Prinsip Kejayaan: Sumbangan yang bernilai

Kita hanya boleh mendapat ganjaran yang berkekalan jika sumbangan kita adalah bernilai tinggi. Adakah kita tahu apa yang orang hendakkan.  Bolehkan kita memenuhi keperluan mereka.  Kata Zig Ziglar, anda boleh dapat apa sahaja yang anda hasratkan dalam hidup jika anda berjaya membantu dengan seramainya orang memilki apa yang mereka mahu.”

 

Jelas sekali, insan yang penting dalam dunia sering mendapat sambutan ramai di mana sahaja mereka berada.  Mereka mendapat penghargaan dari majikan kerana tiada orang lain yang boleh menggantikan tempatnya.  Majikan sanggup meningkatkan gajinya demi mengekalkan pekerja yang penting.  Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, peluang anda untuk memanjat tangga hidup amatlah jelas.

 

Kita mungkin menyumbang sebegitu banyak sehingga ada rakan kerja menganggap kita hendak menggosok kasut majikan. Apa sahaja orang lain katakan, ia kembali pada kejujuran anda.  Kita mungkin juga merasa diri kita dianak tiri dan dipergunakan orang dengan ganjaran yang tidak setimpal dengan apa yang dikorbankan.  Kita juga boleh dianggap “gila” kerana sengaja menyibukkan diri dengan tugasan yang sebegitu berat.  Apa sahaja yang berlaku, adakah anda masih teruskan sumbangan anda.

 

Jika kita cuba melepaskan diri, merungut atau marah dengan suasana kerja yang berat dan susah, ini secara tidak langsung menggambarkan diri  kita tidak bersedia untuk menyumbang.  Teruskan perjuangan anda sehingga anda menemui peluang yang dapat membawa anda ke tahap kerjaya yang lebih tinggi.  Suatu hari, anda mampu berdikari dan menjadi usahawan sendiri.

 

Mereka yang banyak menyumbang kepada dunia membuatkan dunia berhutang dengannya.  Majlis pengebumian akan menjadi saksi yang terbaik samada anda dihargai atau sebaliknya.  Berapa orang yang sampai.  Apa yang mereka coretan pada batu nisan anda.  Siapakah yang sampai.  Adakah menteri kabinet hadir bersama.  Semua ini menandakan kemuliaan dan keagungan diri.

 

Contohnya: Seorang pengurus mahu pekerjanya mencapai prestasi kerja yang lebih tinggi sebelum dirinya membuat keputusan untuk menaikkan gaji.  Kita hendaklah buktikan keupayaan perkhidmatan yang unggul sebelum kita meminta syarikat menaikkan gaji.

 

Prinsipnya: Nilai manusia bagaikan mesin.  Mesin Automatik adalah lebih berharga dari mesin yang dioperasi secara tangan. Produktiviti da kualiti kerja adalah pengukur sumbangan anda.  Usahakan tugasan dengan penuh dedikasi.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.