Prinsip Kejayaan : Lepaskan perasaan negatif

Setiap perasaan negatif akan menjatuhkan seseorang dan menghalang kematangan hidup. Jika diri anda tidak dapat menikmati keriangan dan kepuasan hidup, ini kerana perasaan negatif sedang mengganggu anda.

Langkah pertama menghapuskan perasaan negatif ialah dengan mendirikan rasa tanggungjawab yang sepenuhnya. Semakin anda bertanggungjawab terhadap setiap keputusan , semakin anda dapat mengolah hidup sendiri. Anda menjadi semakin dinamik, semakin gembira dan memiliki kebebasan sebenar. Ini bermaksud, tanggungjawab diri, kawalan hidup dan kebebasan diri mempunyai kaitan yang rapat sekali.

Tidak bertanggungjawab akan mengakibatkan rasa kehilangan kawalan dalam hidup. Ia juga akan meruntuhkan hidup seseorang akibat dari kehilangan kawalan.  Ia menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri untuk memulihkan hidup yang normal dan bebas. Pakar psikologi berpendapat, tahap penyakit mental berkait rapat dengan tahap seseorang melarikan diri dari tanggungjawab.

Sepohon pokok perasaan negatif menghasilkan berbagai buah negatif seperti keraguan, hasad dengki, cemburu, kemarahan dan rasa bersalah. Ini merupakan perasaan negatif yang penting dan mengganggu hidup seseorang. Kesemua perasaan negatif ini akan menjadikan seseorang marah. Jika perasaan negatif ini diluahkan dalam bentuk dalaman, ia akan menyebabkan seseorang jatuh sakit; sebaliknya, jika perasaan negatif ini diluahkan secara luaran, ia akan menjadikan orang lain marah.

Pokok perasaan negatif mempunyai dua sistem akar.  Akar ini terus menyerap kesuburan tanah dan membesarkan pokok ini sehingga ia berbunga dan berbuah. Sistem akar pertama ialah membuat andaian dan menyalahkan orang lain.  Ini bermaksud , apa yang saya sebutkan mesti betul.  Sistem akar kedua ialah serangan diri.  Ini bermaksud setiap apa yang berlaku di luar adalah untuk menjatuhkan dan merosakkan diri anda. Bila kita terus menjadikan persepsi diri sebagai sebab persekitaran sedang menyerangan diri, kita akan terus terkongkong oleh perasaan negatif ini dan gagal melihat hakikat sebenar kejadian tersebut.  Sebenarnya, seseorang tidak akan terus mengabadikan perasaan negatif ini dalam hidup kecuali kalau dirinya masih terus mengesahkan kewujudan serangan ini dan terus menjelaskan kepada orang lain tentang perasaan anda.

Untuk menghapuskan perasaan negatif , anda hendaklah terlebih dahulu tidak menyalahkan orang lain. Jangan mengizinkan diri dikongkong oleh perasaan mengandaikan orang lain bersalah.  Jangan mengiktirafkan kesalahan seseorang. Seterusnya, amalkan sikap anti serangan diri.  Kita hendaklah merdeka dari semua kejadian dan persekitaran.  Kita hendaklah berkata, biarpun masalahini terjadi, tapi saya bukan masalah.  Biarpun ada kesusahan, tapi kesusahan ini bukan pada diri saya.

Perasaan negatif adalah berpunca pada dalaman seseorang dari persekitaran luar . Perasaan negatif terbentuk akibat reaksi seseorang terhadap kejadian luaran. Anda sentiasa mempunyai hak untuk memilih kualiti hidup anda. Andalah yang memilih untuk marah , resah atau mengkritik. Anda boleh menebang pokok perasaan negatif dengan menghentikan rungutan.

Gunakan Rukun penggantian untuk menghapuskan perasaan negatif dengan berkata , “sayalah yang bertanggungjawab”  Seseorang yang sering merungut hanya menoleh pada kejadian lalu byg tidak dapat diubah.  Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa melihat ke depan untuk menjangka sesuatu yang akan berlaku.  Bila seseorang yang berjiwa tanggungjawab berhadapan dengan masalah, dirinya akan bertanya, “Apa yang patut kita buat sekarang?” Sebaliknya, seseorang yang suka merungut akan berkata, “Siapakah yang melakukannya?”  Ini bermaksud, rungutan tidak membawa sebarang manfaat untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa dirinya.

Sebenarnya, seseorang bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai perasaan negatif.  Perasaan ini terbentuk dan menambahn beransur-ansur dalam proses perkembangan hidupnya dengan memerhatikan orang lain dan setiap kejadian yang menimpa dirinya.  Kita mempertikaikan nasib hidup yang malang waktu kecil, kita mempertikaikan sikap majikan dan ahli keluarga yang kurang prihatin terhadap diri sendiri. Kita terus menggunakan perasaan negatif ini untuk mendirikan corak perhubungan manusia.  Tetapi, jika anda enggan mempertikaikannya. Perasaan negatif akan dihapuskan.

Sebenarnya, setiap orang mempunyai pengalaman pahit yang tersendiri.  Mereka terus mencintai dan mengekalkan pengalaman ini dalam memori. Mereka telah banyak berkorban untuk pengalaman pahit ini untuk suatu tempoh masa yang panjang.  Mereka tidak rela melepaskan perasaan pengalaman ini. Jika anda hendak menolong orang sedemikian, apakah yang patut anda katakan? Anda hendaklah berkata, “Ya, saya faham maksud anda. Saya sedia berbincang dengan anda. Tapi, anda hendaklah bertanggungjawab terhadap hidup sendiri. Jika anda sedia bertanggungjawab sepenuhmya, apakah yang patut anda lakukan?” Kemungkinan rakan anda akan berubah akibat percakapan anda. Sebenarnya, rakan bermasalah hendak mencari anda ialah untuk meluahkan semua kesusahannya pada diri anda. Sebenarnya, dirinya akan menggunakan masa perbincangan anda berdua untuk mengatur strategi dan pendirian dirinya.  Ini juga bermaksud dia akan mengatur penyelesaian maslah dirinya sendiri.  Mereka tidak perlukan apa-apa cadangan dari anda.

Faktor terakhir adalah suatu yang penting sekali.  Setiap orang mempunyai sesuatu perasaan yang sukar dilupakan.  Perasaan negatif ini telah banyak menyakitkan kita dan terus kita milikinya.  Perasaan negatif ialah menyalah dan menuduh orang lain.  Kita masih menyalahkan seseorang atau sesuatu perkara yang telah melukakan diri kita sebelum ini.  Jangan salahkan diri dengan perasaan sedemikian, kerana setiap orang mempunyai kecenderungan merindui kesakitan lalu.  Kami suka menutup diri dengan guni yang mengisi perasaan negatif.  Kita berpendapat kononnya perasaan negatif ini adalah suatu petanda keprihatinan dan simpati diri terhadap sesuatu yang telah berlaku. Tapi, kunci mengejar kejayaan ialah Rukun Penggantian, halau semua perasaan negatif dari jiwa anda.

Setiap kali anda berhapdapan dengan perkara yang memberi tekanan dan masalah dalam hidup, anda perlu berkata , “Saya seorang yang bertanggungjawab, saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya.  Saya suka diri sendiri.  Saya seorang yang bertanggungjawab. Selain dari diri saya, tidak ada sebarang hal lain yang boleh mengganggu perasaan jiwa raga saya. Saya boleh bertanggungjawab.”

Ya, saya oercaya – anda boleh memikul tanggungjawab sepenuhnya.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.