Prinsip Kejayaan : Menyelesaikan Masalah Dengan Kreativiti Minda

Dalam dunia ini, ramai individu yang lulusan universiti tidak mempunyai kerja, tetapi ramai juga individu yang tidak lulus sekolah menengah menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ini kerana kepintaran dan kepandaian seseorang  adalah ditentukan oleh tindakan dan bukan akademik.  Saya dapati, ada empat syarat yang penting untuk seseorang  menjadi seorang genius.

Kunci pertama ialah mempunyai matlamat yang nyata dan jelas.  Ramai orang gagal kerana mereka tidak tahu haluan sebenar yang hendak dituju.  Selain itu, seseorang  hendakalh tahu punca masalah yang sebenar dan dapat membezakan setiap masalah yang terlantar antara diri anda sekarang dengan matlamat hidup anda.

 

Tambahan lagi, seseorang  juga hendaklah mempunyai kefahaman yang jelas tentang akibat yang beliau hajatkan.

 

Kedua, daya mengfokus.  Setiap orang yang dikenal genius akan menumpukan perhatian pada perkara yang paling penting dalam hidupnya.  Semakin tinggi penumpuan anda, semakin dapat anda salurkan kepintaran dan kepandaian anda pada masalah anda dan membolehkan anda mencapai matlamat hidup anda .

Ketiga, kekalkan jiwa raga yang luas dan terbuka.  Individu yang berjaya mempunyai hati yang terbuka. Mereka sedia mencuba apa cara sekalipun untuk menyelesaikan masalah. Mereka tidak akan terpikat oleh andaian dan keraguan diri. Sebaliknya,  mereka akan menanya :mengapa , Mereka juga akan bertanya, “adakah mana-mana telah salah dan kami tidak sedar?”

Kunci keempat seorang genius ialah mereka mempunyai suatu sistem penyelesaian masalah serta mengatur cara pemikiran yang teratur.

 

Terdapat tiga cara pemikiran kreativiti yang boleh anda gunakan untuk anda gunakan daya penumpuan minda bagi mengatasi masalah hidup anda, dan ini akan menolong anda mencapai matlamat hidup tanpa sebarang penghalang.

 

Cara yang pertama ialah seni cetusan minda (brainstorming). Ia juga disebut teknik pemikiran idea.  Gunakan sehelai kertas dan sebatang pen, tuliskan semua matlamat utama hidup anda dalam bentuk pertanyaan.  Minta diri anda mencari sepuluh jawapan terhadap persoalan tadi.  Seterusnya, pilih satu jawapan dan terus bertindak padanya.  Latih diri anda melakukan aktiviti ini setiap hari .  Hanya dengan cara  ini, anda dapat mengawal kuasa Minda Separa Sedar dan Minda Agung.

Seni pemikiran kreativiti yang kedua ialah cara pemikiran bersistem. Ia meliputi sepuluh langkah.

Yang pertama, membina hajat dengan penuh keyakinan.  Buka ruang hati anda dan tenangkan kekusutan otak, cergaskan kuasa Minda Agung dan gunakan perasaan lapang untuk menyelesaikan masalah.  Dengan ini, kreativiti akan akan tercetus dan membongkarkan potensi anda.

Kedua, gunakan percakapan yang menyakinkan.  Contohnya,  masalah adalah suatu perkataan yang negatif dan akan menjadikan seseorang  cemas dan risau.  Perkataan “Suasana” adalah lebih sesuai kerana ia tidak bersifat negatif atau positif.  Cabaran adalah perkataan lain yang lebih baik.  Paling sesuai , kalau anda gunakan perkataan peluang.

Ini bermaksud,anda boleh dapat kebaikan dari peluang.  Kajian kami dapati, setiap masalah, suasana, cabaran juga tersirat suatu peluang.  Setiap kali kita berhadapan dengan masalah dan kegagalan, ia memberitahu kita hendaklah mengubah strategi dan haluan.

Langkah ketiga , Definasikan dengan jelas setiap matlamat hidup dan masalah di atas kertas.  Sambil memikir , sambil menulis.  Setiap individu yang berjaya menggunakan kertas putih dan pen untuk berfikir.  Sebaliknya,  individu yang gagal tidak akan melakukan ini.  Ciri kejayaan mestilah nyata, sebaliknya,  ciri yang gagal adalah kekaburan (aimei).

Langkah keempat , tanya apakah kemungkinan yang wujud disebalik setiap masalah.  Anda akan dapati , setiap kemuskilan yang telah diberi definasi jelas akan dapat diselesaikan dengan baik, malah mencapai hampir 95% kesempurnaan.  Dengan mengenalpasti punca di sebalik setiap masalah akan seterusnya menyumbang pada 25% dari penyelesaian.

Langkah kelima , anda mesti tanya, “apakah kemungkinan jawapan yang boleh saya cari”.  Seterusnya, anda mencari jawapan kedua yang juga sesuai untuk kemuskilan yang sedang membelenggukan anda. Pemikiran dan percakapan anda hendaklah disekitar jwp yang anda hajatkan.  Jangan membiarkan diri kita terjerumus dalam kancah mengkhuatiri masalah tersebut, sebaliknya,  anda hendaklah menjadikan niat mencari jawapan sebagai pendorong.  Anda hendaklah menanya, “ Apakah langkah seterusnya?” Terus lihat ke depan, dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Langkah keenam, buat keputusan. Membuat satu keputusan sentiasa lebih baik dari tiada keputusan.  Setiap keputusan yang anda buat sering dapat menyelesaikan 80% dari kemuskilan anda. Keraguan dan menangguh jawapan adalah suatu punca kegagalan.  Keputusan yang hakiki adalah jauh lebih penting dari bukti dan hakikat.  Semakin anda membuat keputusan dan bertindakbalas dengan positif, semakin anda dapat membuat keputusan yang lebih baik.  Semakinkurang anda membuat keputusan, semakin kuranglah tindakbalas , dan semakin kurang anda belajar dari pengalaman anda.

Langkah ketujuh , mengatur tanggungjawab yang sejajar.  Sentiasa mengenalpasti sesiapa yang patut bertanggungjawab sesuatu masalah.  Tugaskan orang yang spesifik untuk mengendalikan sesuatu perkara.

Langkah kelapan , tetapkan  tarikh akhir.  Jelas dengan nyata tarikh penamat.

Langkah kesembilan , terus bertindak.  Setiap permulaan yang baik adalah separuh dari kejayaan.  20% dari setiap tugasan permulaan kerja menentukan tahap kejayaan 80% dari keseluruhan tugasan tersebut.

Langkah Ke sepuluh , sentiasa memeriksan perkembangan dan menilai prestasi anda sejajar dengan apa yang anda hajatkan.  Satu dari pendekatan dalaman usaha mengejar kejayaan ialah sentiasa memeriksa, mengawal , menyelia dan menyelaras setiap matlamat yang anda hendak capai. Mengagih tugasan adalah suatu pendekatan kepimpinan , tetapi jangan lepasan kawalan terhadap prestasi yang anda hajatkan.

Cara ketiga membina pemikiran kreatif ialah dengan membentuk kuasa minda induk.  Sekumpulan orang yang hendak menyelesaikan masalah yang sama berkumpul sama. Bilangan orang hendaklah dalam lingkungan 4 ke 7 orang.  Seterusnya, tetapkan skop tajuk perbincangan yang hendak dibentangkan.  Semakin jelas kita mendefinasikan sesuatu masalah , jawapan yang diperolehi semakin tepat , semakin berkesan dan semakin praktikal.  Ketiga, masa yang diperuntukkan untuk mencari penyelesaian hendaklah dihadkan antara 15 ke 45 minit.  Tiga puluh minit adalah paling baik sekali.  Keempat, sentiasa positif terhadap setiap jawapan.  Jangan terus menilai dan membincangkan suatu jawapan bila ia diutarakan.  Bahagikan masa kepada sessi mencari idea dan sessi penilaian idea.  Kelima, pemimpin kumpulan minda induk hendaklah berperanan untuk merangsang pemikiran ahli pasukan dan bukan menyokong atau menolak mana-mana pendirian.  Keenam , catatkan semua jawapan secara lengkap.  Kita akan dapati ada aspek perbincangan yang begitu spontan dan ringkas sehingga tiada sesiapa yang sedar dengannya.  Ramai yang hanya sedari aspek perbincangan sebagai penting bila masuk sessi penilaian.

Ingat, kepintaran dan kepandaian adalah berlandaskan tindakan anda.  Anda hendaklah faham dan ketahui dengan nyata “apa yang anda hendakkan”. Seterusnya, tumpukan sepenuh perhatian dan tenaga pada masalah , matlamat dan keputusan yang hajatkan. Gunakan minda yang fleksibel dan terbuka untuk mengesan semua kemungkinan. Gunakan seni penyelesaian yang bersistem untuk menyelesaikan masalah.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive