Prinsip Kejayaan : Modifikasi Konsep Diri

Kami pernah belajar, perubahan konsep diri merupakan pendekatan Pertama dalam usaha mengubah corak hidup anda.  Terdapat tiga komponen yang membentuk konsep diri , iaitu impian diri, imej diri dan nilai diri. Impian diri merujuk pada orang yang anda hasratkan hendak menjadi, ia merupakan dasar keperibadian diri anda. Ia menentukan corak pemikiran, sikap dan percakapan seharian.  Imej diri pula merujuk pada cara anda melayan dan melihat diri sendiri.  Jika anda mengaitkan imej diri dengan impian hidup , anda pasti mempunyai nilai diri yang lebih tinggi.  Sebaliknya, jika anda rasa diri anda tidak boleh mencapai imej diri yang dihasratkan, nilai diri anda menjadi amat rendah.  Maka, amatlah penting untuk anda membuat penetapan apakah corak imej diri yang anda hendakkan.  Untuk mencapai imej diri sebagaimana yang anda impiankan, anda perlukan konsep diri yang bersesuaian.  Anda perlu tahu apa yang anda hendakkan secara berkobar-kobar dan seterusnya anda akan mengubah corak pemikiran anda.  Ini seterusnya akan membaharui diri anda.

Kedua, mula bayangkan diri anda sebagai orang yang anda impiankan.  Bayangkan diri anda sebagai seorang yang peramah dan mempunyai kesabaran. Ukirkan diri anda yang sempurna.  Rukun penonjolan bermaksud setiap corak pemikiran yang dominan akan akhirnya menonjol sebagai suatu kenyataan hidup. Jika anda terus amalkan pemikiran sedemikian, anda akan dapati diri menjadi seorang yang dinamik dan baru.

Ketiga, amalkan imaginasi. Jadikan semua pemikiran dalam hati sebagai suatu gambaran berturut.  Anda boleh mengubahsuai dan mencorakkan minda separa sedar sendiri.  Setiap kali anda menggambarkan turutan pemikiran anda dalam bentuk imaginasi, anda menumpukan minda pada sesuatu yang anda hasratkan. Bila anda menutup mata dan bayangkan sesuatu yang hasrta hendak menjadi, minda separa sedar tidak akan menolak atau menilai gambaran mana yang sebenar berlaku dalam hidup dan gambaran mana hanya suatu hajat hati.  Imaginasi membantu anda membentuk gambaran minda yang bersiri untuk membantu perubahan mentaliti.

Keempat , pengesahan diri.  Gunakan kata-kata dinamik dan berkuasa untuk mencorakkan minda separa sedar.  Pengesahan diri perlu gunakan ayat yang bersifat peribadi , bersifat sekarang dan bersifat positif untuk mengaitkan diri anda dan kepercayaan anda.  Pertama , Sifat peribadi. Ini bermaksud setiap kata-kata pengesahan hendaklah menggunakan perkataan “saya”. Bila anda katakan “saya suka diri saya”, ayat ini akan terus masuk ke dalam minda separa sedar anda.  Seterusnya, kata-kata pengesahan perlu bersifat positif.  Ini kerana minda separa sedar akan menapis ayat-ayat yang negatif dan hanya menyalurkan ayat yang positif.  Bila anda katakan, saya bertanggungjawab, anda pasti akan merasa kesan ayat ini dalam minda separa sedar.  Anda juga akan merasa kesan perasaan dari sebutan tadi.  Ketiga , bersifat sekarang.  Luahkan kata-kata pengesahan yang bersifat sekarang kerana minda separa sedar hanya sedia menerima ayat yang bersifat sekarang.   Anda boleh gunakan kad kecil untuk mencatatkan semua kata-kata pengesahan dan baca berulang-kali setiap hari.

Akhirnya, waktu anda praktiskan kata-kata pengesahan , pastikan tindakan dan percakapan anda sejajar dengan kata-kata pengesahan tersebut.  Apa yang anda lakukan hendaklah seiras dengan apa yang anda sebutkan secara peribadi.

Kelima , pendekatan suara.  Gunakan suara yang kuat untuk menyebut kata-kata pengesahan.  Anda boleh sebutkan dengan nada biasa.  Tetapi , jika anda boleh sebutkanb dengan suara yang kuat dan penuh semangat, pasti kuasa pengesahan diri akan meningkat pada tahap 80%. Anda boleh praktiskan ini di depan cermin dan anda boleh nampak imej diri sendiri. Gabungan gambaran wajah diri depan cermin, suara dan semangat pasti akan memaksa pengesahan diri masuk dalam minda separa sedar.

Keenam, pendekatan andaian.  Andaikan sesuatu perasaan dan emosi yang dihendakkan.  Semua perasaan dan emosi yang bersifat palsu akan mendorong anda menghidupkan sebagai kenyataan melalui tindakan seharian anda.  Sebelum anda bertindak, andakan anda sudah memiliki perasaan yang tersebut.  Tindakan ini pasti akan membawa emosi yang berkobar-kobar dan menghasilkan perasaan yang sebenar. Anda boleh jadikan  tindakan anda sebagai pencetus perasaan anda.  Kita sebutkan keadaan ini sebagai suatu yang berpura-pura. Perbuatan palsukan diri sebagai seorang yang mulia, yang berani, mempunyai keyakinan – terus berpura-pura sehingga anda memilikinya.

Keempat pendekatan ini , iaitu imaginasi, pengesahan diri , pendekatan suara dan pendekatan andaian merupakan syarat asas mengubah keperibadian diri.

Imaginasi menghendakkan anda menayangkan gambaran imej diri yang dihasratkan terus tercoret pada layar minda anda sehingga minda separa sedar menerimanya berdasarkan pengalaman sebenar.

Pengesahan diri pula menghendakkan anda menggunakan ayat yang dinamik dan positif untuk bercakap dengan diri sendiri. Jangan sekali anda katakan, saya ragui, saya takut, saya sedih.  Anda perlu berkata, saya boleh buat, saya percaya dapat melakukannya. Ini pasti akan meningkatkan kepercayaan diri dan nilai diri.

Pendekatan suara, sebutkan dengan suara yang kuat.  Pasti apa yang anda sebut mempunyai kaitan dengan tindakan seharian.

Pendekatan andaian. Berpura-pura anda sudah berjaya mencapai apa yang dihasratkan. Berpura-pura anda menjadi orang berjaya yang anda hasrtakan.  Terus berpura-pura sehingga anda memilikinya.

Ingat , ini adalah suatu rukun yang hakiki dan tidak akan berubah; diibaratkan matahari yang terbit dan mucul setiap hari.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.