Punca Tiada Kerja

Ramai insan yang merungut sukar mencari kerja.  Tetapi hanya segelintir yang benar-benar menilai diri sendiri tentang kegagalan diri dan tidak menyalahkan masyarakat tentang kesempitan wang dan tekanan jiwa yang menyusur jiwa seorang yang ketiadaan kerja dan pendapatan. Dari kajian dan statistik yang diperolehi, jelas sekali menunjukkan golongan yang tidak berjaya mendapat kerja atau gagal mendapat kerja yang sesuai dengan citarasanya mempunyai beberapa persepsi diri yang negatif.  Ruangan ini mendedahkan persepsi yang menggugat peluang kerjaya dan kejayaan seseorang.  Jika seseorang  boleh membongkarkan semua kelemahan yang disenaraikan berikut, tidak ada sebab mengapa kita tidak mempunyai kerja.

 

Persepsi pertama : Syarat dan peraturan kerja yang tidak seiras dengan citarasa peribadi

Setiap kerja mempunyai syarat dan keperluan yang tersendiri.  Semua syarat ini bertujuan untuk membolehkan sesebuah organisasi beroperasi secara optimum ke arah produktiviti yang lebih tinggi.  Syarikat mahukan keuntungan.  Kalau diri kita tidak boleh membantu syarikat mencapai tahap keuntngan yang lebih tinggi, kehadiran kita tidaklah membawa apa-apa kepentingan kepada syarikat.  Ini bermakna syarikat hanya berminat dengan individu yang boleh patuh pada peraturan dan syarat kerja yang ditetapkan.

Individu yang gagal mendapat kerja adalah golongan yang suka membuat peraturan sendiri dan merasa permintaan syarikat adalah suatu tekanan.  Mereka rasa syarikat tidak memahami keperluan dirinya, tetapi mereka tidak pernah memikirkan keresahan dan kesulitan yang ditanggung oleh syarikat.  Golongan seperti ini suka menuntut  dan sukar dibawa berumding.

 

Persepsi kedua : Saya tidak suka kerja kejurujualan

Jika ditatapi iklan kerjaya di suratkhabar, jelas menunjukkan peluang kerja kejurujualan telah meliputi lebih dari separuh peluang kerja yang ditawarkan. Perlu difahamkan peluang kerjaya kejurujualan adalah tunjang keutuhan sesebuah syarikat. Jika jumlah pelanggan menurun, jumlah pendapatan syarikat juga menurun. Secara langsung, pendapatan kerani dan semua kakitangan syarikat juga tergugat.  Biarpun betapa baik dan hebatnya sesuatu perkhidmatan aau produk , ia memerlukan jurujual yang dapat bersemuka dengan pembeli atau pengguna.

Individu yang gagal mendapat kerja sering membawa mentaliti kerja menjual sebagai suatu yang keji dan tidak menarik.  Mereka mahukan kerja yang bebas dari cabaran pelanggan.  Mereka hanya sukakan kerja bersifat teknikal tetapi jumlah kerja sebegini biasanya terhad.

 

Persepsi ketiga : Majikan perlu berbaik-baik dengan saya

Tidak semua tempat  kerja menyedikana suasana yang positif dan membina. Anda mungkin berjumpa dengan rakan sekerja yang membawa tekanan emosi serta mengancam perasaaan anda.  Bila seseorang  merasa tidak senang dengan orang lain , dirinya akan melawan atau melarikan diri.  Di sebabkan ego dan perasaan yang terluka, dirinya akan beranggapan kerja sebegini tidak sesuai.

Individu yang masih menganggur tidak berkeupayaan melihat kebaikan yang terlantar di sebalik kerja yang menyakitkan jiwanya.  Mereka menjadikan kekurangan yang ada di tempat kerja sebagai suatu isu yang besar sehingga menutup mata dan hatinya terhadap kebaikan lain yang ditawarkan.  Janganlah kerana gigi isteri sumbang, kita gagal menghayati dan bersyukur dengan keindahan jiwanya.

 

Persepsi keempat : Kerja ini tidak mempunyai masa depan

Setiap kerja mempunyai masa depan tersendiri. Majikan tidak mungkin menolong anda meneroka masa depan diri anda.  Anda perlu menukar setiap peluang pembelajaran sebagai suatu cara memajukan diiri sendiri .  Bila anda telah mantapkan diri dalam aspek berkenaan, peluang yang lebih lumayan akan menyusur datang.

Ramai individu meminta kerja yang membawa ganjaran yang tinggi tanpa terlebih dahulu membina kelayakan diri serta trak rekod kerja dalam hidup.  Kemajuan kerjaya bagaikan tangga. Jika kita mahu sampai ke puncak tangga, kita hendaklah sabar menaiki setiap anak tangga.  Niat untuk mencari “jalan pintas” ke tahap kerja yang lumayan dan senang –lenang adalah sebab utama seseorang  gagal mendapat kerja yang dihasratkannya.

 

Persepsi kelima : Ahli keluarga saya tidak berkenan dengan kerjaya ini

Ramai individu yang suka dengan kerja tertentu masih mahu mendapatkan restu dari ahli keluarganya sebelum dirinya mula bekerja.  Mereka bekerja bukan untuk impian dan cita rasa sendiri tetapi mahu menurut hasrat serta pandangan orang lain.  Golongan seperti ini suka rmendapat kerja yang sesuai.  Ini kerana sesuatu kerja yang disokong dan direstui oleh ahli keluarganya tidak semestinya sesuai dengan kredibiliti dan cita rasa anda.

Rata-rata bantahan yang didapati adalah dari ibu bapa atau isteri.  Mereka terlalu mengambil berat dengan orang kesayangannya.  Mereka tidak rela melihat  suami memilih kerja yang mencabar.  Ada juga ahli keluarga yang menghendakkan air muka. Mereka merasa malu bila anaknya menjadi seorang jurujual rumah ke rumah.  Ada juga yang risau keselamatan anak kerana bekerja jauh dari kampung halaman.  Akibatnya, anaknya tersepit dalam pilihan kerja yang terhad.  Bila ini berlaku, perkembangan emosi dan kerjaya anak akan terbantut.

 

Persepsi keenam : Gajinya terlalu sedikit

Sememangnya, hidup adalah untuk mencari rezeki demi memenuhi keperluan seisi keluarga tersayang.  Tetapi , terlalu melihat pada rezeki sekarang akan menyebabkan seseorang  buta terhadap pendapatan yang bakal diperolehi pada masa depan kelak. Yang penting, apa yang diusahakan sekarang hanyalah suatu proses untuk menuju ke tahap pendapatan yang lebih tinggi.

Golongan yang gagal mendapat kerja sukakan kerja yang membawa pendapatan yang tinggi pada permulaan tanpa memikirkan peluang yang disusuli kemudian.  Mereka mengejar wang dan mereka tidak mengejar masa depan. Contohnya,  seorang agen insurans memulakan kerjayanya dengan pendapatan beberapa ratus sebulan. Setahun kemudian, dirinya dapat pendapatan lima angka sebulan.  Berbagai dengan pekerja kilang yang mendapat pendapatan satu ribu sebulan.  Tetapi, gaji masih kekal pada tahap tersebut setahun kemudian.

 

Persepsi keenam : Kerja ini tidak sesuai dengan saya

Kita mungkin jadikan pengalaman kerja yang lalu untuk menilai kebolehan dan kredibiliti diri.  Tidak ramai yang sanggup meneroka bidang baru dan mencuba sesuatu yang belum pernah mereka lakukan.  Kerja yang baru menjadi suatu yang asing kepada anda.  Bila masa berlalu, anda mungkin juga akan menyukai kerja tersebut.

Individu yang tidak mempunyai kerja sering menolak kerja yang mereka tidak suka.  Mereka kongkongkan dirinya dengan kerja yang mereka biasa lakukan sebelum ini.  Bila kerja yang seiras tidak ditemui, mereka akan mengalah dan tidak mahu bekerja.

 

Kesimpulan

Tidak ada kerja yang sentiasa terjamin.  Kerja yang membawa pendapatan lumayan mungkin akan akhirnya hilang disebabkan syarikat menggulung tikar.  Yang penting , kita terus mengekalkan sikap terbuka waktu mencari  kerja baru.  Jika seseorang  boleh melepaskan dirinya dari cengkaman persepsi negatif seperti yang disenaraikan di atas, mereka akan menemui kerja baru dengan mudah.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.