Prinsip Kejayaan : Menangguhkan hasrat hati

Ramai individu yang mahukan sesuatu tetapi masih belum bertindak. Mereka terus memendamkan hasrat dengan berbagai sebab yang menghalang cita rasa yang hanya dikenal sebagai impian kosong.  Hati mereka mahu berjaya , mahu hidup yang bahagian , mahu hidup yang mewah.   Tetapi , mengapa mereka tidak sudi bertindak ?

Ini adalah akibat dari beberapa faktor yang menjadi blok hidup.  Jika kita gagal menghancurkan semua penghalang ini, kita akan terus dihimpit kesusahan dan kemunduran.

 

Faktor pertama : takut dan risau

Seseorang yang takut bertindak kerana risau dengan berbagai kemungkinan yang tidak menentu akan menyebabkan dirinya terus menangguh hasratnya. Tidak ada rancangan yang bebas dari risiko, masalah dan tekanan.  Tetapi , jika kita tidak mula bertindak hanya kerana takut berhadapan dengan berbagai kemungkinan , kita akan menjadi mangsa pada ketakutan diri sendiri.

Cara yang terbaik untuk kita mengatasi cabaran ini ialah dengan mendorong diri memulakan sesuatu usaha biar pun hati tidak bersedia.  Beritahu diri sendiri , apa sahaja yang berlaku , saya akan memikul tanggung jawab sepenuh hati dan sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan keadaan.  Dengan jiwa inilah, kita dapat membenteraskan rasa takut.

 

Faktor ke dua : Tidak yakin dan meragui keikhlasan orang lain

Seseorang yang mengelakkan diri dari sesuatu tindakan kerana dirinya takut diri diperdayakan orang lain.  Kita sering mengira dan menilai setiap tindakan dari aspek keuntungan diri sendiri.  Kita mahu tahu, apa yang boleh kita dapat dan apa kebaikan yang bakal datang. Kita sering lupa, apa yang boleh kita berikan kepada orang lain.  Kita lupa kebenaran yang menyatakan, untuk dapat sesuatu , anda perlu berikan sesuatu.  Dalam usaha untuk menjalin kerjasama dengan orang lain , anda perlu buktikan diri anda seorang yang berguna dan membawa sumbangan kepada orang lain.  Jika kita tidak mempunyai sebarang kebaikan dan sumbangan, anda tidak ada hak untuk meminta kerjasama dengan orang lain.

 

Faktor ke tiga : Mahu cari masa yang terbaik

Tidak ada masa yang dikatakan paling sesuai. Tidak ada yang dikatakan sempurna. Dunia ini penuh dengan berbagai pilihan dan setiap pilihan mempunyai kelemahan yang tersendiri. Jika kita mahukan kesempurnaan, akhirnya kita akan terus menunggu.  Ramai individu mahu peluang yang terbaik.  Mereka mahu skim perniagaan yang membawa kekayaan tanpa perlu bekerja kuat, akhirnya mereka mungkin terperangkap dalam jerat skim cepat kaya.  Sesuatu yang sempurna tidak semestinya baik.  Selalunya kebaikan dari luar tidak semestinya menggambarkan kebaikan dalaman.  Yang penting , bila kita dapat sesuatu peluang , kita usaha sendiri untuk jadikan sesuatu yang dikatakan bukan peluang sebagai suatu peluang untuk diri anda.  Ini bermakna, anda mencipta peluang sendiri.

 

Faktor ke empat : tidak mempunyai masa

Jika kita mahukan sesuatu tetapi tidak mempunyai masa untuknya, maka harapan itu akan terus tergantung.  Kita hidupkan faham, masa adalah sumber yang paling penting untuk kita.  Jika kita mahu menjadi kaya, tetapi tidak ada masa untuk berniaga maka kekayaan itu akan berjauhan dengan kita selama-lamanya.  Jika kita mahu bercinta dan mendirikan rumah tangga sendiri , tetapi tidak ada masa untuk berkenalan dan berjumpa dengan kekasih kita; maka percintaan itu tidak akan membuahkan sebarang hasil.  Ertinya, kita hendaklah bijak mengatur masa.  Kita hendaklah mencari masa biar pun betapa sibuknya kita.  Janganlah jadikan masa sebagai alasan jika kita mempunyai kemahuan yang berkobar-kobar. Kata orang , ada kemahuan mesti tahu atur masa.  Bila kita mempunyai rancangan sendiri, kita dapat lakukan sesuatu yang anda tidak dapat laku sekarang.

Kesimpulan

Semua faktor di atas boleh terjadi waktu kita bercinta, berniaga mahupun diperkenalkan sesuatu peluang yang baik.  Janganlah kita terperangkap oleh faktor-faktor ini.  Jadikanlah diri anda seorang yang berani dan mahu mencuba. Terokai semua peluang yang mendatang dan tukarkan impian anda menjadi kenyataan.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.