Prinsip Kejayaan Pelajar: Teknik pembelajaran pantas

Kita telah difahamkan kebanyakan manusia hanya menggunakan sepuluh peratus dari potensi sebenar dirinya. Ahli Sains mendapati Thomas Edison hanya menggunakan tidak sampai lima belas peratus dari potensi minda dalam hayatnya.  Potensi minda yang tersembunyi adalah suatu turutan idea atau pemikiran.  Ia adalah daya yang menggerakkan sel-sel otak.  Bagaimana caranya untuk meningkatkan kusa otak besar dan meningkatkan kesan pembelajaran anda adalah dirangkupi dalam tajuk pembelajaran pantas.

Pertama, kecerdasan bukan digambarkan oleh tahap kepintaran. Kecerdasan ialah hasil dari perbezaan pemikiran dan tindakan seseorang.  Kecerdasan adalah hasil dari usaha yang bertubi-tubi.  Kederdasan boleh ditingkatkan dengan cara latihan berbagai cara.

Selain itu, kecerdasan juga dikaitkan dengan konsep diri. Anda mungkin fikirkan diri anda lebih pintar dari apa yang anda jangkakan. Sebenarnya, daya pembelajaran anda boleh dilatih dan ditingkatkan. Anda boleh belajar cara bagaimana anda belajar. Anda boleh belajar cara menguasai semua apa yang anda hendak belajar.  Semakin banyak anda belajar, semakin tinggi daya pembelajaran anda.

Ketiga, pembelajaran juga berkait rapat dengan usia hayat seseorang. Semakin panjang masa anda peruntukkan untuk tujuan pembelajaran, semakin ceria dan tenang hidup anda. Anda menjadi semakin cergas dan semakin sihat.  Jadi, untuk meningkatkan daya pembelajaran, anda hendaklah belajar cara pembelajaran yang betul.

Pakar psikologi Bulgaria, Welchou Rouf mengusulkan daya pembelajaran agung; juga disebut sebagai daya pembelajaran pantas. Ia memperkenalkan cara menerima kuantiti maklumat yang besar dalam masa yang singkat.  Beliau mendapati otak besar manusia terdiri dari dua bahagian semi-sfera.  Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai peranan yang berbeza.  Seseorang yang mempunyai daya pembelajaran besar dapat menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan berkesan. Kedua-dua bahagian ini diseimbangkan oleh unsur kelabu.  Pada masa yang sama, kedua-dua hemi-sphera ini mempunyai peranan pemikiran yang berbeza. Otak kiri sangat pentingkan perkataan dan struktur ayat. Maka ia akan berfikir dengan turutan percakapan.  Otak sebelah kanan pula pentingkan gambar dan seni. Maka, ia perlukan lukisan untuk mencetuskan daya pemikiran maksima.  Otak kiri bersifat analisis dan otak kanan pula bersifat menyeluruh.  Otak kiri sangat mementingkan realistik dan kenyataan, hasil pemikiran memberi kesan yang praktikal.  Otak kanan pula mementingkan persepsi semasa. Persepsi adalah sidokong oleh emosi dan perasaan. Otak kiri hanya uruskan hal yang bersifat hakiki, suatu yang boleh dikira, dirasa dan dikesan.  Otak kanan pula cenderung pada pemikiran yang abstrak , ia bertanggungjawab terhadapbidang seni, sains dan ideologi falsafah. Kedua-dua otak ini hendaklah diselaras dengan berkesn untuk meningkatkan kuasa minda seseorang .

Bila seseorang mengoperasikan otaknya dalam frekunsi minda yang berbeza, kesan pembelajaran juga berbeza. Otak besar beroperasi dalam empat tahap frekunsi. Tahap pertama dikenal sebagai beta, ia beroperasi pada kadar frekunsi 14 kitar sekolah sesaat.  Ia adalah tahap minda seseorang  pada waktu biasa.  Bila emosi menjadi tegang dan cergas, kadar minda akan meningkatkan.  Tahap ini merupakan pembelajaran yang paling lemah.  Tahap minda kedua dipanggil alfa, ia beroperasi pada kadar 8 ke 13 kitar sesaat.  Peringkat ini wujud pada saat anda melegakan diri. Seterusnya dipanggil Seta. Tahap minda seta beroperasi pada kadar lima ke tujuh kitar sesaat. Ia wujud pada saat kita hendak melelapkan mata untuk tidur.  Tahap frekunsi minda yang terakhir dipanggil delta. Ia beroperasi pada kadar 0.5 ke 4 kitar sesaat. Tahap minda di bawah o.5 kitar sesaat tidak lagi menampung nyawa seseorang. Benna Rof berpendapat, peringkat minda antara alfa dan beta amatlah sesuai untuk pembelajaran. Beliau juga menggunakan musik untuk membantu seseorang  masuk zon alfa dan seta.  Musik juga membolehkan otak kiri dan otak kanan berfungsi serentak dan meningkatkan keberkesanan seseorang  belajar. Cara pembelajaran ini telah diuji pada sekumpulan pelajar yang mengambil kursusnya. Beliau menggunakan teknik musik untuk membantu semua peserta kursus mengingat 98% dari kuliah pertamanya setelah 6 minggu berlalu. Malah setelah enam bulan, ujian menunjukkan mereka masih mengingati 69% dari isi kandungan kuliahnya.  Kajian juga menunjukkan kadar pembelajaran otak besar adalah bersifat infinitif.  Bagaimana boleh meningkatkan kadar pembelajaran anda? pertama , tetapkan skop pembelajaran yang anda hendakkan.  Amat sukar untuk anda belajar sesuatu yang anda tidak minati. Mengesahkan tajuk yang anda belajar amatlah penting. Kedua , anda perlu mempunyai hajat belajar yang besar.  Anda perlu mempunyai kemahuan untuk mengetahui sesuatu mata pelajaran. Jika anda belajar kerana permintaan orang lain , amat sukar untuk anda menguasainya. Ketiga , amatlah digalakkan anda belajar sambil mendengar musik klasik, betoven atau suara ombak. Ini kerana musik-musik ini meningkatkan kadar operasi otak besar.  keempat , lakukan ulangkaji pada jangka masa yang berkala.  Ulangkaji yang dilakukan secara berkala akan meningkatkan kadar ingatan seseorang . kelima, semakin banyak masa yang anda peruntukkan untuk mengulangkaji, semakin banyak yang anda perolehi.  Untuk anda belajar cara memperlajari sesuatu, anda perlukan latihan yang praktikal dan berterusan dengan hati yang bersungguh-sungguh.  Keenam, sentiasa memperbaharui memperbagaikan cara pembelajaran dan merasa sesuatu dengan cara yang berlainan. Setiap pedekatan yang berbeza akan meningkatkan kadar pembelajaran.  Anda perlu dedahkan diri dengan cabaran dan tekanan yang berbeza.  Ketujuh, fahami kadar penumpuan minda diri sendiri. Jangan peruntukkan masa yang terlalu panjang untuk membaca atau belajar sesuatu.  Bahagikan masa secara berperingkat .  Ini akan memperbanyakkan kaedah ulangkaji seterusnya meningkatkan kadar pembelajaran. Anda mestilah ingat, apa yang anda muatkan dalam minda anda akan mempengaruhi masa depan anda. Bila anda amalkan semua apa yang telah anda belajar, anda akan dapat mengubah peristiwa di sekitar anda.  Jika anda hendak dapat keuntungan yang lebih besar, anda juga perlu belajar dengan lebih banyak.  Jika anda hendakkan kegembiraan dan kebahagiaan, anda juga perlu tingatkan pembelajaran.  Jika anda tidak mahu pendamkan potensi diri, anda perlu belajar dengan banyak. Baca buku yang berkaitan setiap ketika. Anda juga perlu menguasai cara belajar yang berkesan. Sampai suatu ketika, anda akan terkejut dengan kuasa potensi minda yang diterokai oleh diri anda sendiri.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive