Prinsip Kejayaan : Nilai dan kepercayaan diri

Nilai diri merupakan suatu kepercayaan yang anda rasakan selesa dan berpatutan.  Contohnya, anda rasa marah bila kawan anda membunuh anaknya didepan anda. Nilai tersebut adalah bertentangan dengan diri anda. Usaha untuk mengembangkan nilai diri ke arah keunggulan dan kejayaan merupakan suatu proses seumur hidup kerana ia tidak mempunyai had maksima.  Selagi maju dan hebatnya seseorang , selagi itu ruang masih ada untuk meneroka dan berubah.

Usaha meningkatkan kualiti diri hendaklah menempuh blok kejayaan yang pertama, “Hancurkan blok minda” dan seterusnya mencapai “Zon keselesaan”.  Setiap yang baru dan belum berakar umbi dalam diri anda pasti akan membawa perasaan tidak selesa dan tekanan.  Manusia yang mahu maju hendaklah menerima proses tersebut dengan tabah. Strategi melepaskan blok minda memerlukan daya imaginasi diri yang kuat.  Fikirkan sesuatu yang benar-benar anda hendakkan tanpa memberi alasan samada anda dapat mencapainya atau tidak.  Tuliskan harapan dan cita-cita tersebut pada kertas  dan hayati impian tersebut setiap hari.

Ingat pepatah Inggeris, “Insan yang berjaya melakukan sesuatu yang orang gagal takut untuk buat”.  Apa yang dimaksudkan ialah mereka sedia menerokai bidang yang baru dan berisiko.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive