Prinsip Kejayaan : Membina perhubungan manusia yang sempurna

 

Dalam hidup, kita sentiasa bertindak untuk memperolehi kasih sayang atau bertindak menyembuhkan rasa kekurangan kasih sayang.  Pakar psikologi , Maslow berkata “Kesihatan mental seseorang  adalah dinilai berasas keupayaan dirinya mendirikan kasih sayang yang berterusan dalam perhubungan manusianya”.

Bab ini akan membincang enam faktor yang menyumbang kepada kejayaan perhubungan manusia seseorang .  Setiap individu akan berkumpul mengikut keirasan minat dan sikapnya. Khususnya, nilai diri dan cara seseorang  melakukan sesuatu, baik kewangan atau hal seksual.  Ini semua merupakan perkara yang sering menjadi punca pertelingkahan keluarga.  Maka, amatlah penting seseorang  mempunyai keirasan dengan rakan seperjuangannya.  Bila anda berjumpa dengan seseorang  yang seiras dengan diri anda, pasti anda akan merasa sesuatu.  Perasaan yang baik ini menjadikan setiap orang yang anda bergaul mempunyai beberapa keseragaman dengan anda.

Kedua, sikap yang berlawan dan tidak seiras. Ini bermaksud, tarikan yang berbeza antara dua individu yang mempunyai ciri yang bertentangan.  Contohnya,  seorang perempuan, seorang lagi lelaki. Seorang pasif dan seorang lagi aktif.  Keadaan ini membolehkan seseorang  mempunyai peluang untuk menyumbang idea dalam perbincangan dan mendengar pendapat orang lain.

Ketiga, mempunyai janji dan penglibatan yang penuh bertanggungjawab.  Kasih sayang juga ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mewujudkan komitmen membantu pihak yang disayangi.  Ini bertujuan untuk mencetuskan potensi dan bakat seseorang.

Keempat, konsep diri yang seiras antara semua pihak. Contohnya, rasa dirinya sayang pada diri sendiri , rasa kepuasan dan nikmat diri terhadap hidupnya, rasa mementingkan dan menghormati diri.  Selalunya, tahap kegembiraan yang seiras akan merapatkan perhubungan bersama.

Kelima , sayang dan penghormatan. Sebenarnya, nilai-nilai ini lebih tinggi dari segalanya.  Sayang bermaksud anda dapat kekalkan perhubungan mesra dengan jodoh anda biarpun anda marah dengannya.  Anda masih sayang dan hormatinya sebagai seorang individu dalam hidup anda.

Keenam , komunikasi.  Tanpa komunikasi yang baik, seseorang  tidak akan dapat membentuk perhubungan manusia yang erat.  Dalam hal komunikasi, lelaki sering bersikap kasar  dan wanita pula lebih teliti.  Sebagai seorang lelaki, kita hendaklah sabar mendengar setiap sukukata yang dilafaskan oleh wanita dan tidak hanya hendak membalas atau menjawab secara bergopoh-gapah.  Dalam hal perhubungan manusia, selalunya seseorang  tidak suka berjanji dengan pihak lawan. Masing-masing cuba hendak melindungi dirinya.  Hal ini mengakibatkan perhubungan manusia yang bersikap risau.  Tidak sesiapa berminat dengan perhubungan manusia yang sedemikian.  Tanpa perjanjian, seseorang  akan berhadapan dengan risiko ditolak ,akhirnya mereka mungkin akan dicerai dan disishkan.

Masalah yang kedua dalam perhubungan manusia ialah sengaja hendak mengubah orang lain.  Bila kita sentiasa meminta orang lain berubah, ini juga bermaksud kita tidak setuju dengannya dan anda gagal mencapai prestasi yang saya harapkan.  Jadi, untuk anda menjalin perhubungan yang erat, jangan hanya hendak mengubah dan membetulkan orang lain. Apa yang bakal anda terima adalah apa yang anda lihat.  Seseorang  hanya akan berubah secara ikhlas kalau dirinya membuat keputusan dan amalkan semua pendekatan yang disarankan oleh progam ini.

Masalah yang ketiga dalam perhubungan manusia ialah cemburu. Rasa Cemburu adalah suatu petanda takut kepada kegagalan. Ini adalah suatu perasaan yang dilahirkan dari jiwa seseorang  disebabkan dirinya merasa kurang baik.  Untuk mengubah corak pemikiran sedemikian, kita hendaklah mengubah konsep diri. Anda boleh lakukan ini dengan berkata, “Saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri”

Bila anda melakukan ini, semua perasaan takut dibantah, takut dipulaukan orang lain akan hilang begitu sahaja.

Punca yang keempat ialah simpati diri.  Ini timbul kerana ibu bapa diri kita suka bersimpati dan diri kita mudah menjadi acuan mereka.

Selain dari itu, rasa rendah diri juga merupakan suatu punca lain. Kita rasakan diri lemah dan kurang keupayaan.  Untuk mengatasi perasaan in, kita boleh cari sesuatu  untuk dilakukan dan jangan hanya duduk merenung kosong.   Bila seseorang  mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mempunyai sesuatu yang penting untuk dilaksanakan,  maka dirinya tidak akan ada masa untuk merasarendah diri atau bersimpati dengan diri sendiri.

Masalah yang enam ialah percanggahan keperibadian. Anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan ciri keperibadian orang tersebut.  Kami sering cuba meneruskan suatu perhubungan yang dirasakan sukar diteruskan. Sebenarnya anda mungkin tahu tiada sebarang bentuk keirasan antara anda berdua.  Ini kerana kita tidak mahu orang lain melihat kita sebagai seorang yang gagal. Kedua, seseorang  tidak mahu menimbulkan ketegangan akibat dari perpisahan dan cuba meneruskan suasana sekarang.  Bagaimana kita akan tahu jika wujud percanggahan sikap?  Pertama,  kurang senyuman dalam kehidupan seharian.  Kedua, rasa hendak berpisah dan hanya terpaksa untuk bersama-sama.  Jika kedua-dua pihak benar-benar mempunyai percanggahan sikap, kita hendaklah menerima kenyataan ini agar tidak terus hidup dalam keadaan yang bertekanan.

Dalam semua tujuh faktor perhubungan manusia di atas, matlamat hidup anda merupakan punca utama ketenangan jiwa-raga , kegembiraan, keriangan, kepuasan dan kedamaian.  Anda akan rasakan rumah tangga sebagai pusat kehidupan anda.  Jangan sekali-kali anda melepaskannya.  Anda hendaklah berusaha untuk mengatasi semua penghalang dan kesukaran.  Terus mengubahsuai diri anda untuk mencapai kepuasan dan kegembiraan dalam perhubungan manusia anda.  Ini semua demi menjaga kesejahteraan diri, demi kehidupan anda, demi keperibadian anda, demi kesihatan dan masa depan anda.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive