Tetapi, amatlah menyedihkan saya ialah pengalaman hidup beberapa kawan saya yang kononnya tidak pentingkan wang sehingga menyusahkan keluarga tersayang.  Anak yang berhati mulia gagal menyediakan tabung wang untuk mengubati ibunya yang sakit tenat. Bapa yang berhati mulia tidak dapat memberi keperluan pendidikan universiti kepada anak kerana selama ini mereka hanya amalkan hidup cukup makan tanpa lebihan wang untuk disimpan. Suami yang mulia dengan hati menyayangi isteri memberi tekanan emosi kepada isteri bila adanya bil tertunggak yang belum dibayar.

 

Apa yang dimaksudkan tadi adalah suatu pengalaman yang menunjukkan keperluan wang dalam dunia nyata. Ia bukannya jawapan kepada semua keperluan hidup, tetapi tanpanya banyak perkara yang tidak dapat dicapai. Sebaliknya, jika anda mempunyai wang yang mencukupi, anda boleh memilih untuk menderma kepada masjid mahupun badan kebajikan. Dengan wang yang mencukupi, anda boleh memiliki masa dan pilihan aktiviti hidup yang lebih bermakna. Anda boleh mencurahkan lebih banyak masa untuk agama dan tidak perlu risau tentang keperluan asasi lagi.

 

Soalnya, adakah anda sudah membina kemantapan kewangan anda?

 

Cara yang terbaik untuk membina kekayaan ialah dengan mengusahakan kerjaya sampingan. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, harga barangan semakin naik, keperluan keluarga yang semakin bertambah mengikut peningkatan usia anak, kita tidak ada pilihan; kita hendaklah mempelbagaikan sumber pendapatan kita.

 

Bagaimanakah anda mengguna masa malam? Kita perlulah menggiatkan aktiviti ekonomi pada sebelah malam jika kita perlu tambahkan sumber kewangan kita. Ada juga orang yang mengguna masa sebelum pergi pejabat untuk menjual nasi lemak atau suratkhabar. Dengan pendapatan dua tiga puluh ringgit ini, mereka mampu membayar ansuran kereta baru.

 

Jika anda masih belum mempunyai pendapatan sampingan , fikirkan perkara berikut untuk memulakan pekerjaan sampingan dengan seberapa segera:

  1. Berapakah wang keuzuran yang anda ingin miliki
  2. Adakah anda mahu aktifkan masa bersama TV / bersembang kosong
  3. Bolehkan anda tinggalkan kawan yang tidak sehaluan dengan anda

 

Jika jawapan anda adalah positif, ini menunjukkan anda sedang dalam perjalanan ke arah kekayaan. Mulakan sekarang. Jangan tunggu. Ramai orang menepikan hajatnya dengan alasan masa tidak sesuai, tidak ada modal atau belum bersedia lagi. Insan yang mahu berjaya tidak memberi alasan, mereka mencari jalan..

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive