Prinsip Kejayaan : Membina Kecergasan Badan

Adakah anda berhajat hendak belajar teknik untuk menyemarakkan kecergasan dalam hidup anda pada setiap ketika? Dalam lembaran blog ini, saya akan berkongsi dengan anda tujuh faktor yang menyumbang pada kesihatan badan anda untuk membolehkan anda mengekalkan kecergasan yang tinggi.  Tapi, waktu anda mengamalkan semua faktor kecergasan tersebut, anda juga perlu mematuhi lima perkara berikut:

Pertama : menanam harapan yang tinggi

Kedua : Sentiasa mendefinasi dengan jelas apa yang anda hajatkan

Ketiga : Sentiasa mengekalkan tabiat kesihatan badan dan mental

Keempat : menaruh kecekalan untuk meneruskan aktiviti tersebut

Kelima: disiplin diri.  Meminta diri untuk bertindak mengikut peringkat tanpa gagal

Orang yang berjaya mempunyai kesihatan mental dan fizikal.  Orang yang gagal sering dibelenggu oleh cara hidup diri anda tabiat yang tidak sihat. 

Mengikut kajian, jasad badan setiap orang boleh berfungsi untuk tempoh seratus ke seratus dua puluh tahun.  Tetapi, statistik menunjukkan kebanyakan orang dalam dunia mencapai purata usia 79.9 tahun.  Lebih kurang 50% dari populasi dunia gagal mencapai usia ini.  Maka, anda boleh menentapkan satu matlamat untuk hidup sekurang-kurangnya lapan puluh tahun. 

Badan kita diibaratkan sebuah mesin yang istimewa.  Ia boleh menghasilkan tenaga yang mencukupi secara automatik.  Pada masa yang sama, badan kita sentiasa menjuruskan ke arah kesihatan.  Ia mempunyai tabii semulajdi untuk menyembuh dan mencetuskan kecergasan. Tetapi, cara operasi dan cara penyeliaan badan yang tidak baik akan menyebabkan badan seseorang  mencapai tahap mudarat sebelumpun ia sampai ke tahap masa yang diperuntukkan. 

Untuk membolehkan diri anda mempunyai kesihatan yang tinggi, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut :

Pertama : kekalakan berat badan yang bersesuaian.  Jka berat badan anda terlalu tinggi, beban jantung menjadi lebih besar.  Begitu juga dengan keperluan organ dan otot juga meningkat.  Tambahan lagi, gemuk akan menjadikan seseorang  cepat berputus asa dan penat.  Untuk mencapai berat badan yang anda hajatkan,  gunakan kuasa bayangan dan pengesahan diri .  Buat keputusan dan mengamalkan disiplin diri yang tinggi.  Terus imaginasi dan sahkan berat badan yang anda hajatkan. Terus lakukan begini sehingga anda berkeupayaan menukar konsep diri anda sendiri. 

Kedua, Minum dan makan yang  memadai.  Makanan anda hendaklah sentiasa berubah dan memperbagaikannya.  Tambahkan makanan yang berprotein tinggi seperi kacang panjang, ikan dan daging merah.  Elakkan daging yang berlemak tinggi.  Makanan hendaklah meliputi 15% protein.

Ketiga, makan karbohidrat bergentian seperti buah-buahan, sayur dan gandum. Ia membekalkan tenaga asas yang diperlukan oleh badan.  Selain itu, paras lemak dalam makanan janganlah lebih dari 10%. Anda juga perlu minum air yang banyak. Setiap hari , kita perlukan 4 gelas air yang berisi 400cc masing-masing. Seseorang  hendaklah makan secara sedikit tetapi khasiat janganlah sedikit. 

Ketiga , gabungan sayuran dan lauk yang sesuai.  Ada orang yang berpendapat 70% dari makanan hendaklah tdr dari sayuran dan buah-buahan.  Tetapi , ada juga yang berpendapat sarapan pagi hanya boleh makan buah sahaja, makanan tengahari dan malam pula barulah makan proten dan sayuran.  Sebenarnya, setiap orang mempunyai komponen badan yang berbeza.  Anda mempunyai tahap metabolisme badan yang tersendiri dan keperluan khas terhadap makanan.  Maka, lebih baik anda sendiri mengesan dan mengenal gabungan yang paling sesuai untuk diri anda.

Jika anda boleh turunkan beban sistem penghadaman , anda pasti akan mempunyai kekuatan yang lebih besar untuk menjalankan aktiviti harian anda.  Dalam makanan seharian kita, cuba kurangkan dan elakkan tigabentuk racun putih, iaitu tepung, gula dan garam. 

Keempat, berhenti menghisap rokok dan minum arak secara berlebihan.  Dalam semua tabiat hisup, menghisap rokok adalah suatu yang paling menjahanamkan kesihatan dan patut dielakkan sama sekali.  Begitu juga dengan ketagihan rokok.  Menghentikan tabiat merokok adalah suatu yang menyukarkan tetapi, anda boleh melatih diri secara bersungguh-sungguh.  Minum yang yang sederhana bermaksud anda hanya minum segelas kecil setiap hari. 

Kelima, senaman yang bersesuaian.  Sukan aeronik akan meningkatkan tahap oksigen otak , meningkatkan kuasa otak dan juga meningkatkan tahap pemikiran dan tahap kepintaran anda.  Ia menjadikan anda seorang yang cergas dan penuh bertenaga.  Berenang, berbasikal, larian dan berjalan kaki adalah jenis senaman yang sesuai.  Tanamkan tabiat bersukan selama 20 minit setiap hari.  Kekalkan denutan jantung yang cergas sekurang-kurangnya 20 minit.  Fahami rahsia sukan aerobik; iaitu masa mestilah panjang, gerakan mestilah pantas , jarak mestilah jauh. 

Keenam, rehat yang mencukupi,  ramai orang berpendapat seseorang  hendaklah tidur sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam setiap malam.  Ada juga berpendapat , masa tidur perlu dikurangkan.  Tapi, setiap orang mempunyai daya metabolisme dan pembaharian sel yang berbeza. Anda hendaklah menyesuaikan diri anda dengan masa tidur yang diperlukan setiap malam mengikut keperluan anda sendiri.  Anda juga boleh gunakan teknik pengesahan diri dan cara memprogramkan Minda Separa Sedar untuk memendekkan masa tidur anda.

Ketujuh , pastikan anda memberi vitamin semulajdi dan galian tambahan yang diperlukan oleh badan.  Sebenarnya , amat sukar untuk setiap orang memperolehi tahap vitamin dan galian yang mencukupi dari lauk dan juadah harian.  Ramai orang  kekurangan tenaga dan kecergasan kerana mereka kekurangan vitamin yang tertentu dalam hidup. Maka ingat, anda mestilah memberi bekalan tambahan vitamin dan galian tambahan untuk badan. Ini adalah amat penting untuk kesihatan badan anda.

Dengan kata lain untuk anda memiliki kecergasan badan, pertama, anda mestilah mempunyai hajat yang berkobar-kobar bahawa inilah suatu yang anda hendakkan dalam hidup. Kedua, tetapkan apa yang hendakkan dengan jelas.  Anda juga hendaklah mempunyai rancangan yang teratur dan berkesan. Gunakan teknik pengesahan diri dan menulis semua rancangan anda.  ketiga, buat keputusan untuk melaksanakan semua rancangan anda .  Ambil tindakan yang berpatutan dan tidak menangguh.  Keempat Buat keputusan untuk meneruskan usaha secara cekal biar apa sahaja yang menghalang.

Gunakan rukun penggantian dan amalkan tabiat baru yang baik.  Akhirnya, amalkan disiplin diri yang ketat dan terima semua kesakitan waktu berdisiplin.  Ini kerana hasilnya pasti masnis dan menguntungkan anda.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive