Prinsip Kejayaan: Mengurus tekanan dan ketegangan emosi

 

Kesihatan mental seseorang  sering dikaitkan dengan rasa ceria, rasa positif dan gembira. Apakah situasi yang akan menjadikan seseorang  negatif? Menurut rukun tindakan dan tindakbalas , setiap akibat mesti mempunyai puncanya.  Jika diri anda meraa tegang dan sentiasa bertekanan, rasa negatif ; ini bagaikan badan yang sedang sakit. Ia mesti mempunyai punca yang tertentu dan pasti dapat dikesan.

Blog ini memberikan enam cara menilai ketegangan diri dan membantu anda mengenal punca ketegangan dan tekanan hidup. Seterusnya, anda boleh menangkis semua punca tersebut.

Pertama, seseorang  yang mudah merasa tegang kerana dirinya kurang makna hidup dan matlamat hidup. Untuk mengecapi kegembiraan, seseorang  hendaklah mempunyai misi hidup, mesti merasa hidupnya bermakna.  Seseorang  yang ketiadaan matlamat dan makna hidup akan menyebabkan dirinya tiada haluan hidup.  Kita semua adalah mempunyai mekanisma mengejar impian hidup. Hanya jika maju ke arah matlamat hidup yang diimpiankan, barulah seseorang  akan merasa gembira.

Kedua, punca yang menyebabkan seseorang  bertekanan dan rasa tegang ialah kerja yang tidak disiapkan sepenuhnya.  Ini bermaksud kita melepaskan  tangan tugasan yang dimandatkan dan tidak hanya melengkapkan sebahagian darinya.  Jiwa kita akan merasa tidak tenang.  Setiap orang pasti mempunyai hajat untuk melengkapkan kerja yang tergantung.  Sebalik, jika kita terus menangguh dan gagal melaksanakannya,  ketegangan emosi akan timbul.  Sikap menangguh bukan sahaja melambatkan kemajuan seseorang  , ia juga merupakan faktor utama tekanan hidup. Setiap kali anda menyiapkan sesuatu kerja, baik mencuci pinggan mangkuk, mengemas bilik atau menyiapkan sesuatu lapuran, nilai kendiri akan meningkat.  Ini kerana kerja yang beres akan membuatkan anda rasa berjaya, anda seorang juara. Sebaliknya,  jika kerja anda hanya siap separuh, anda akan rasa diri anda gagal dan tiada kawalan terhadap hidup.Terdapat dua keadaan yang menyumbang pada kerja yang tidak siap. Contoh pertama, seseorang  yang putus cinta dan tidak dapat melepaskan perasaan tersebut. Kedua, bila seseorang  menganggur, dibuang kerja atau sendiri meminta berhenti kerja dan seterusnya gagal mendapat kerja baru.

Untuk mengatasi rasa perhubungan manusia yang masih tersangkut lepas putus cinta, anda perlu tahu apa yang anda hajat hendak dapat dari orang yang telah berpisah dengan anda.  Kalau anda tidak mempunyai sebarang tuntutan, perpisahan ini tidaklah mempengaruhi emosi anda.  Dalam keadaan ini, anda tidak menuntut apa-apa, baik kasih sayang, penghormatan atau kewangannya ; maka dirinya yang telah meninggalkan anda tidak akan mengawal emosi anda lagi.

Seterusnya, anda perlu tuliskan sepucuk surat kepadanya.  Dalam surat ini, anda perlu menyatakan tiga perkara.pertama, anda berita hunya bahawa akan bertanggungjawab 100% atas segala apa yang telah berlaku dalam perhubungan kita. Tapi, anda minta menamatkan perhubungan ini.  Kedua, anda memaafkan sepenuhnya setiap perkara yang pernah dilakukan olehnya atau perkara yang pernah melukakan anda. ketiga, anda doakan agarnya dirinya bahagia dan gembira selalu.  Kirimkan surat tersebut dan anda akan dapati hidup anda berubah terus pada saat tersebut.

Ketiga, sebab yang memberi tekanan kepada kita ialah takut gagal.  Kita semua sedar dengan keadaan ini. Jika kita perhatikan pada waktu kecil, cara asuhan ibu bapa yang kurang berkesan akan menimbulkan rasa ketakutan pada diri sendiri. Markove pernah berkata, lakukan apa yang anda takut dan anda tidak akan takut lagi. Ini adalah ubat yang paling mujarab.

Seterusnya, gunakan cara pengesahan diri bagi membina jiwa yang bersemangat dan positif.  Bila diri anda rasa takut, terus katakan dengan diri sendiri “saya dapat buat, saya dapat buat, saya dapat buat”  Mesej ini akan semakin dikuatkan dan menjelma dari Minda Sedar kepada Minda Separa Sedar .  Mengikut rukun emosi, perasaan yang kuat sentiasa mendominan pada perasaan yang lemah.  Keempat, ini merupakan faktor yang paling serius antara semua faktor bab iaitu takut dibantah dan ditolak orang.  Pada waktu kecil, ibu bapa sering mengawal gerak-geri anak dengan menggunakan krtikan yang negatif dan kasih sayang yang bersyarat.  Kedua-dua sebab tadi telah menimbulkan rasa takut pada bantahan, akhirnya membentuk sikap A pada seseorang  dewasa.

Seseorang  wanita sering bertindakbalas pasa rasa takut kepada bantahan dengan empat cara berikut:

Pertama, rasa kecewa. Kedua, mengundurkan diri, ketiga, sakit kepala dan ketegangan perasaan,keempat, terlalu sensitif, tersangat sensitif dengan apa yang orang lain fikirkan.

Sebaliknya, kebanyakan lelaki melepaskan rasa kurang kasih sayang sejak kecil dalam bentuk mentaliti A.  Sikap A mempunyai ciri-ciri berikut: pertama – kerja separuh mati, mereka tidak dapat berhenti dan tidak boleh lambat. Kedua, tidak mempunyai rasa jaminan pada setiap ketika.  Apa sahaja kejayaan besar yang telah dicapai, mereka tetap rasa tidak cukup.  Ketiga, terus mengejar prestasi yang tidak terhad.  Tidak kira betapa baik prestasi dirinya, mereka masih tidak puas hati, kerana mereka rasa belum mencapai piawaian yang dihendakkan.  Keempat, rasa persaingan yang sangat kuat.  Mereka terus hendak menang dan mengalahkan orang lain. kelima, sikap individu A sangat agresif, cemat bermusuhan dan cepat marah.  Keenam, sentiasa bermotifkan kebendaan dan kewangan.  Mereka kurang mengutamakan perhubungan manusia. Individu sikap A membahagi orang kepada 3 jenis, yang pertama  – orang yang boleh menolongnya, mereka sentiasa memberi perhatian kepada orang seperti ini. Kedua, orang yang tidak boleh menolongnya.  Mereka tidak menghormati orang seperti ini.  Ketiga, orang yang bersifat neutral. Mereka tidak langsung tidak kisah dengan orang seperti ini.

Yang ketujuh, Individu sikap A tidak mahu berehat.  Mereka rasa seolah-olah dirinya dikejar atau dicabar orang lain.  Selagi mereka perlahankan langkah, orang lain akan mendahului mereka. Individu sikap A  selalunya cepat meninggal dunia dan tidak pernah gembira.  Individu seperti ini sering emmanjat tangga kejayaan dengan pantas tetapi akan menjadi kaku pada tahap prestasi tertentu.

Sebaliknya,  individu sikap B mempunyai mentalti keusahawanan berjaya.  Mereka pentingka keberkesanna dan perhubungan manusia. Mereka memanjat tangga kerjaya awalnya pada tahap yang agak perlahan tetapi peningkatan prestasi dan kemajuan dirinya akan berterusan.

Jika anda adalah individu bersikap A, anda hendaklah terlebih dahulu mengakui diri anda sebagai individu A. Seterusnya, anda hendaklah membuat keputusan dan cekal mengubah keadaan ini. Dengarlah kaset pengesahan diri dua kali sehari sehingga semua mentaliti sikap A ditangkiskan dan beruabh secara beransur-ansur kepada individu bersikap B. Selain dari itu, terdapat perbezaan yang besar antara individu  sikap A dengan orang  yang gilakan kerja. Orang  yang kegilaan kerja pentingkan perasaan dalaman dan mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat kerjanya. Sebaliknya, individu A pentingkan perasaan orang lain, mereka rasa apa yang dilakukan adalah untuk memuaskan perasaan orang lain. Orang yang gilakan kerja akan juga mencari masa berehat. Individu A  tidak mempunyai masa berehat.  Orang yang gilakan kerja pentingkan perhubungan dan kasih sayang keluarga, tetapi individu A mementingkan kerjaya dan tugasan.

Faktor kelima yang menyumbang kepada tekanan diri ialah menolak kenyataan. Seseorang  enggal menerima kenyataan dunia.  Kononya hidupnya bukan seperti yang dihendakkan. Doktor psaikiatrik berpendapat, faktor ini merupakan sebab utama seseorang  berhadapan dengan penyakit mental. Sebab seseorang  tidak menerima kenyataan ialah kerana dirinya hendak melarikan diri dari kemuskilan. Ini kerana dirinya tidak suka dipandang rendah atau tidak berkeupayaan. Untuk mengatasi kelemahan ini, seseorang  hendaklah akui kenyataan tetap kenyataan. Tidak kira apa sekalipun yang berlaku, ini adalah suatu hakikat yang perlu diterima dengan tabah. Setiap kejadian mestilah mempunyai pengorbanan yang dapat anda tanggung.  Ketiga, anda mestilah sedia berkorban dan jangan menangguh.  Tanya diri anda , apakah yang anda takut hadapi.  Apakah keadaan yang paling teruk untuk membantu anda berhadapan dengan kenyataan.  Dalam bidang psikologi ,ada dua sifat keperibadian.  Yang pertama, kita sebutkan sebagai sikap melarikan diri.  Orang seperti ini tidak suka berhadapan dengan kenyataan , dan mereka terus berharap kenyataan itu akan hilang.  Satu lagi sifat dikenali keperibadian melawan.  Orang ini sentiasa berusaha hendak mencari jawapan pada setiap masalah yang dihadapinya. Sebenarnya,  sikap melawan adalah lebih baik dari sikap melarikan diri.

Keenam,  faktor yang boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan jiwa ialah kemarahan.  Kita fahami kemarahan sering dikaitkan dengan rasa tidak puas hati dan merungut terhadap orang lain. Kita rasa dianiayai, rasa harapan dicabar, kita rasa diri sebagai mangsa. Jika kita tidak lepaskan perasaan ini dan kita kumpulkannya dalam badan secara berterusan, ia akan merosakkan perasaan dan mental kita.  Sebenarnya, teori langgaran anggota badan menyatakan semua bentuk langgaran badan pada seseorang  akan menimbulkan kemarahan.  Contohnya,  seseorang  menendang dengan kaki, pukul dengan tangan atau teriak dengan syarat yang paling kuat atau menggigit dengan gigi.

Untuk mengatasi kesemua enam jenis gangguan emosi diatas, kita hendaklah mengamalkan pendekatan kawalan kesedaran. Ini bermaksud, diri anda bertanggungjawab sepenuhnya apa yang berlaku. Ini bermaksud, setiap perasaan anda hendaklah terlebih dahulu dipersetujui oleh diri anda sebelum anda menerimanya.  Ini membolehkan anda mengawal pemikiran dan hidup anda.

Anda perlu fahami, setiap tekanan yang diadunkan bersama matlamat yang jelas akan menghasilkan keyakinan yang tinggi pada diri sendiri. Ini seterusnya membina kecergasan dan tenaga yang gigih.  Tetapi sebaliknya, jika tekanan luar memaksa diri anda melakukan sesuatu , maka tekanan tersebut akan bersifat negatif dan seterusnya menurunkan tahap tenaga seseorang.  Menurut rukun penggantian, diri kita punuhkan jiwa-raga dengan perasaan dan pemikiran positif dan menyebabkannya tidak mempunyai ruang untuk merasa lemah dan kecewa.  Untuk mencapai tujuan ini, kita hendaklah terus memikirkan matlamat hidup kita.  Tetapkan suatu matlamat hidup yang jelas, bermula dari awal sampai akhir.  Terus laksanakan impian anda dan tidak menangguh.  Atasi rasa takut gagal dan rasa takut dibantah.  Gunakan jiwa yang normal untuk berhadapan dengan kenyataan.  Hentikan mentaliti menyalahkan orang lain.

Ingat, setiap tekanan yang berorientasikan matlamat adalah positif. Ia akan mebantu anda mencapai matlamat hidup anda.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive