Prinsip Kejayaan : Mengapa nasib saya malang?


Setiap pemikiran yang negatif akan menggandakan perasaan negatif dan seterusnya menarik tragedi dan peristiwa malang kepada hidup anda. Semua kejadian dunia ini bermula dari pemikiran.  Seseorang  yang sering mengadu nasibnya malang sukar menukar nasib hidupnya kerana beliau sering memasukkan sampah ke dalam Minda Separa Sedarnya.

 

Untuk mengubah nasib yang malang, seseorang  hendaklah menjadi tuan kepada mindanya terlebih dahulu.  Seseorang  hendaklah memahami rukun minda dan seterusnya berusaha untuk mengoperasikan mindanya sejajar dengan semua rukun-rukun tersebut.

 

Jangan mengadu nasib malang kerana tiada pendidikan tinggi, wajah yang tidak cantik, usia atau jantina.  Semua ini bukanlah penghalang.  Hanya dengan kefahaman yang tinggi terhadap rukun minda, seseorang  akan dapati dirinya terus berubah dan mendekati ambang kemewahan dan kebahagiaan.

 

 

Rukun pertama : Rukun Kawalan. 

Rukun ini memberitahu jika kita merasa baik dan berhadapan dengan diri sendiri secara positif , diri akan mula merasa berkeupayaan untuk mengawal hidup diri sendiri.  Sebaliknya,  jika kita rasakan diri  tidak baik, bersikap negatif dengan diri sendiri ; maka kita akan mula kehilangan kuasa untuk mengawal diri sendiri.

Kawalan diri terbahagi kepada kawalan dalaman dan luaran.  Kawalan dalaman bermaksud anda boleh bertanggungjawab terhadap hidup sendiri.  Kawalan luar pula bermaksud anda izinkan persekitaran mengawal hidup anda.  Kawalan diri bermula dari pemikiran.  Pemikiran anda mengawal perasaan anda .  Perasaan anda mengawal tindakan anda dan tindakan anda mengawal samada anda akan berjaya.

 

Contohnya,  adakah anda merasa muram bila cuaca berubah? Adakah anda menjadikan kucing hitam yang berlalu di depan anda sebagai alamat sesuatu tragedi akan berlaku? Adakah anda serahkan kuasa kawalan hidup kepada orang lain atau persekitaran anda? Jika anda hendakkan hidup yang mewah dan baik, genggam kawalan hidup anda dan jangan membiarkan minda anda menjadi liar akibat dari tekanan dan masalah persekitaran.

 

Kedua , Rukun Hajat. 

Rukun ini memberitahu kita jika seseorang  gagal merancang, beliau juga merancang untuk gagal.  Seseorang  tidak gembira , sakit dan resah, tidak dapat mengecapi hidup yang dihendakki kerana diri nya hidup berasaskan rukun hajat.  Jika seseorang  hanya harapkan durian runtuh, maka ini bermaksud dirinya mengizinkan setiap kejadian persekitaran berlaku mengikut lumrah alam.

Bila diri kita tidak membina haluan masa depan secara sengaja dan terancang, maka kejadian yang menimpa kita adalah mengikut rambang dunia.  Kita kehilangan hak untuk mengenalpasti impian sendiri. Sampai bila pun, individu dalam kategori ini akan terus mengadu dunia tidak adil dengannya.

 

Ketiga, rukun tindakan dan tindakbalas . 

Rukun ini menyatakan setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup mesti mempunyai sebab dan punca yang tertentu.  Setiap perkara dalam alam sejagat mempunyai sebab yang diakibatkan oleh tindakan diri anda atau orang lain .  Tidak ada suatu hal yang berlaku secara semulajadi.  Dalam hidup kita, minda kita adalah punca dan persekitaran adalah akibat.  Untuk mengubah corak persekitaran, kita hendaklah mengubah corak pemikiran  tentang persekitaran tersebut.

Hanya satu perkara yang boleh anda kawal,  iaitu pemikiran anda. Jika anda pandukan apa yang anda hajatkan dan hadapinya dengan positif, persekitaran anda akan terpengaruh. Setiap akibat yang anda hendakkan akan berbuah mengikut rukun tindakan dan tindakbalas.

 

Rukun keempat : Rukun Keyakinan. 

Rukun ini menyatakan apa sahaja yang anda rasa dan percaya  apa sahaja akan akhirnya menjadi kenyataan.

Bila anda masukkan perasaan dalam peristiwa yang anda percayai dalam minda, hal tersebut akan semakin menjadi benar.  Kita perlu mempunyai keyakinan dan kepercayaan untuk membina dunia kita.  Bila keyakinan wujud, jiwa raga kita terus berhajat untuk berharmoni dan kita dapat melihat persekitaran dan menjelaskan setiap kejadian megikut corak minda dalaman sendiri. Sebaliknya,  tanpa keyakinan, kita akan membina pusat buta dalam minda sendiri.  Kita tidak nampak peluang dan kita anggap kononnya peluang tidak wujud. Hanya kalau kita meningkatkan keyakinan kita, apa yang anda hadapi akan berubah.

Tambahan lagi, setiap kita mempunyai naluri untuk menghadkan diri sendiri .  Kita rasa diri mempunyai beberapa arena hidup yang terhalang dan tersekat.  Diri merasa keupayaan terhad.  Sebenarnya , had-had ini hanya wujud dalam pemikiran kita.  Maka, untuk membolehkan diri anda berjaya , anda perlu membuka had diri sendiri.

 

Rukun keempat: Rukun Jangkaan.

Apa yang anda fikir dan percaya, ia akan menjadi.  Apa yang anda hendakkan bukan semestinya apa yang anda mahu , tapi  adalah apa yang anda jangkaan. Selagi anda memberi jangkaan yang positif dan percaya semua akan berjalan dengan baik dan lancar,  anda pasti akan berjaya melakukannya tanpa sebarang masalah dan penghalang.

Sebaliknya,  jika anda jangkakan penghalang dan masalah, semua masalah pasti akan berlaku. Semua individu yang berjaya mempunyai sikap keyakinan, mereka yakin perkara yang baik pasti akan berlaku.  Sikap jangkaan diri yang positif ini juga dikenali sebagai tabiat juara. Sebelum sesuatu berlangsung, jika diri seseorang percaya beliau akan menang dan terus kekalkan persepsi ini dalam minda.  Selagi anda jangkakan secara positif , anda tetap akan perolehinya biarpun maklumat yang anda miliki adalah salah.

Dalam hidup kita , ibu bapa mempunyai jangkaan terhadap kita, majikan mempunyai jangkaan terhadap kita, kita juga mempunyai jangkaan terhadap orang lain , terhadap jodoh hidup, rakan sepejuangan dan diri sendiri. Kesemua ini mempunyai pengauh terhadap kegembiraan hidup.

Jika anda mempunyai persepsi diri yang positif dan tinggi, maka cakapkan dengan diri sendiri “saya percaya hari ini sesuatu yang baik akan berlaku dalam hidup saya.”. Ulangi pesanan ini berkali-kali setiap pagi.  Latihan ini akan mempengaruhi keseluruhan sikap diri agar hidup seharian anda penuh dengan keyakinan dan jangkaan positif.

 

Rukun keenam: Rukun Penarikan. 

Ia menjelaskan bahawa setiap orang diibaratkan sebagai sebagai seketul magnet.  Ia akan menarik semua peristiwa dan orang kepada hidup anda . Selagi anda menumpukan pemikiran pengesahan diri sesuatu yang anda hendakkan, jauhi dari peristiwa yang anda tidak hendakkan. Kita bagaikan radio, jika sistem radio telah dilaras mengikut frekunsi tertentu , maka kita akan menerima gelombang radio yang sejajar kepada kita.  Janganlah mengadu kesusahan hidup kalau diri anda belum menyelaraskan frekunsi minda kepada tahap kemewahan dan kejayaan.

 

Rukun ketujuh: Rukun Keirasan. 

Rukun ini menjelaskan dalam dunia ini , prestasi anda sebenarnya adalah gambaran dunia dalaman anda.  Apa yang ada dalam diri anda akan ditonjolkan oleh dunia luar.  Untuk mengubah dunia luar, anda perlulah terlebih dahulu mengubah dunia dalaman. Untuk membolehkan dunia luar anda berjaya ,  anda mestilah mengejar kejayaan dari dalaman.

Ramai orang yang tidak berjaya terus berusaha kuat untuk megubah prestasi luar , sebaliknya dunia dalam penuh konflik dan bercelaru. Bila anda mengubah fikiran anda , semua persekitaran akan berubah.  Anda akan menarik orang, peristiwa , peluang dan persekitaran kepada hidup anda .  Tukar pemikiran anda , dan anda akan mengubah corak hidup anda.

 

Sebagai kesimpulan

Rukun-rukun hidup diatas tetap menjajah setiap individu tidak mengira apa latarbelakang atau tahap pendidikannya.  Jika kita sanggup memperuntukkan masa untuk menyebatikan semua rukun-rukun tersebut dalam hidup seharian, pasti hidup yang malang akan berubah wajah.  Kita akan sampai ke detik kebahagiaan dan kegembiraan yang anda sendiri tidak percaya sebagai suatu hak hidup anda sendiri.

 

 

 

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.