Prinsip Kejayaan : Memupuk kejayaan anak

Dalam dunia hari ini, ibu bapa memikul tanggungjawab yang penuh mencabar.  Ibu bapa mempunyai peranan untuk memupuk anak berdikari, bertanggungjawab, mempunyai kasih sayang, kepercayaan dan mempunyai nilai diri yang tinggi. Ini semua penting untuk perkembangan anak yang sihat. Blog ini akan menerangakan syarat dan prinsip seorang ibu bapa. Yang pentingnya, bagaimana anda boleh menggunakan semua prinsip ini dalam kehidupan keluarga seharian.  Apakah kewajipan seorang ibu bapa? Apakah peranan yang perlu mereka mainkan?

Saya percaya peranan paling asasi ialah membesarkan dan mengasuh anak, serta membantu dirinya membentuk nilai diri yang tinggi.  Selagi anak tahu menyayangi diri sendiri, menghormati diri sendiri, dan bertanggungjawab dan rasakan dirinya sebagai seorang yang bernilai; maka mereka akan membina kualiti diri yang utuh dan berkualiti untuk berhadapan dengan masalah hidup mahupun kegembiraan hidup. Soalnya, bagaimana kita boleh menolong anak membina nilai diri yang tinggi.

Pertama, kritikan yang negatif dan melukakan adalah suatu tindakan yang kejam kepada seseorang  kanak-kanak.  Ini mengakibatkan seseorang  anak mempunyai rasa nilai diri yang rendah dan takut kepada kegagalan, mereka juga akan takut kepada bantahan.  Maka, jangan sekali-kali memberi kritikan yang negatif kepada anak, dan jangan melukakan mereka.  sebaliknya,  beri sebanyak pujian dan sanjungan kepada mereka.  kedua, kekurangan atau kasih sayang yang tidak mencukupi sering adalah suatu punca masalah semosi, masalah mental dan masalah fizikal.  Anak sangat perlukan kasih sayang. Mereka hanya mempunyai kuasa emosi kerana daya pemikirannya belum berkembang.  Hanya jika anda tunjukkan dengan percakapan dan tindakan, mereka tida akan tahu diri anda sayang padanya.  Ketiga, anak memerlukan kasih sayang dan galakan yang berterusan.  Anak memerlukan kasih sayang dan  galakan sebagai ramuan perkembangan hidup. Ramuan ini tidak dapat dicari – ganti. Kasih sayang dan galakan dapat ditonjolkan dengan tindakan dan percakapan.

Keempat, anak perlukan pujian.  Pujian akan mengembangkan mental anak.   Mereka perlukan dorongan dan mereka perlukan kepastian.  Memandangkan daya pembelajaran mereka agak perlahan , mereka sangat harapkan kesabaran, keperihatian, persefahaman dan simpati dari ibu bapa. Mereka hendakkan ibu bapa memberi sokongan dan menjaga mereka.

Kelima, memberitahu anak anda setiap hari bahawa diri anda menyukainya.  Kebanyakan ibu bapa agak sukar memberitahu anaknya, “Saya suka anda” “ Saya sayang anda” setiap hari. Jadi, bagaimana anda boleh buktikan kepada anak bahawa diri anda menyukainya? Pertama, beri mereka kasih sayang tanpa syarat.  Tunjukkan kepada anak bahawa anda sayangnya sepenuh hati.  Biarpun apa yang berlaku, tau apa yang anda lakukan, tiada sesuatu yang boleh menghalang kesayangan sejati anda kepadanya.  Tidak ada sesuatu yang boleh menghalang kesayangan anda kepadanya. Ini merupakan faktor yang penting.

Kedua, gunakan mata untuk menyemai kasih sayang kepada anak.  Perasaan mesra bersama anak sering timbul dari cara ibu memandang pada mereka.

Ketiga, sentuhan badan. Anak mempunyai emosi yang kuat.  Mereka perlukan pelukan, dicium dan didokong.  Hanya dengan sentuhan badan yang mesra, anak dapat merasa kasih sayang ibunya.

Keempat, memberi perhatian pada anak.  Carikan masa peribadi untuk anda berjalan-jalan atau berbual dengan anak tanpa gangguan TV, suratkhabar atau sesiapa yang lain.  Hanya dengan melakukan ini buat beberapa minit setiap hari, anak anda pasti menghargainya.

Keenam, memberi jangkaan positif kepada anak.  Ini merupakan dorongan terbesar untu kses pemuda memperjuangkan masa depannya.  Jika ibu bapa mempunyai jangkaan positif pada anak, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencapai hasrat ibu bapanya.  Pupukkan suasana keluarga yang demokrasi dan menggalakkan anak mengeluarkan pendirian dan pendapat mereka sejak kecil.

Selalu beritahu anak, saya percaya dengan anda, tidak kira bagaimana anda lakukan, saya percaya anda pasti dapat menghasilkan kerja yang baik.  Dengan ini, anak anda pasti akan membina keyakinan yang tinggi waktu remaja.

Ketujuh, ajar anak anda berkata “Saya sayang pada diri sendiri” Seseorang  anak yang mempunyai keyakinan dan nilai diri yang tinggi tidak akan menimbulkan masalah di sekolah. Mereka rajin belajar dan mereka juga mendapat sambutan ramai.  Ramai orang suka berkawan dengannya , guru juga suka kepadanya. Mereka juga mempunyai daya berhadapan dengan tekanan yang lebih tinggi dan rajin berusaha.

Ramai ibu bapa yang menyertai program ini akan merasa bersalah kerana mereka sering marah dan teriak pengesahan diri anak, selalu kritikan dan melukakan anak sendiri. Anak mereka mungkin mempunyai masalah sikap, masalah pembelajaran dan masalah bersama kawan.  Ibu bapa juga mula sedari apa yang mereka lakukan sekarang adalah diwarisi oleh ibu bapa mereka suatu masa yang lalu.  Keadaan ini bagaikan suatu turutan peristiwa yang menimbulkan rasa kesrisauan dan ketegangan emosi.  Mereka dapat percakapan dan tindak-taduk anak mereka adalah hasil dari gubahan mereka sendiri. Jadi, bagaimana ibu bapa dapat mengatasi dan mengubati semua pengaruh mereka sebelum ini.

Pertama, anda perlu meminta maaf pada anak atas semua kritikan melukakan yang pernah anda luahkan sebelum ini.

Kedua, anda berjanji dengan anak untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Anda perlu buktikan kesungguhan dan keikhlasan anda.

Ketiga , beritahu anak untuk mengingatkan anda jika diri anda lupa.

Yang penting , waktu anda meminta maaf dari anak, ibu bapa hendaklah melepaskan rasa pengaruh dari dirinya dan menjadikan masa depan serta perasaan anak sebagai keutamaan.

Seorang ibu bapa meminta maaf dari anak adalah suatu yang menyukarkan.  Tetapi jika anda boleh boleh melakukanya, anak anda pasti akan mencontohi perbuatan anda.

Seterusnya, jika mereka melukakan orang lain, mereka juga akan meminta maaf. Ini akan membina nilai diri yang tinggi dan sayang pada diri sendiri. Ini juga akan mencetuskan potensi diri yang lebih besar.  Ilmu ini adalah suatu pendekatan mengasuh anak yang penting sekali.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive