Prinsip Kejayaan Minda

Menurut pakar psikologi, setiap orang mempunyai minda sedar dan minda bawah sedar, masing-masing memainkan peranan yang berbeza.  Minda Sedar mempunyai beberapa kualiti asas.  Ia membina landasan lojik – baik  atau buruk, mahu atau tidak mahu. Ia juga memberikan persepsi yang asasi – panas atau sejuk, besar atau kecil. Ia adalah hasil dari model pemikiran yang bersifat penilaian berdasarkan kefahaman dan pengalaman lalu. Ia juga mempunyai kuasa pengesan yang tinggi – untuk analisis dan membuktikan kesahihan sesuatu kenyataan.

 

Secara amnya, minda Sedar mempunyai empat peranan utama.

 

Pertama, Minda Sedar mengesahkan maklumat yang diterima oleh sistem deria badan.

 

Kedua , Minda Sedar membandingkan maklumat yang diterima.

 

Ketiga , Minda Sedar menganaslisis keadaan semasa dan akhir seklai, Minda Sedar membuat keputusan.

 

Minda Sedar hanya boleh beroperasi pada satu keadaan pemikiran setiap ketika. Ia hanya boleh mempunyai satu bentuk perasaan.

 

Sebaliknya, minda Separa Sedar ialah suatu bank data yang besar.  Tugasnya ialah untuk mengumpul dan menyimpan maklumat .

 

Pendek kata, minda Sedar ialah pusat memberi arahan dan Minda Separa Sedar ialah pusat menerima arahan. Minda Separa Sedar tidak mempunyai daya pemikiran atau penilaian, ia hanya mempunyai kuasa ingatan sahaja. Berbeza dengan minda bawa sedar, Minda Sedar tidak mempunyai daya ingatan. Minda Sedar hanya boleh berfikir.  Minda Sedar hanya boleh mengolah satu bentuk pemikiran pada setiap ketika,  sebaliknya  Minda Separa Sedar boleh menyimpan  mengumpul berjuta-juta maklumat.  Minda Sedar bagaikan seorang pekebun bunga. Beliau menanam benih di taman Minda Separa Sedar . Biarpun apa benih yang disemai, Minda Separa Sedar tetap memastikan benih tersebut akan bercambah dengan baik.

 

Konsep diri merupakan suatu reaksi semulajadi Minda Separa Sedar.  Konsep diri meliputi semua pengalaman dan cara anda bertindak terhadap setiap peristiwa lalu.  Bila suatu peristiwa baru wujud, Minda Separa Sedar akan mula mengesan corak peristiwa lalu yang seiras dan membuatkan anda bertindak mengikut cara yang lalu.  Jika anda tidak mempunyai pengalaman yang sejajar, minda sedar anda tidak akan mempunyai idea yang hakiki untuk menguruskan keputusan dan tindakan.

 

Rukun operasi Minda Separa Sedar menyatakan ”Apa sahaja bentuk benih yang anda semaikan , ia akan berbuah dengan cepat dan menjadi kenyataan dalam hidup seharian anda. ”

 

Cara mengolah minda bawah sedar anda

Prinsip pertama olahan minda ialah kuasa penumpuan. Ia bermaksud apa sahaja yang anda fokuskan dalam pemikiran anda,  kuasa pemikiran tersebut akan terus bertambah. Jika anda izinkan Minda Sedar menjelma dalam bentuk Minda Separa Sedar, tindakan anda akan tercetus pada suatu haluan yang nyata.  Hidup anda akan menarik semua peristiwa, individu dan persekitaran yang sejajar dengan pemikiran anda.

 

Prinsip kedua ialah prinsip penggantian berasaskan hakikat bahawa minda kita hanya beroperasi mengikut satu ragam pemikiran setiap masa.  Jika anda hendak hapuskan suatu bentuk pemikiran, maka anda hendaklah menggantkannya dengan suatu pemikiran yang anda hajatkan.  Tumpukan pemikiran anda pada harapan anda dan ketakutan anda akan hilang.  Anda akan peruntukkan masa yang minima untuk memikirkan peristiwa yang anda tidak suka.  Individu yang berjaya sentiasa memikirkan gambaran berjaya, individu yang gagal pula sentiasa memikirkan kesempitan, takut dan kegagalan.

Jika anda boleh gunakan semua rukun minda ini untuk mencorakkan gambaran positif , ia akan memastikan kejayaan anda.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.