Prinsip Kejayaan : Mengolah nasib hidup anda

Kunci terpenting dalam usaha mengejar kecemerlangan diri ialah memupuk nilai diri dan mengukuhkan tanggungjawab diri. Tanggungjawab juga membawa maksud anda sebagai jurutera hidup sendiri. Anda perlu bertanggungjawab atas segala-gala yg berlaku dalam hidup. Jika anda rasa tidak puas hati dengan sesuatu yang berlaku dalam hidup , adalah menjadi tanggungjawab untuk mengubahkannya.

Dalam perjalanan hidup kita, tanggungjawab menjadi semakin besar mengikut usia anda. Pada waktu seseorang mencapai usia kedewasaan, dirinya hendaklah mengatur dan mengurus hidup sendiri. Tidak ada sesiapa yang boleh mengelakkan diri darinya. Maka, anda hendaklah sering mengingatkan diri, “kalau hal jadi sedemikian, itu adalah tanggungjawab saya.” Jika anda tidak rela melakukan sesuatu untuk membetulkan sesuatu hal, janganlah anda merungut. Terima sahajalah semua apa yang telah terjadi. Waktu kita masih seorang bayi, kita bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk kelangsungan hidup. Itu bermaksud , kita hidup menurut model balasan bersyarat.  Tetapi, bila seseorang mencapai usia kedewasaan, kami mungkin masih meneruskan sikap menolak setiap perkara dengan sesuatu alasan dan mengharapkan orang lain sahaja. Bila seseorang sudah kerja, kita masih berharap orang lain akan menjaga dan membantu kita.  Kami masih berpendapat orang lain patut bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang terjadi dalam hidup.

Kerajaan patut bertanggungjawab terhadap kemajuan diri anda.  Juga jodoh hidup perlu menjaga anda. Majikan perlu menjaga diri kita. Kita bermaksud seseorang cuba mencari alasan untuk terus melarikan diri dari tanggungjawab. Terus mencari jalan untuk menjadikan orang lain atau persekitaran yang mengakibatkan sesuatu kejadian.

Sebenarnya, tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk memilih samada dirinya hendak bertanggungjawab terhadap sesuatu kejadian yang melanda hidupnya. Khususnya, bila anda telah menjangkaui usia lapan bela tahun, anda tidak mempunyai kuasa untuk memilih tanggungjawab hidup mengikut kesukaan diri. Jika anda berhajat hendak menggunakan sepenuhnya potensi diri, hendak menjadi orang yang anda idamkan; anda hendaklah bertanggungjawab sepenuh. Berjanji dan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Dalam bahasa Inggeris, perkataan tanggungjawab terdiri dari dua perkataan berasingan iaitu “Reaksi” dan “Keupayaan”.  Jika seseorang boleh berhadapan dan reaksi dengan berkesan atas setiap cabaran hidup, ia juga menandakan tahap perkembangan diri yang pantas. Dalam arena politik, jika kita mahu kerajaan menaruh bakti untuk kita dan menjaga kita, ini juga bermaksud kita melepaskan kawalan diri kepada kerajaan. Dalam semua kes kehakiman, suatu petanda lumrah pada semua pesalah ialah mereka tidak rela bertanggungjawab terhadap kesalahan diri sendiri. Begitu juga dalam arena perubatan, kebanyakan penyakit fizikal adalah berpunca dari masalah mental. Tapi, kita mengharapkan doktor bertanggungjawab untuk mengubati dan menyembuhkan penyakit kita. Jadi, untuk membolehkan anda mengecapi sesuatu perubahan, anda hendaklah menerima setiap tanggungjawab yang menimpa hidup anda.Jika hal menjadi begini, ia adalah tanggungjawab saya.  Jika hal menjadi sedemikian, ia adalah tanggungjawab anda.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.