Ramuan kejayaan

Jika anda mempunyai pilihan, apakah kejayaan yang anda hendakkan? Sehingga ini, saya belum pernah menjumpai orang yang menyatakan dia tidak mahu berjaya dalam hidup .  Setiap orang mempunyai kehendak corak hidup, kebahagiaan keluarga, kesikatan badan serta status sosial yang berbeza.  Pelajar mempunyai keinginan untuk lulus peperiksaan dan jaguh sukan mempunyai keinginan untuk mendapat kejuaraan.

 

Corak kejayaan yang anda hendakkan menentukan ramuan kejayaan anda. Begitu juga dengan tukang masak, masakan restoranlimabintang mempunyai ramuan yang berbeza dengan masakan gerai tepi jalan. Semakin tinggi kejayaan anda, semakin mahal ramuan kejayaan anda.

 

Marilah kita meneliti seorang jaguh sukan yang bercita-cita hendak memecahkan rekod dunia. Beliau akan mencurahkan masa latihan yang berganda jika dibandingkan dengan seorang jaguh sukan kebangsaan. Bagaimana dengan anda? Jika anda hendak mencapai taraf hidup yang lebih baik dari orang lain , sudikah anda curahkan usaha dan komitmen lebih dari orang lain?

 

Secara amnya, terdapatlimaramuan kejayaan. Cara anda mengguna kelima-lima ramuan kejayaan menentukan tahap kejayaan yang bakal anda terima.

 

Pertama :Cara anda menggunakan masa. Setiap minit dan setiap jam adalah asset hidup yang berharga dan perlu digunakan sepenuhnya untuk tujuan kejayaan. Orang yang suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berguna sudah pasti akan kecundang dalam hidup

 

Kedua : Cara anda mengguna sumber kewangan. Anda boleh gunakan wang untuk berekreasi dan bergembira, anda juga boleh gunakan wang untuk mencari ilmu dan kepakaran.

 

Ketiga : Cara anda berinteraksi dengan orang lain. Perhubungan manusia adalah suatu sumber kejayaan yang menentukan kejayaan anda. Jika anda mempunyai lebih ramai musuh dari teman kejayaan, sudah pasti anda gagal mendapat sokongan dari orang lain.

 

Keempat : Cara anda menggunakan ilmu. Jika anda dapat mengoptimakan ilmu kejayaan, kemahiran dan pengetahuan professional dengan baik, anda dapat meneroka berbagai tugasan yang gagal diterokai orang lain.

 

Kelima : Cara anda mengolah sikap anda. Sikap anda menentukan keupayaan seseorang mengharungi saat yang mencabar. Tanpa sikap yang baik, anda akan kecundang biarpun anda dilengkapkan dengan berbagai kemudahan.

 

Ilmu kehidupan

Setiap orang mempunyai ramuan kejayaan yang tersendiri tetapi tidak semua orang dapat menggunakannya dengan baik. Akibatnya, ramai orang hanya menyediakan hidangan gerai tepi jalan dan gagal menyediakan hidangan bertaraflimabintang. Itulah sebab lebih ramai orang mengadu hidup susah berbanding dengan orang yang hidup mewah dan gembira.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive