Projek Kumpulan Ibu Bapa Bestari (KIBB)

Pengenalan

Pembangunan dan kemajuan pelajar yang holistik melibatkan penyertaan guru, pelajar dan ibu bapa. Dengan adanya penglibatan semua pihak, pelajar akan mendapat perhatian yang menyeluruh bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di rumah. Usaha menyalurkan ilmu keibubapaan melalui KIBB di setiap peringkat, baik peringkat sekolah, daerah atau zon akan menggiatkan penyertaan ibu bapa dalam agenda pembangunan akademik mahupun sahsiah pelajar dan seterusnya membawa kepada transformasi generasi akan datang ke tahap yang lebih cemerlang.

Misi

  • Membina kesedaran ibu bapa tentang pentingnya kemajuan sikap dan akademik dalam hidup anak.
  • Menyuntik komitmen ibu bapa untuk meneruskan pembelajaran seumur hidup diri sendiri demi membangunkan masa depan anak
  • Membina kualiti keibubapaan cemerlang dengan menyalurkan teknik asuhan anak dan pendidikan rumah yang berkesan

Objektif

  1. Mendidik ilmu keibubapaan melalui program waktu malam /petang kepada ibu bapa
  2. Membina kumpulan ibu bapa yang saling berinteraksi dan saling membimbing sesama satu sama lain
  3. Membina ruang penghargaan dan pengiktirafan kepada ibu bapa cemerlang dan  menjadi model kepada ibu bapa lain
  4. Mendirikan skop dan peluang pembelajaran di kalangan ibu bapa dengan memperkenalkan berbagai modul dan tajuk asuhan anak dari berbagai saluran dan institusi pendidikan
  5. Mencetuskan suasana kecemerlangan di rumah untuk menyokong moral perjuangan anak

Tajuk pembelajaran

Tiga program asuhan keibubapaan asas (Foundation Class) yang telah dirangka untuk ibu bapa adalah seperti berikut:

  1. Kursus Asuhan Sikap Anak (2 Jam)
  2. Kursus Membina Anak Yang Berdaya Saing (2 Jam)
  3. Kursus EQ dan Emosi Anak (2 Jam)

Program boleh dikendalikan dalam tiga bahasa, BM. Mandarin dan Inggeris. Usaha untuk mempelbagaikan bahasa pengantar ke Bajau, Dusun dan sebagainya akan dijayakan dengan adanya penyertaan ibu bapa dalam pasukan petugas Pendidikan Rumah (Home Education Task Force)

Pengurusan Pembelajaran

Ibu bapa yang mendaftar dengan KIBB untuk menyertai kursus-kursus tersebut mendapat tajaan yuran penuh (Full Sponsor)  dan ini bermaksud peserta tidak perlu membayar yuran program , sebaliknya, hanya membayar kos pengurusan kursus sebanyak RM10 seorang per sessi kursus (Atas budi bicara penganjur). Wang kutipan RM10 ini akan dimasukkan ke dalam tabung penganjur, badan PIBG atau tabung sekolah dan diguna untuk tujuan pengurusan program seperti kos dewan , makan minum,  bahan kursus dan lain-lain. Adalah dicadangkan setiap tajuk diatas dikendalikan secara berkala (tiga kali setahun) untuk memberi peluang pembelajaran kepada lebih ramai ibu bapa di setiap daerah. Program  boleh dijalankan di dewan sekolah, rumah, balairaya mahupun hotel bergantung pada keadaan setempat.

Sijil Penyertaan

Setiap peserta yang melengkapkan semua tiga program di atas akan menerima sijil asas asuhan asas pendidikan rumah (Elementary Home Education). Peserta yang tamat  semua kursus asas tersebut juga diberi peluang untuk menjadi mentor program keibubapaan di daerah masing-masing.

Program Pembelajaran Lanjutan

Peserta yang telah melengkapkan pembelajaran tiga modul asas keibubapaan akan diberi peluang melanjutkan pembelajaran dalam enam lagi modul lanjutan keibubapaan cemerlang untuk mendapat pengiktirafan pendidikan rumah tahap kedua (Intermediate Level)  dan tahap tertinggi (Advance Level). Ibu bapa yang menamatkan sembilan modul keibubapaan akan menerima latihan Latihan Kejurulatihan / TTT (Trainer The Trainer).

Peserta kursus juga akan menerima bimbingan berterusan menerima”Whatsapp Group” yang bertemakan ”Biogenic Parenting”. Usaha memberi input berterusan melalui whatsapp membolehkan ibu bapa mengasahkan bakat dan kualiti keibubapaan ke tahap yang lebih cemerlang.

Kesimpulan

KIBB memainkan peranan ibarat maktab perguruan untuk ibu bapa untuk meningkatkan kualiti pendidikan rumah (Home Education) . Ia juga menjadi agen transformasi bangsa dan negara yang berkesan berteraskan agenda pembangunan sikap (Character Building). Adalah diharapkan KIBB akan dijayakan dengan kerrjasama sekolah, PIBG dan pemimpin masyarakat, NGO disetiap peringkat. Sebarang persoalan tentang KIBB boleh diajukan kepada Hilter Yew, Whatsapp/Wechat: 016-8785339 atau email : [email protected]

Hilter Yew , Pengasas BACA

Laman Web Peribadi : www.hilteryew.com

Laman Web BACA: www.baca.org.my

Face Book : Abang Suria

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive