Prinsip Kejayaan : Mentaliti Kecemerlangan

Ramai orang berkata, “ saya dah buat yang terbaik”. Soalnya, adakah anda mencapai prestasi seperti yang diharapkan. Hanya harapan tidak menjamin kecemerlangan, kita hendaklah buktikan dengan keputusan.Kerajinan dan usaha gigih tidak menjamin kejayaan. Untuk membolehkan kita membuktikan kecemerlangan, syarat berikut perlu diberi perhatian.

 

Pertama : jangan mengalah biarpun gagal dalam perjuangan.

Kecemerlangan bukan suatu yang datang mengejut. Ia perlu diusaha berterusan dengan mengharungi ranjau dan duri. Tanpa kegigihan untuk meneruskan perjuangan adalah antara syarat untuk menjuarai kejayaan.

 

Kedua : Sentiasa bersama dengan orang yang cemerlang

Jika anda sering berkawan dengan orang yang lemah, anda akan menjadi lemah. Jiwa kita mudah terpedaya oleh orang di sekitar kita. Elakkan teman yang negatif dan tidak berdaya maju, ruangkan masa berbual dengan orang yang telah berjaya.

 

Ketiga : Menolak perkara yang tidak berkualiti

Kita hendaklah sentiasa menapis aktiviti dan pemikiran dan hanya benarkan yang terbaik masuk dalam hidup kita. Sentiasa tanya pada diri sendiri, adakah perkara ini menyumbang kepada kecemerlangan.

 

Keempat : Membina keajaiban

Kecemerlangan adalah hak kepada orang yang percaya pada impian maha tinggi. Bila tiada sesiapa setuju dengan idea anda, lakukan sesuatu untuk membuktikan benar. Bila tidak sesiapa percaya pada anda, anda mula membina keajaiban.

 

Kelima : Peringatan harian

Setiap orang yang mahukan kejayaan perlu diberi peringatan.  Setiap orang berjaya boleh lalai dan lupa pada komitmen. Cara yang terbaik untuk membina peringatan ialah dengan berkata dengan diri sendiri. Ingatkan semua nilai dan kualiti yang anda hajatkan.

 

Keenam : Mendirikan sistem kecemerlangan

Setiap kecemerlangan mempunyai sistem yang tersendiri. Ia adalah suatu struktur operasi yang anda bina untuk menjamin perlaksanaan tugasan yang lancar dan teratur. Ini termasuk jadual tugasan, pelan dan rancangan.

 

Ketujuh : Pembangunan dan pendidikan berterusan

Kecemerlangan bukan suatu destini,  ia adalah suatu proses yang berterusan. Ruangkan masa untuk membaca dan menghadiri kelas. Anda akan dapati tahap ilmu dan kemahiran anda terus bertambah.

Kesimpulan

Kecemerlangan adalah suatu komitmen. Jika anda sudi mengejarnya, anda tidak memberi sebarang alasan.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.