Prinsip Kejayaan : Perjuangan yang belum tamat

Ramai dari kita telah pernah gagal dalam berbagai bidang sehingga ada yang takut untuk meneruskan perjuangan. Kita mungkin merasa bahawa diri kita tidak mempunyai kemampuan, kita juga mungkin akan mula curiga dengan peluang yang ditawarkan. Tetapi yang lebih penting, kita mungkin tidak akan mencuba lagi. Selagi kita telah mengalah, kita akan terus hidup dalam skop hidup yang terbantut.  Kita mula menolak peluang, kita juga akan memberi alasan untuk menarik diri bila diri kita berhadapan dengan kegagalan.

 

Pada hakikatnya diri kita boleh menyelamat diri sendiri dengan terus berjuang biarpun kita gagal pada permulaan. Kesungguhan untuk belajar dari kesilapan dan kegagalan adalah suatu kemuliaan. Kita menjadi lebih matang dan dapat memikul tugas yang lebih berat kelak.

 

Berikut ini menyenaraikan bebarapa cara kita memotivasikan diri waktu dalam kegagalan:

 

Pertama : Yang terbaik akan datang

Tuhan  tidak akan turunkan kekayaan kepada insan yang gagal mengharungi cabaran. Jika kita mulah mengalah bila berhadapan dengan masalah dan cabaran, kita akan hilang berbagai peluang.

 

Kedua: Terima kasih pada semua kesilapan anda

Setiap kegagalan mempunyai ilmu yang tersirat. Semakin banyak kegagalan, semakin kita mampu memikul tugas yang lebih besar. Ini kerana kegagalan memberi panduan  hidup yang paling berharga.

 

Ketiga : Mencari peluang di sebalik kegagalan

Setiap keburukan juga membawa bersama kebaikan yang sejajar. Kita perlu bijak mengatur hidup agar dapat menimpa kebaikan tersebut.

 

Kesimpulan

Insan yang mempunyai kesungguhan untuk meneruskan perjuangan pasti akan mencapai harapannya. Genggam bara api, biar sampai jadi arang.