Prinsip Kejayaan: Membina sikap seorang juara

Dalam dunia hari ini, keupayaan anda bergaul dengan semua orang merupakan aset hidup yang paling berharga.  Pakar psikologi berpendapat, 85% dari kegembiraan seseorang  datang dari pergaulan yang mesra bersama orang lain.  Begitu juga, 85% dari masalah yang dihadapi seseorang  datang dari kegagalan bergaul mesra dengan orang lain. Manakala, 25% dari kegembiraan datang dari kepuasan mencapai sesuatu.

Pada asasnya, setiap orang mengharapkan mentaliti sihat yang dapat bergaul mesra dengan orang lain. Tapi, apakah dia sikap yang positif? Bagaimana hendak mengukur tahap positif diri anda ?

Cara pertama ialah menilai diri, “samada anda sayang pada diri sendiri”  Faktor ini merupakan asas yang membentuk keperibadian anda. Seseorang  yang sayangkan dirinya sellaunya mempunyai mental yang sihat. Kedua, adakah anda sanggup memikul tanggungjawab?  Seseorang  yang sentiasa bertanggungjawab akan dapat mengawal sikapnya sendiri dan enggal menyalahkan orang lain. Soalan ketiga ialah samada anda boleh memaafkan orang lain.  Seseorang  yang mempunyai kesihatan mental sering dapat memaafkan orang lain tanpa sebarang keberatan. Cara keempat ialah mempunyai jangkaan yang positif.  Seseorang  yang mempunyai harapan cerah terhadap dirinya selalunya mempunyai kesihatan mental yang tinggi.  Cara kelima, adakah anda dapat bergaul mesra dengan semua orang. Jika anda tidak mempunyai keharmonian dengan semua orang, anda tidak akan mempunyai kesihatan mental. Rukun pengaruh bersama menyatakan semakin anda suka pada diri sendiri, semakin senang anda bergaul mesra dengan orang lain. Rukun tidak langsung menyatakan perhubungan manusia secara tidak langsung sering membuahkan hasil yang lebih berkesan. Rukun penuaian berbagai menyatakan setiap ganjaran yang telah kita perolehi dari perhubungan manusia adalah juga suatu yang telah kita korbankan sebelum ini. Rukun keirasan pula berkata, cara anda membawa diri di depan seseorang  adalah juga suatu imbasan perasaan dan dalaman anda terhadap perhubungan manusia tersebut. Rukun penarikan menyatakan , anda boleh bawakan orang yang seiras dengan corak minda anda kepada persekitaran anda.  Jika anda berhajat untuk memperbaiki seni perhubungan manusia anda, adalah penting untuk anda memperbaiki perhubungan anda dengan diri sendiri. Seterusnya, anda akan dapati setiap kejadian di sekitar anda juga akan berubah.  Ini bermaksud , jika anda tingkatkan nilai kendiri anda , maka kualiti perhubungan manusia anda bersama orang lain juga akan meningkat. Ini akan mewujudkan perhubungan manusia yang harmoni dengan semua orang .  Jadi, bagaimana anda boleh tingkatkan nilai diri anda? yang pertama , rukun manfaat bersama ; iaitu dengan berusaha meningkatkan nilai kendiri orang lain. Begitu juga dengan rukun pembalikan.  Apa sekalipun cara yang anda gunakan untuk meningkatkan nilai kendiri orang lain, cara-cara ini juga akan akhirnya meningkatkan nilai diri anda.

Jadi, bagaimana anda boleh tingkatkan nilai kendiri orang lain supaya dirinya merasa penting? Anda perlu kikiskan semua kritikan yang negatif. Ini kerana kritikan negatif akan melukakan orang lain dan melumpuhkan nilai kendirinya.  Akibatnya, seseorang  akan merasa kecewa.  Tanamkan hajat untuk hapuskan semua sikap mengkritik.  Kedua, pupukkan sikap yang mesra dan tidak bertelingkah. Ini kerana seseorang  yang sering bergaduh akan menyebabkan orang lain enggan bercakap dan berkawan dengannya.  Amalkan sikap dengan rukun ansuran , semaikan kematangan fikiran dan sabar meneliti hujah seseorang  sebelum anda mempertikaikannya.  Amalkan juga konsep tidak berlaga, sentiasa berharmoni dengan sesiapa yang tidak setuju dengan anda tanpa bertangguh.  Jika anda hendakkan mengekalan sikap yang positif, hendakkan kecergasan dan hendak bergaul mesra dengan orang lain; cara yang terbaik sekali ialah jangan bertelingkah. Cari apa jalan sekalipun untuk mengelakkan anda berkonflik dengan orang lain.

Ketiga, menerima seseorang. Usaha menerima seseorang  ke dalam jiwa-raga anda akan memenuhi hasrat lubuk hati untuk memerolehi kasih sayang.  Hasrat ini terlantar dalam Minda Separa Sedar setiap insan. Cara terbaik untuk menonjolkan rasa menerima seseorang  ialah senyuman.  Senyuman bermaksud anda menerima seseorang  tanpa syarat  dan tidak kira siapa sekalipun status dirinya.  Pada masa yang sama,  senyuman juga memberi keceriaan dan keriangan kepada anda.

Keempat, rasa berterima kasih.  Bila anda menghargai seseorang , anda akan meningkatkan nilai kendirinya. Cara untuk menghargai seseorang  ialah terus berkata, terima kasih , sentiasa berkata terima kasih. Ini secara tersirat, akan akan meningkatkan nilai diri orang lain.

Kelima, rasa menyanjungi. Sanjungi kualiti dan keistimewaan orang lain. Anda juga boleh sanjungi harta orang lain.  Memandangkan setiap orang sentiasa melindung keperibadian dan sikap tersendiri,

Maka dirinya pasti akan merasa gembira bila mendapat sanjungan dan persetujuan dari orang lain.

Keenam, mengizinkan.  Keizinan membolehkan setiap orang mencapai hasrat dan impian dirinya. Dirinya juga akan merasa penting dan berharga. Untuk memberi pujian dan persetujuan kepada orang lain, seseorang  hendaklah meluahkan perasaan secara terus tanpa menunggu.  Kesan pujian menjadi amat tingg, jika ia diberikan pada saat kejayaan berlaku.  Pujian juga hendaklah jelas. Semakin jelas pujian anda, semakin tinggi kesannya. Jika pujian diberi di depan khalayak ramai, kesannya menjadi lebih besar.

Ketujuh, penumpuan.  maksudnya kita hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada orang lain. Banyak mendengar suara hati mereka dan banyakan pergaulan anda. Syaratnya, anda perlu terlebih dahulu mendengar dengan sepenuh perhatian pada komunikasi mereka tanpa melibatkan diri.  Jangan terlalu gopoh menjawab sesuatu persoalan, fikir dan jawab kemudian. Mereka akan terfikir bahawa anda hendak menilai apa yang diperkatakan oleh anda.

Ketiga, ajak pihak lawan memberi penjelasan lanjut.  Minta keterangan lanjut tentang apa yang diperkatakan.

Akhir sekali, rukun pantulan.  Apa sahaja perasaan yang anda tunjukkan kepada orang lain juga akan dipantul dan dikembalikan kepada anda. Anda akan merasai semua apa yang anda berikan kepada orang lain. Bila anda fikirkan seseorang , sentiasa fikirkan perkara yang baik dan positif sahaja. Terus rasa dirinya penting. Sentiasa menghormati orang lain dan membuatkan dirinya merasa diri sebagai orang yang paling penting dalam dunia ini.

Ingat, rukun keemasan perhubungan manusia ialah, lakukan kepada jiran apa yang anda hajatkan orang lain lakukan untuk anda. Dalam apa sekalipun keadaan , tanya diri anda “Jika saya adalah dirinya, apa yang saya hendak orang lain lakukan kepada saya.

Selain itu, satu lagi cara ialah memainkan peranan sebagai model. Pilih sesiapa yang membawa sikap yang anda hormati.  Setiap kali anda berhadapan dengan masalah perhubungan manusia, bayangkan diri anda sebagai orang yang anda hormati.  Ingat, sentiasa menjadikan orang lain fikirkan dirinya penting.  Anda akan membina kualiti yang anda hendakkan dan menjadikan diri anda seorang yang berkesan dalam semua aktiviti anda.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive