Prinsip Kejayaan : Sepuluh Rukun Minda Kejayaan

Minda adalah penggerak kejayaan. Jika anda hendakkan kekayaan, kegembiraan, kebahagiaan, anda hendaklah mula mengolah kemantapan minda berteraskan rukun minda yang dikurniakan Tuhan. Maklumlah, kami semua adalah makhluk yang berorientasikan minda yang berdaya tinggi berbanding dengan binatang.  Minda kejayaan yang dapat diolah dan diurus dengan baik akan menjadikan diri kita seorang insan yang istimewa dan cemerlang. Jika kita perhatikan alam kita, peredaran musim juga  mengikut rukun semulajadi yang tersendiri.  Minda kita pula beroperasi mengikut rukun minda yang menyepadukan sepuluh elemen penting.  Jika tabiat hidup anda dibina sejajar dengan rukun minda, pasti anda akan berjaya.  Sebaliknya, jika kita melawan rukun minda, hidup anda akan penuh dengan konflik dan masalah.

 

Posting kami ini akan saya memperkenalkan sepuluh rukun minda kejayaan.  Semua rukun ini perlu anda faham dan kenali.

 

Rukun Minda Pertama  iaah tindakan keirasa.  Rukun ini menjelaskan dunia anda , prestasi anda sebenarnya adalah gambaran dunia dalaman anda.  Apa yang ada dalam diri anda akan mula menonjol menjadi suatu persepsi dunia luar.  Untuk mengubah dunia luar, anda perlulah terlebih dahulu mengubah dunia dalaman. Untuk membolehkan dunia luar anda berjaya ,  anda mestilah mengejar kejayaan dari dalaman. Ramai orang yang tidak berjaya terus berusaha kuat untuk megubah prestasi luar , sebaliknya dunia dalam penuh kkonflik danbercelaru. Bila anda mengubah fikiran anda , semua persekitaran akan berubah.  Anda akan menarik orang, peristiwa , peluang dan persekitaran kepada hidup anda .  Tukar pemikiran anda , dan anda akan mengubah corak hidup anda.

 

Rukun Minda Kedua ialah rukun keyakinan.  Rukun ini menyatakan apa sahaja yang anda rasa dan percaya  apa sahaja akan akhirnya menjadi kenyataan.  Bila anda masukkan perasaan dalam peristiwa yang anda percayai, harapan anda akan semakin menjadi benar pada diri anda.  Keyakinan dan kepercayaan membina dunia kita.  Rukun ini akan mula menyerlah bila Jiwa raga kita terus berhajat untuk berharmoni tanpa ketakutan. Dengan itu, kita akan melihat persekitaran dan menjelaskan setiap kejadian mengikut corak minda dalaman sendiri. Sebenarnya, minda yang gagal menghidupkan rukun ini akan membina blok dan rintangan sendiri.  Kita tidak nampak peluang dan kita anggap kononnya peluang tidak wujud. Hanya kalau kita membina semula keyakinan kita, apa sahaja masalah dan kegagalan yang anda hadapi akan berubah.  Tambahan lagi, setiap kita mempunyai naluri had diri.  Kita rasa diri mempunyai beberapa arena hidup yang terhalang dan tersekat.  Diri merasa keupayaan amat terhad.  Sebenarnya , had yang anda hadapai dalam kekayaan hanya wujud dalam pemikiran kita.  Maka, untuk membolehkan diri anda berjaya , anda perlu membuka semula had diri sendiri dan mellihat dunia dengan penuh harapan (Abaundance world)

 

 

Rukun Minda Ketiga: rukun hajat.  Rukun ini memberitahu kita jika seseorang  gagal merancang, beliau juga merancang untuk gagal.  Rancangan harian adalah suatu bentuk hajat yang anda bentukkan. Di samping itu, seseorang  yang tidak gembira , sakit dan resah, tidak dapat mengecapi hidup yang dihendakki kerana diri nya hidup berasaskan rukun hajat. Seperti kata James Alen, apa yang anda fikirkan adalah siapa anda sebenarnya. Fikirkan yang baik dan yang terbaik akan datang dalam hidup kita.

 

Rukun Minda Keempat, rukun tindakan dan tindakbalas .  Rukun ini menyatakan setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup mesti mempunyai punca yang tertentu.  Begitu juga, setiap perkara yang terjadi dalam alam sejagat juga mempunyai sebab yang tertentu.  Tidak ada suatu hal yang berlaku secara mengejud tanpa sebab dan penyumbangnya.  Dalam hidup seharian kita, minda kita adalah punca semua kejadian dan persekitaran adalah akibat.  Untuk mengubah corak persekitaran, kita hendaklah mengubah corak pemikiran  dan sikap tentang persekitaran tersebut.  Hanya satu perkara yang boleh anda kawal,  iaitu pemikiran anda. Jika anda olahkan apa yang anda hajatkan dan hadapinya dengan positif, persekitaran anda akan turut berubah. Setiap akibat yang anda hendakkan akan berbuah mengikut rukun tindakan dan tindakbalas.

 

 

Rukun Minda Kelima ialah Rukun Jangkaan.  Apa yang anda ramalkan dan percaya, ia akan menjadi kenyataan walaupun apa yang anda hendakkan bukan semestinya apa yang anda mahu , tapi  adalah apa yang anda jangkaan. Selagi anda memberi jangkaan yang positif dan percaya semua aspek kehidupan akan berjalan dengan baik dan lancar,  anda pasti akan berjaya melakukannya tanpa sebarang masalah dan penghalang. Sebaliknya,  jika anda jangkakan penghalang dan masalah, semua masalah pasti akan berlaku. Semua individu yang berjaya mempunyai sikap yang penuh keyakinan, mereka yakin perkara yang baik pasti akan berlaku.  Sikap jangkaan diri yang positif ini juga dikenali sebagai minda juara. Sebelum sesuatu berlangsung, dirinya sudah percaya belau akan menang dan terus kekalkan persepsi ini dalam minda.  Selagi anda jangkakan secara positif , anda tetap akan perolehinya biarpun maklumat yang anda miliki adalah salah. Dalam hidup kita , ibu bapa mempunyai jangkaan terhadap kita, majikan mempunyai jangkaan terhadap kita, kita juga mempunyai jangkaan terhadap orang lain , terhadap jodoh hidup, rakan sepejuangan dan diri sendiri. Kesemua jangkaan dan  permintaan ini mempunyai pengauh yang besar terhadap kegembiraan dan kebahagiaan hidup anda.  Jika anda mempunyai persepsi diri yang positif dan tinggi, maka cakapkan dengan diri sendiri “saya percaya sesuatu yang baik akan berlaku dalam hidup saya hari ini.”. Ulangi pesanan ini berkali-kali setiap pagi.  Latihan ini akan mempengaruhi keseluruhan sikap diri agar hidup seharian anda penuh dengan keyakinan dan jangkaan positif.

 

Rukun Minda Keenam dikenali sebagai Rukun Kawalan.  Rukun ini memberitahu jika kita merasa baik dan mempunyai tanggapan positif terhadap diri sendiri , anda akan mula merasa keupayaan diri untuk mengawal destinasi hidup diri sendiri.  Sebaliknya,  jika anda rasakan diri tidak baik dan lemah, anda akan bersikap negatif dengan diri sendiri ; dan anda akan mula kehilangan kuasa untuk mengawal hidup diri sendiri.  Kawalan diri terbahagi kepada kawalan dalaman dan luaran.  Kawalan dalaman bermaksud anda boleh bertanggungjawab terhadap hidup, perasaan dan harapan sendiri.  Kawalan luar pula bermaksud anda izinkan persekitaran mengawal hidup anda, contohnya: anda izinkan pagar mengawal keselamatan hidup anda.  Kawalan dalaman diri bermula dari pemikiran.  Pemikiran anda mengawal perasaan anda .  Perasaan anda mengawal tindakan anda dan tindakan anda mengawal samada kejayaan anda.

 

Rukun Minda Ketujuh ialah rukun penarikan.  Ia menjelaskan bahawa setiap orang diibaratkan sebagai sebagai magnet.  Kita akan menarik semua peristiwa dan orang kepada hidup anda . Selagi anda menumpukan pemikiran pengesahan diri sesuatu yang anda hendakkan, anda akan mula mengelakkan diri  dari peristiwa yang anda tidak hendakkan. Rukun ini membolehkan semua apa yang anda hajatkan hadir dalam hidup anda tanpa anda jangka. Anda mula merasa keajaiban hidup (miracle of life) anda anda mula memahami formula yang membuatkan orang yang kaya bertambah kaya

 

Rukun Minda Kelapan ialah Rukun Peneutralan. Minda kita akan agen pembasmi fikiran negatif. Ia ibarat air jerneh yang kita masukkan dalam baldi yang mempunyai air racunn. Semakin banyak air jernih yang kita masukkan, semakin tawar air racun tersebut. Sampai suatu ketika, anda tidak akan merasa keracunan kerana tahap ketumpatannya telah mengurang. Fikiran yang diolah secara positif dengan membaca  dan menghayati ilmu motivasi secara berterusan akan menawarkan semua kekusutan minda.

 

Rukun Minda Kesembilan ialah Rukun Penampilan. Apa yang anda fikirkan, biarpaun ia tidak benar, mustahli dan bercanggahan dengan logik, akan akhirnya mula menjelma mengikut cara yang tersendiri.  Ini ibarat seorang yang miskin memakai baju yang cantik, makan di tempat yang berkelas akan mula diterima oleh orang lain sebagai orang kaya yang sebenarnya. Ini kerana minda kita tidak dapat menilai kebenaran apa yang kita masukkan dalam fikiran dan ia akan terus memproses idea tersebut sehingga ia menjadi suatu yang dianggap benar untuk diri sendiri. Akhirnya, yang tidak benar akan mula memberi laluan untuk anda mendapat apa yang bukan hak anda.

 

Rukun Minda Kesepuluh ialah Rukun Kenangan: Apa yang anda pernah fikirkan dan hadapi dalam hidup akan terus menjadi suatu titik yang berwarna dalam hidup. Anda akan terus mengenang peristiwa tersebut dan menjadikan ia suatu ukuran untuk tindakan dan penilaian masa depan anda. Akibatnya, anda akan mula mengelakkan dari ukuran lain yang lebih cocok dengan keputusan seharian anda. Proses menyepadukan amalan kejayaan adalah suatu kredit yang bakal memperkayakan kecemerlangan hidup anda.

 

Kesimpulan

Insan yang mengenal dan dapat menyepadukan semua rukun minda kejayaan yang tersebut di atas akan dapati dirinya mendekati alam kejayaan  (baik  kewangan  agama, sosial, mental , keluaga) dengan lebih mantap berbanding dengan insan yang tidak mengenal rukun minda.  Hidup kita adalah ibarat mesin yang disertakan dengan panduan penggunaan (Operation Guide). Kesemua rukun minda kejayaan di atas adalah rukun minda insan yang mahu berjaya dalam hidup

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.