Prinsip kejayaan : Mengapa saya masih gagal dalam hidup?

Kejayaan ditakrifkan sebagai suatu perjalanan dan bukan suatu destinasi.  Ada insan yang memerlukan masa yang lebih panjang sebelum mengecapi buah kejayaan.  Tahap masa yang diperlukan adalah bergantung pada kedudukan dan persiapan diri anda.  Jika kita harapkan kejayaan datang dengan cepat, kita hendaklah berusaha untuk meningkatkan syarat-syarat kejayaan. Contohnya, kita berkedudukan sebagai kerani dan bercita-cita untuk menjadi seorangpengurus; pastikan diri mempunyai segala kelayakan dan kualiti pengurus.  Jika kita masih belum layak menerima sesuatu kejayaan tetapi memaksa diri untuk menerimanya, diri akan berhadapan dengan berbagai tekanan dan konflik.  Anda juga tidak akan lama bertahan.  Keadaan ini juga menggambarkan tamak haloba diri dan amat tidak adil kepada ahli pasukan lain.

Untuk menerima kejayaan , seseorang hendaklah mematuhi rukun-rukun kejayaan berikut:

  1. Tidak mengharapkan ganjaran mendadak jika ada tidak layak. Pastikan anda telah mencurahkan tenaga dan usaha lebih dari apa yang anda akan terima kelak. Selagi anda telah menabur masa dan tenaga, kejayaan  akan sampai dalam masa yang anda tidak jangka kelak.
  2. Jujur dan ikhlas.  Usaha untuk mendapatkan penghargaan dan kejayaan dengan cepat secara menipu hanya menggambarkan kejahilan diri dalam konteks kejayaan.  Kita menipu diri sendiri kerana kejayaan itu bukannya suatu yang benar. Anda juga akan dikutuk dan dihina orang atas perbuatan yang menjejaskan peluang orang lain mencapai kejayaan.
  3. 3.       Boleh menerima kesilapan diri dengan terbuka.  Semakin anda belajar dari kelemahan dan kekurangan diri, semakin cepat anda mendekati kejayaan. Kita mesti sedia memaafkan orang lain kerana diri kita juga boleh melakukan kesilapan dan memerlukan ampun maaf dari mereka. Sedarlah kesilapan itu ialah suatu ilmu hidup.  Ia mendekati kita dengan kesempurnaan.

 

Persoalan dari John Chee:

Saya telah cuba sedaya upaya untuk maju dan berjaya dalam peperiksaan.  Kini, tiga bulan sudah berlalu dan saya masih belum menampakkan kemungkinan untuk saya dapatkan A.  Saya sangsi dengan kemampuan diri.  Saya rasa kejayaan hanya dimiliki oleh mereka yang berkebolehan. Apakah usaha saya disia-siakan begitu sahaja.  Apakah saya akan terus bersungguh-sungguh sedangkan keputusan sekolah tidak menampakkan kemajuan?

Jawapan dari Hilter:

Kejayaan bukannya suatu yang datang dengan mendadak seperti membeli tiket loteri.  Ia adalah hasil usaha yang berterusan biarpun anda tidak menampakkan kejayaan dalam jangka pendek.  Ramai insan yang melepaskan tangan kerana mereka tidak tahan dengan pengorbanan yang tidak membawa hasil .

Kedudukan setiap insan adakah berbeza. Jika kita sudah ketinggalan dan keputusan tidak begitu cemerlang, kita hendaklah berusaha dengan lebih rajin.  Kita berkemungkinan tidak menikmati hasil kejayaan pada peringkat awal kerana semua pengorbanan disifatkan sebagai pembayaran hutang atas kelalaian lalu.  Keadaan kita sekrang tidak sebaik orang lain kerana kita sudah ketinggalan.

Jika kemahuan anda kuat dan cita-cita anda kukuh, kegagalan seribu kali tidaklah menjejaskan semangat anda. Anda jadikan kegagalan sebagai suatu dorongan untuk terus mengejar kecemerlangan.  Terimalah hakikat bahawa setiap insan yang berjaya akan mengharungi ratusan bahkan ribuan kegagalan sebelum menjadi juara.  Jika kita hendakkan kejayaan yang senang dan cepat, maka kejayaan sudah tidak begitu berharga lagi.

Jangan hanya kita menerima keputusan sekolah sebagai garis panduan kejayaan anda.  Jika anda sudah berusaha habis-habisan, anda sudah termasuk dalam golongan orang yang berjaya. Biarpun keuputusan peperiksaan kurang memuaskan, adik hendaklah merasa bangga kerana anda telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.  Kata pepatah Cina, “Buat sehabis baik dan terimalah hakikat takdir.”  Jika anda tidak berjaya setelah bertungkus-lumus, anda tidaklah perlu merasa bersalah kerana anda sudah jalankan tanggungjawab hidup.  Yang penting, anda menilai kembali kelemahan dan keurangan anda agar ia kegagalan sedemikian tidak berulangan.

Jangan kita merasa tawar hati kerana gagal mengalahkan kawan lain.  Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan sekolah tidak semestinya aka berjaya dengan cemerlang dalam SPM.  Tetapi, pelajar yang kurang berjaya dalam peperiksaan sekolah terus berusaha meningkatkan kemajuan diri, akhirnya berkemungkinan akan mencapai keputusan yang lebih baik dari mereka yang lulus cemerlang dalam sekolah.

Pelajar yang mahu berjaya sedia bersaing dengan dirinya setiap masa.  Mereka faham, selagi mereka telah maju dari masa lalu, mereka rasa puas.  Biarpun apa yang mereka hafal dan belajar tidak ditanya dalam peperiksaan sekolah, ini bukan bermaksud usaha mereka disia-siakan.  Berkemungkinan apa yang dibelajar olehnya akan ditanya dalam peperiksaan SPM akhir tahun nanti.

Tidak ada kejayaan yang disifatkan sebagai lancar.  Tanpa kekecewaan dan dugaan, manusia tidak akan merasai kepahitan perjuangan.  Tetapi , jika diri kita mahu berjaya, kita hendaklah menjadikan segala perasaan negatif dalam diri kita sebagai suatu dorongan.  Jika kita boleh menjadi lebih kuat dari setiap kegagalan dan kejatuhan, diri kita pasti akan menaiki tangga kejayaan dengan lebih senang. Sebaliknya, insan yang melepaskan tangan dan mencari tempat rekreasi untuk menghirburkan diri akan melemaskan diri dalam kegagalan.  Pepatah kejayaan menyatakan, “Tiada insan  yang gagal, hanya mereka yang melepaskan tangan.” Ini bermaksud, mereka yang mengaku kalah dan tidak mahu teruskan perjuangan adalah insan yang gagal.

Jadikan semua peristiwa pahit manis hidup sebagai dorongan.  Biar kita tidak menerima sanjungan dan pujaan orang dalam saat kita berjuang, tetapi masa akan sampai anda menikmati buah yang manis.  Lihatlah pada juara Sukan Olimpik yang telah berjaya memecahkan rekod dunia.  Kejayaan mereka bukannya suatu yang datang dengan mengejut.  Betapa banyaknya airmata yang mereka gugur, akhirnya mereka rasa kemanisan.  Tetapi, dalam saat mereka bangun semula setiap kali mereka kecundang, berepakah orang yang bersimpati dengan mereka.  Tetapi pada saat kegemilangan mereka, seluruh dunia kenal dengannya.

Ingatlah adik, kejayaan bukannya suatu destinasi pendek.  Ramai orang yang berjaya lulus SPM setelah mereka duduki SPM berkali-kali. Akhirnya , mereka dapat apa yang mereka mahu.  Bukannya semua pelajar mempunyai status otak dan daya belajar yang sama.  Jika parang kita tidak setajam orang lain, usaha mengasah parang hendaklah dikerapkan dan dikuatkan.  Kita boleh menjadi seorang yang cemerlang bergantung usaha yang kami curahkan.  Biarpun kita tidak menampakkan hasil dalam jangka pendek, tetapi usaha kita akan tersimpan dalam bentuk pelaburan jangka panjang dalam bank “kejayaan” dan suatu hari, ia akan menonjol dan memberi anda hasil yang anda tidak jangkakan.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.