Prinsip Kejayaan : Membina kuasa fikiran anda

Setiap anak adalah seorang genius waktu dilahirkan. Mereka mempunyai kuasa kreativiti dan kepintaran yang amat tinggi.  Sepanjang proses perkembangan hidupnya, mereka dapati selagi apa yang mereka lakukan menimbulkan rasa marah pada ibu bapa atau guru. Pasti mereka akan ditegur dan dikecam.  Maka , mereka mula takut untuk berhadapan hidup dengan kepintaran dan kreativiti yang mereka miliki.   Mereka tidak lagi hidupkan jiwa keinginan untuk meneroka hidup yang luhur sebagaimana yang ada sejak mereka kecil.  Sebenarnya, kuasa kreativiti mereka masih terpendam dalam jiwa-raga bagaikan air sungai yang disalur ke dalam takungan air bawah tanah.  Ahli Sains mendapati, bila seseorang  menggunakan daya rangsangan untuk mencetuskan dirinya, semua kuasa kreativiti dan kepintaran akan menjelma semula.

Terlebih dahulu, marilah kita fahami rukun amalan.  Rukun ini menjelaskan bahagian otot badan yang anda tidak gunakan akan lama kelamaan menyusut dan menjadi lemah.  Begitu juga dengan daya kreativiti, jika tidak digunakan untuk suatu tempoh masa yang lama, ia juga akan mengecut seperti otot yang kehilangan kuasanya.  Sebaliknya,  bila anda mula gunakannya dengan aktif, daya kreativiti anda akan mula menyumbangkan berbagai idea dan pendapat.

Selain daripada itu, kuasa komunikasi dan seni bercakap juga amat penting kepada kejayaan anda. Kuasa kreativiti dan kepintaran anda adalaj sejajar dengan kuasa perbendaharaan yang dapat anda gunakan dalam perbualan seharian.  Semakin banyak perkataan yang anda belajar, semakin tinggi kuasa kreativiti anda.

Rukun kreativiti menyatakan setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda adalah bermula dari pemikiran.  Kejayaan anda adalah sejajar dengan kualiti dan kuantiti pemikiran anda.  Semakin anda aktifkan daya pemikiran anda , semakin banyak idea yang kreatif dan menarik akan dihasilkan.  Pemikrian juga akan mengeluarkan idea untuk menjadikan hidup anda lebih baik.  Jadi, apa dia daya kreativiti ?  Terdapat tiga faktor yang menyumbang pada daya kreativiti seseorang  .

Pertama, pengalaman yang lalu.  Jika ibu bapa sentiasa menggalakkan anda untuk memikir sesuatu perkara, maka anda akan menjadi seorang yang penuh kreatif dan suka meneroka bidang baru.  Kedua, konsep diri . Tidak kira apa yang dimaklumkan oleh konsep diri, anda pasti akan percaya.

Ketiga, Persekitaran dan suasana hidup . Jika suasana hidup anda memberi ruang untuk anda meneroka dan sedia menerima idea yang baru, maka anda akan dapat terus mengeluarkan idea yang baru.

Terdapat dua bentuk sikap yang menjajah minda seseorang . Yang pertama dikenali sebagai mentaliti mekanikal dan jenis yang kedua dikenali sebagai mentaliti penyesuaian.  Sikap mekanikal selalunya bersidat kurang fleksibiliti, lebih kaku dan sentiasa berasaskan fakta dan kenyataan.  Sebaliknya,  mentaliti penyesuaian pula lebih bersifat fleksibel, sedia menggunakan cara yang berbeza, suka menanya dan mengeluarkan pendapat yang beranika rupa.  Bentuk sikap yang kedua ini seringnya membawa kejayaan dan kegembiraan pada seseorang individu.

Jadi, bagaimana anda tahu samada diri anda seorang yang bersifat mekanikal atau bersikap penyesuaian.  Empat soalan berikut akan menolong anda menganalisi kualiti sikap diri.

Yang pertama , adakah anda dapat mengaku salah dengan mudah.  “Saya telah melakukan suatu kesilapan”. Sikap mentaliti penyesuaian sedia mengaku bersalah dan terus bertindak untuk mengubah pendekatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sebaliknya,  sikap mekanikel merasa amat berat untuk mengaku salah.

Kedua , Adakah anda boleh katakan, saya telah mengubah pendirian saya? “Sebelum ini, saya fikir itu adalah suatu idea yang baik, tetapi kini saya telah mengubah pendirian saya.”

Ketiga , adalah anda boleh meminta bantuan orang lain dengan mudah kerana anda gagal melakukannya sendiri. Ini kerana anda tidak mempunyai kemampuan melaksanakannya seorang diri.  Anda hendakkan pertolongan orang lain.

Akhirnya, untuk mencetuskan kreativiti, anda hendaklah banyak menanya.  Selagi anda banyak mengeluarkan pertanyaan , anda akan memberi ruang minda mencari pendekatan baru.  “mungkin cara lain akan lebih berkesan”. “Bolehkah kita menukar cara lain?” “kalau kita gunakan cara baru, apakah akibat yang bakal kita perolehi.”  “Jika kita lakukan lebih” “Jika kita kurangkan aktiviti kita””Jika kita terus batalkan kegiatan ini, apa pula jadinya”.  Ini semua merupakan persoalan yang sering ditanya oleh individu yang mempunyai kreativiti tinggi.

Anda juga boleh meningkatkan kuasa kreativiti dengan menyebut berulangkali “Saya seorang genius” “Saya mempunyai kuasa kreativiti dan kepintaran yang amat tinggi, saya seorang yang pintar.” Terus ulangi ayat ini.  Bila anda ulangi sebegitu kerap sehingga Minda Separa Sedar akan berkata, “baiklah, kalau inilah arahan anda , kalau inilah pendirian yang anda hendak perjuangkan , ambillah… inilah suatu idea baru untuk anda,”

Idea baru akan mula tercetus secara automatik dari percakapan anda .  Anda akan terkejut dengan jumlah kreativiti yang terlantas dalam Minda Separa Sedar, semakin anda meneroka ke dalam, semakin banyak keistimewaan dan keunikan akan muncul dari telaga minda anda.

Anda hendaklah fahami, selagi anda boleh memanfaatkan sepenuhnya bakat minda anda , tidak anda suatu yang akan menggagalkan anda.  Dengan erti kata lain, , anda bleh lakukan apa sahaja yang anda hajatkan.  Potensi anda tidak terhad.  Selagi anda dapat memancarkan daya kreativiti anda , selagi anda terus beritahu diri anda  – saya adalah seorang yang pintar, saya seorang yang pintar, saya seorang yang pintar dan anda hanya perlu menunggu saat jawapan yang bakal menjelma secara sendiri di depan anda .

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive