Prinsip Kejayaan : Olahan Minda Bawah Sedar

Rouf menggunakan kuasa pengesahan diri untuk meningkatkan kadar pembelajaran. Cara ini dikenal sebagai Teknik pembelajaran Minda Separa Sedar.  Kita boleh gunakan cara pembelajaran ini untuk memprogramkan semula Minda Separa Sedar kita.  Ia akan menolong kita membina sistem kepercayaan baru, keyakinan dan keberanian.  Jika kita memikirkan sesuatu uidea atau konsep dalam masa minda anda bertenang dan berehat,  kita akan dapat menerima idea atau konsep tersebut secara menyeluruh serta bertindak mengikut apa yang difikirkan.  Dengan erti kata lain, proses pembelajaran perlulah lega dan tiada ketegangan sama sekali.  Jika anda berhajat hendak menjadi lebih bersemangat, lebih berjaya dan lebih tekun; anda mestilah mula memprogramkan semula corak minda anda. Ini akan membantu anda mempersepadukan konsep diri dan keyakinan anda dengan persekitaran dan kejadian luar.  Bagaimana hendak mencapai jiwa raga yang lega tanpa tekanan? Salah satu cara ialah dengan memikir secara meditasi. Izinkan diri pejamkan mata anda dan tarik nafas dengan panjang. Legakan diri dan turunkan frekunsi minda ke tahap alfa. Sebenarnya, meditasi ialah suatu proses pemikiran yang bersistem.  Pemikiran bermeditasi adalah suatu kegiatan yang amat bermanfaat kepada kesihatan.  Ia membolehkan badan anda berehat secara menyeluruh, mengubahsuai keperibadian anda, menjadikan diri anda lebih matang dan meningkatkan keyakinan.  Ia juga meningkatkan kadar penghadaman.  Berpandukan proses pemikiran bermeditasi, anda akan menguasai potensi diri yang lebih besar.  Berpandukan rakaman pengesahan diri ialah suatu proses melegakan diri dengan menggunakan musik secara beransur-ansur.  Rakamkan matlamat hidup anda bersama musik. Dengar kaset rakaman ini berulangkali dengan jiwa yang tenang. Matlamat anda akan diserap bersama musik ke dalam Minda Separa Sedar. 

Dalam usaha merakam matlamat hidup anda dengan kaset, anda perlu mengambil berat beberapa perkara berikut:

Pertama :Ia adalah satu cara melegakan diri dengan menggunakan musik. Legakan setiap bahagian otot badan mengikut turutan sebagaimana yang diarahkan.

Kedua : Sikap minda heterogenik. Anggapkan seseorang  sedang bercakap dengan diri sendiri.  Suara rakaman anda hendaklah menggunakan perkataan “anda”. Contohnya,  anda boleh rakamkan “anda sayang pengesahan diri diri anda.”

Ketiga: Teknik rakaman pengesahan diri ini amatkah penting kepada kesihatan diri.   Ia menjadikan mental seseorang  ceria dan gembira.  Ia lebih baik dari tidur atau baringkan diri.

Keempat, anda perlu dengar dua kali sehari.  Sebaik-baiknya masa perut kosong.  Sekali pada waktu pagi sebelum bersarapan dan sekali lagi waktu sebelum makan malam di rumah.  Kelima , Anda hendaklah mencari musik yang melenakan dan menyegarkan.  Anda boleh gunakan musik klasikal, musik ombak dan sebagainya. Tapi, jangan gunakan musik yang berlagu. Keenam  anda hendak lah duduk dengan tegak , pejamkan mata dan letakkan kedua-dua tangan di atas paha dan bukakan paha sedikit.  Tarik nafas yang panjang dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada kandungan kaset.  Kelapan , jangan ada gangguan persekitaran waktu mendengar kaset.  Semua gangguan ini akan menyekat minda dari memasuki tahap alfa. Jangan mendengar kaset selepas makan atau minum. Kelapan , amalkan tabiat mendengar kaset rakaman berulang kali secara berdisiplin.  Kebanyakan orang gagal dalam aspek ini dan tidak berkeupayaan melakukann secara berterusan. Sudah pasti,  kesannya juga tidak dicapai. Kesembilan , anda boleh rakamkan antara sepuluh ke lima belas matlamat hidup dalam kaset anda. Setiap matlamat hidup hendaklah disebut dengan ayat pengesahan diri yang positif dan bersifat sekarang.  Ke sepuluh , setiap ayat hendaklah dimulakan dengan kata-kata, “memang benar, saya setuju” atau anda boleh berkata, “Ya, adalah benar”.  Ini akan menguatkan kesan pengesahan diri dalam Minda Separa Sedar. Ke sebelas , ulangi proses ini berterusan dengan kaset rakaman matlamat hidup anda sendiri.  Gunakan teknik rakaman pengesahan diri dan bertindak sejajar dengannya. Apa sahaja matlamat hidup yang anda hajatkan , anda boleh mencapainya.  Dengan menggunakan teknik rakaman pengesahan diri ini, anda akan dapati perubahan hidup dalam masa yang singkat sekali.  Produktiviti meningkat , kesihatan semakin baik dan perasaan anda akan berubah. Dengan rakaman mengesahkan setiap matlamat hidup , Setiap satu akan dicapai. Memang , ia tidak berkesan kepada saya, tetapi ia berkesan kepada anda, ini kerana ia adalah ”hajat anda”

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive