Prinsip Kejayaan : Mengenal Misi Sebenar Hidup

 

Setiap orang akan meragui makna hidupnya, meragui sebab dia hidup di dunia ini.  Sebenarnya, apakah pengertian hidup seseorang ?  Saya sapati matlamat hidup seseorang  adalah mencari misi sebenar dirinya, iaitu hajat sebanr jiwa-raga anda. Ini adalah aset jiwa-raga anda. Ia adalah suara yang terus menemai hidup anda dan terus menyeru anda untuk bertindak. Sayang seribu kali sayang, ramai orang mengenepikan suara kecil hati ini seolah-olah suara ini tidak wujud.  Mereka letakkan diri sebagai pusat perkembangan keluarga dan kerjaya.  Sebenarnya, setiap orang mempunyai keupayaan untuk membina misi hidupnya sendiri.

Orang yang paling mempunyai pengaruh dalam sejarah manusia ialah Nabi Mohamad. Selain itu, wujud juga nabi lain seperti Jesus Christ, pakar falsafah seperti Consusius dan Gautama Buddha. Yang menarik sekali, semua ajaran yang disampaikan adalah berlandaskan kasih sayang.  Seandainya anda perhatikan pengikut-pengikutnya, baik mereka di zaman lampau mahupun masa kini, semua mereka bertindak berasaskan tunjang misi hidup. Sebenarnya, setiap individu di dunia ini sedang mencari misi masing-masing.  Misi membawa pengertian bahawa kita sanggup berkorban demi kebaikan dan manfaat orang lain.  Sebenarnya, diri seseorang  selalunya hanya rela berkorban sesuatu perkara yang menjangkaui kepentingan diri atau yang lebih dari diri sendiri.  Semua insan agung dalam sejarah manusia adalah individu yang terus berusaha untuk menawarkan kasih sayang kepada orang lain. Mereka gunakan hayatnya yang singkat untuk berkhidmat kepada manusia.  Untuk menjadi seorang yang penuh kasih sayang, kami hendaklah memupuk perhubungan manusia yang mesra dengan orang lain. Inilah sebab kita perlu memulakan perhubuangan mesra dengan setiap anggota rumah terlebih dahulu.  Dengan erti kata lain, usaha memupuk perhubungan manusia yang mesra adalah perkara yang paling penting dalam hidup seseorang .

Bila anda meneliti kembali kehebatan prestasi hidup, anda akan dapati semua kejayaan anda adalah berlaku pada orang yang anda sayangi atau pada sesiapa yang pernah anda sayangi.

Jadi, bagaimana anda boleh menjadi seorang yang mempunyai kasih sayang. Pertama sekali, terima anda sebagai seorang yang bernilai secara sepenuhnya. Kedua, menanggung tanggungjawab sepenuhnya. Jangan merungut dan jangan mencari alasan.  Terima setiap kenyataan sepenuhnya.

Ketiga, belajar untu kmemafkan seseorang .  Gunakan keupayaan anda yang paling besar untuk memaafkan seseorang.

Keempat, penuhi jiwa-raga anda dengan pemikiran yang berunsurkan kasih sayang. Penuhi jiwa-raga anda juga dengan pemikiran yang positif dan baik sahaja.

Kelima, tetapkan suatu hajat yang mulia dan terpuji dan berusaha untuk mencapainya.  Ketujuh, jaga kesihatan anda, makan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman yang sesuai.  Juga, pastikan anda mempunyai tidur yang secukupnya.

Ketujuh, terus sayangi orang lain seperti sayang pada diri sendiri. Rukun keemasan menekankan keupayaan memaaf seseorang  , kasih sayang , persefahaman , simpati dan prihatin.  Apa yang dapat anda perolehi hari ini sejajar dengan tahap kasih sayang anda, ia juga bergantung pada tahap kasih sayang yang anda hendak berikan kepada orang lain.  Berapa kuantiti kasih sayang yang anda miliki, itulah juga tahap  kasih sayang yang anda boleh berikan kepada orang lain. Maka, anda hendaklah melatih diri memberi kasih sayang kepada orang lain . Hanya dengan cara ini, tahap kasih sayang anda akan meningkat.  Semakin anda mencurahkan kasih sayang, semakin banyak kasih sayang yang bakal anda miliki.  Semakin banyak anda berikan, semakin banyak yang anda akan terima.  Semakin banyak anda berikan, semakin banyak anda korbankan.  Jika anda terus melatih diri menggunakan konsep ini , anda akan mencapai apa sahaja matlamat hidup yang anda hajatkan.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive